Wang sememangnya amat penting, apatah lagi dengan ekonomi di Malaysia sendiri mengalami masalah. Namun begitu, segalanya bukan berkaitan dengan wang bila ianya berkaitan dengan kasih sayang dan cinta.
Walaupun begitu, tanpa wang agak susah untuk menjalani kehidupan harian, tetapi jangan pula mengejar harta sehingga mengabaikan orang tersayang. Kerana desakkan hidup, ada segelintir wanita yang membuat keputusan mengejar harta berbanding paras rupa. Biar tiada rupa, janji poket tebal!
Ianya terbukti benar apabila Aplikasi JustDating baru-baru ini mengadakan survey keatas 350 lelaki dan 350 wanita dalam satu kaji selidik.
Walaupun ia nampak seperti tidak benar, namun ini adalah berdasarkan survey semata-mata. Keputusan survey menunjukkan majoriti wanita di Malaysia amat mementingkan soal kewangan berbanding rupa paras.
Perincian daripada kaji selidik ini;
- 80% wanita dari Johor Bahru hanya keluar dating dengan lelaki yang lebih tinggi gajinya.
- 60% wanita dari Selangor dan KL tidak kisah keluar date dengan lelaki yang kurang gajinya, asalkan tidak kurang RM300 dari jumlah gaji mereka.
- 80% lelaki tidak kisah asal usul wanita itu, asalkan mempunyai rupa paras yang menarik.
- 80% lelaki tidak kisah soal kewangan sendiri ketika dating.
- Lelaki berusia 25-35 tahun sangat yakin dengan diri sendiri dan yakin mampu pikat gadis yang mereka minat.
- 60% lelaki berusia 35 hingga 45 tahun lebih suka keluar date dengan wanita yang lebih muda dan mempunyai gaji lebih rendah dari mereka.
- 63% lelaki berusia 35 hingga 45 tahun malu untuk pandu kereta lama ketika keluar date.
- 50% wanita tidak kisah apa jenis kereta pun lelaki itu pakai.
- 95% wanita tak suka jika lelaki ambil mereka guna motor ketika keluar dating.
Wanita yang mengutamakan wang berbanding rupa selalunya seorang yang berfikir panjang dan pakar mengatur perbelanjaan. Bagi mereka dengan keadaan ekonomi negara yang jatuh, dengan mencari lelaki kaya dan mampu menanggungnya adalah jalan terbaik. Sekian petikan dari Worldofbuz.com dan Era.je