Anda mungkin mempunyai ramai rakan lelaki, bukan mudah untuk memilih pasangan sehidup semati ini. Lagi-lagi apabila anda dipihak wanita, banyak benda yang perlu difikirkan.
Dalam berkawan, mungkin ada yang pernah meluahkan perasaan. Tidak kurang juga ada yang hanya memendam perasaan. Sebab takut nanti cinta tidak terbalas kan?
Tapi kadang-kadang yang memendam perasaan senyap-senyap itu la yang paling jujur mencintai anda, ini kerana dia sanggup memendamkan saja perasaannya, cinta mendalamnya demi melihat anda bahagia dengan orang yang anda cintai.
Sebagai wanita, anda harus peka dengan keadaan ini, anda harus bijak menilai lelaki yang sebenarnya sedang mencintai anda dalam diam-diam. Jom kita lihat antara tanda bahawa lelaki itu mencintai anda dalam diam.
Adakah dia melakukan sesuatu untuk memastikan anda tahu bahawa anda satu-satunya wanita?
Dalam anda tidak sedar, pasti anda perasan yang anda dilayan istimewa, tidak seperti rakan-rakan wanta yang lain. Jika dia sering bersikap kasar dengan orang lain, tapi tidak dengan anda. Mungkin dia ada menyimpan perasan cinta dengan anda.
Dia pernah meluahkan, tetapi anda tidak yakin
Mungkin dia pernah mengatakan hasrat untuk mendekati anda, tetapi setelah anda menolak, dia mula menjauhkan diri, tetapi masih melindungi anda dari jauh sahaja. Anda harus tahu bahawa dia adalah pilihan terbaik untuk anda.
Adakah dia sentiasa ada untuk membantu anda walau apa-apa keadaan?
Adakah dia membantu anda walaupun anda tidak memerlukannya? Hanya untuk berada dekat dengan anda dan mengambil bahagian dalam perkara yang anda lakukan? Tidak semestinya untuk perkara yang penting. Kadang-kadang anda rasa dia terlalu ambil berat walaupun dengan hal-hal yang remeh, selalunya orang begini akan sering berpesan ‘jika mahukan apa-apa boleh la panggil saya ya’
Sering meluahkan masalah dengan anda
Jika dia menganggap anda seorang yang penting, andai dia ada masalah, pasti anda la orang pertama yang dia akan cari untuk meluahkan rasa hati. Mungkin kerana dia sudah rasa selesa dengan anda.
Sering mendahulukan anda dalam banyak hal
Dia akan mendahulukan anda berbanding hal-hal yang lain. Selalunya dia akan menganggap anda adalah yang pertama, hal lain menjadi perkara ke dua baginya.
Sering meluangkan masa dengan anda
Bila ada masa terluang saja, dia akan usaha untuk mendapatkan anda, menghabiskan masa terluangnya dengan anda. Baginya itu la masa yang paling sesuai untuk berbincang soal hati.
Sering berbicang tentang masa dengan dengan anda
Adakah dia berbincang dengan anda tentang masa depan? Adakah perbincangan masa depan itu tentang masa depan bersama? Kadang-kadang mereka yang memendam perasaan cinta kepada anda, dia tidak akan berterus terang, malah akan memberi klu-klu berkaitan dengan masa depan bersama. Mungkin anda akan lebih faham jika diberikan klu yang ‘berat’ seperti itu.
Pernah membawa anda pulang ke rumah orang tuanya
Bagi lelaki yang serius dengan anda, dia akan membawa anda pulang untuk bertemu dengan oramg tua anda, itu adalah salah satu ciri-ciri lelaki yang baik ya.
Memperkenalkan anda kepada saudara maranya
Jika sampai tahap dia memperkenalkan anda kepada saudara maranya, itu sudah terang-terangan bahawa dia memang sudah mula cintakan anda dan mengharapkan anda membalas cintanya. Jangan pula buat-buat tidak faham ya.
Suka menatap mata anda ketika bercakap
Bagi sesetengah orang, dia tidak suka menatap mata orang ketika bercakap. Tetapi berlainan dengan orang yang dilamun cinta, jika anda perasan dia menatap lama dan jauh ke dalama mata anada, percaya lah sebenarnya dia sedang jatuh cinta dengan anda.
Sumber: Himpunanceritalawak.com