Cara hilangkan bau badan? Fikirkan perkara ini? Bau badan adalah salah satu masalah yang paling kita takuti, jika bau badan terlalu kuat, kita tidak akan selesa bergaul dengan orang, malah tahap keyakinan diri juga rendah.
Memakai ‘deodorant’ bukanlah jalan terbaik untuk menghalang bau badan, jika tersalah pilih, ia akan menguatkan lagi bau badan. Bukan kah itu tidak berbaloi? Anda juga dapat membantu mencari penyelesaian lain, misalnya dengan bertanyakan produk untuk menghilangkan bau badan. Atau mencari hasil penyelidikannya dengan jenama deodoran terkenal, mengenai bau badan.
Untuk itu, ada 4 cara hilangkan bau badan yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini, yang mana secara tidak langsung dapat selamatkan baju putih dari kekuningan.
1 Pencuci tangan anti bakteria
Jika anda sudah mula untuk berbau peluh, tapi tidak ada peluang untuk mandi, boleh lap bahagian bawah lengan dengan kain/tisu/tisu basah. Kemudian sapukan pencuci tangan antibakteria, ia bantu untuk membunuh kuman yang menyebabkan punca bau.
2 Hydrogen peroxide
‘Hydrogen peroxide’ adalah satu antiseptic yang melawan kuman/bakteria dan membantu untuk menangani bau yang tidak menyenangkan sepanjang hari.
Tambah satu sudu ‘hydrogen peroxide’ ke dalam separuh cawan air, dan letakkan campuran ini ke bawah lengan yang telah kering dan bersih pada awal pagi.
3 Baking soda
Sekiranya anda amat mementngkan guna bahan semula jadi, boleh cuba ‘baking soda’ sebagi anti-peluh, sapukan pada kulit yang lembap dan buang lebihan yang ada.
Jika anda seorang yang kuat bersukan, ‘isotonik’ buatan sendiri akan kurangkan anda dari berpeluh
i. 2 sudu ‘baking soda’
ii. 1 sudu garam
iii. 1 sudu gula
iv. 1 liter air
Minum satu gelas setiap pagi. Jika sukar untuk minum sekaligus, minum secara berkala sepanjang hari.
4 Aluminium chloride
Jika peluh terlalu berlebihan, boleh gunakan ‘deodorant’ yang tinggi dengan ‘aluminium chloride’. Ini kerana ia membantu untuk kurangkan peluh walau di hari panas.