Aliff Channel
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
Aliff Channel
Tiada
Lihat semua
Utama Gaya

Adakah Mengongkong Anak Punca Kemurungan Kanak-Kanak?

25/03/2020
dalam Gaya, Hubungan, Keluarga
3 minit bacaan
0
Adakah Mengongkong Anak Punca Kemurungan Kanak-Kanak?

Mengongkong atau menyekat kehendak anak-anak merupakan suatu yang luas. Ada yang boleh diberi kelonggaran, dan ada juga yang perlu disekat. Namun, inilah yang kita ingin bicara iaitu adakah mengongkong anak itu merupakan punca kepada kemurungan anak-anak kita?

Memiliki cahaya mata adalah puncak kegembiraan setiap wanita bergelar ibu sehinggakan setiap detik dilalui bersama si kecil ingin dirakam dan tidak mahu terlepas walaupun sesaat.

Ada kalanya, sikap ibu bapa yang terlalu bimbang akan si kecil menyebabkan mereka sentiasa mengawasi pergerakan anak agar tidak jatuh, tercedera atau mengalami apa sahaja ancaman hatta digigit nyamuk.

Sikap sebegitu ada kalanya berlarutan sehingga anak membesar, malah pengawasan yang keterlaluan boleh menyebabkan kanak-kanak berkenaan rimas dan secara tidak langsung boleh menyebabkan si kecil kemurungan.

Foto:mykmu.net

Memetik dari laman hijab&heels, disini ada satu perbincangan tentang kanak-kanak yang dikongkong, dan memberontak. Kenapa mereka menjadi sifat begitu? Apakah punca?

Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Zuria Mahmud, berkata kanak-kanak yang terlalu dikongkong akan memberontak apabila mereka besar kelak.

“Bagi anak-anak, ibu bapa adalah contoh terbaik dan oleh sebab itulah ibu bapa perlu mewujudkan sikap mesra dengan anak.

“Semua ibu bapa berniat baik untuk melihat anak membesar dengan selamat sehingga menganggap tindakan sedemikian seperti mengongkong atau terlalu berkeras adalah cara terbaik dalam mendidik anak,” katanya.

Kanak-kanak yang diberi kebebasan untuk meneroka akanmembesar menjadi insan berdikari.

Foto: Illuminasi

Kebanyakan pakar kanak-kanak berpendapat ibu bapa perlu memberi sedikit kebebasan untuk anak-anak meneroka sesuatu perkara dengan cara mereka.

Misalnya, kebanyakan ibu terlalu bimbang apabila si kecil mula belajar untuk berjalan. Bagi memudahkan si kecil, kebanyakan ibu bapa akan meletakkan anak di dalam alat untuk membantu si kecil berjalan (walker).

Baca Juga  Dugaan-Dugaan Hebat Semasa Bertunang

Ada ibu bapa yang mengikat alat berkenaan pada sesuatu bagi menghalang si kecil bebas bergerak dengan niat baik untuk mengelakkannya daripada kemalangan seperti terlanggar kerusi atau meja.

Sebaliknya, dengan membiarkan si kecil bebas meneroka, si kecil mungkin akan terbabit dalam kemalangan kecil seperti terlanggar bucu meja atau kerusi. Pengalaman itu akan mengajar kanak-kanak berkenaan untuk lebih berhati-hati apabila melalui bucu meja atau kerusi.

Malangnya, perbuatan berkenaan tidak membantu si kecil untuk memahami kesilapan yang mungkin berlaku. Biarkan si kecil merangkak untuk mereka belajar meneroka persekitaran.Cara terbaik adalah ibu bapa hanya mengawasi anak dan pada masa sama memberikan mereka kebebasan untuk meneroka apa sahaja perkara yang mereka ingin lakukan.

Jika si kecil merangkak, biarkan sahaja mereka bergerak ke semua arah tapi pastikan mereka tidak mengutip bahan yang ada di lantai dan tidak memasukkannya ke dalam mulut.

Begitu juga apabila membawa si kecil ke padang permainan, biarkan mereka lepas bebas, namun tetap mengawasi si kecil supaya tidak berlari jauh dari pandangan mata.

Dengan kebebasan sedemikian, si kecil membesar dengan fahaman ibu bapa membenarkan mereka melakukan apa sahaja, namun ada batasnya dan pada masa sama ibu bapa tetap menyayangi mereka.

Artikel Berkaitan

suami menyesal curang

6 Tanda Suami Anda Menyesali Perbuatan Curang

21/01/2021
TIps atasi ketiak hitam

5 Tips Semulajadi Atasi Ketiak Hitam

10/01/2021
Ilustrasi - Foto: Unsplash.com

Lelaki Suka Curang Berpotensi Untuk Mati Lebih Awal – Kajian

20/11/2020
Suka Makan Makanan Pedas? Tahukah Anda Apa Akibatnya?

Suka Makan Makanan Pedas? Tahukah Anda Apa Akibatnya?

09/09/2020
stress

Mengawal Stress Di Tempat Kerja Dengan Mudah

09/09/2020
maksud mimpi dicurangi pasangan

Mimpi Dicurangi Pasangan, Apa Maksud Sebenarnya?

01/06/2020

Komen?

Popular minggu ini

  • maksud mimpi dicurangi pasangan

    Mimpi Dicurangi Pasangan, Apa Maksud Sebenarnya?

    138 perkongsian
    kongsi 138 Tweet 0
  • Tips Berguna Putihkan Celah Peha Yang Hitam

    2281 perkongsian
    kongsi 2281 Tweet 0
  • 5 Tips Berkesan Agar Bateri Telefon Tidak Cepat Habis

    0 perkongsian
    kongsi 0 Tweet 0
  • Inilah Sebab Seseorang Menjadi Andartu Atau Bujang Terlajak

    928 perkongsian
    kongsi 928 Tweet 0
  • Tak Perlu Kejar Orang Yang Tidak Mencintaimu, Tetapi Hargai Orang Yang Mencintaimu Dengan Penuh Kasih

    0 perkongsian
    kongsi 0 Tweet 0
Aliff Channel
  • Dasar Privasi

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved

Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Pengiklanan

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved