Drama Taiwan, Meteor Garden yang popular di awal era 2000-an diulang tayang di salah satu stesen TV. Pastinya ramai yang masih ingat akan drama popular ini kan? barisan pelakon lelaki yang kacak, dan lakonan yang berkesan membuatkan gadis-gadis cair apabila menonton drama ini.
Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis miskin yang diterima di sekolah terkenal khusus untuk chaebol- sebutan anak orang kaya atau konglomerat- di Korea Selatan. Rupanya gadis tersebut mendapatkan tekanan karana sekolompok lelaki tampan yang menamakan dirinya F4 merasa berkuasa di sekolah tersebut.
Akhirnya, gadis yang pernah dibuli telah berkawan baik hingga jatuh hati pada salah seorang member F4. Ternyata F4 yang nampak dingin dan angkuh itu memiliki sikap yang lembut.Setelah 17 tahun menyepi, bagaimana nasib pelakon Meteor Garden sekarang?
Keempat anggota yang terdiri dari Jerry Yan, Ken Zhu, Vic Zhou dan Vanness Wu, sekarang sibuk dengan karier solo masing-masing. Meskipun tak seaktif dulu, pesona mereka tetap ada.
Keempatnya mengalami perubahan hidup, tak hanya penampilan tetapi status mereka pun kini berubah, dari seorang lelaki bujang kini menjadi seorang suami, kecuali Jerry Yan. Ya, Vanness Wu telah menikah pada 2013, Vic Zhou menikah pada 2015 dan Ken Zhu baru saja menikah pada 2016.
Selain perubahan status, perubahan penampilan mereka adalah hal yang paling ketara. Jika diingat-ingat, Anda mungkin akan tertawa kerana perbezaan penampilan keempatnya, namun mereka tetap kacak seperti awal kemunculannya
Terakhir, ketampanan Vic Zhuo F4 tampil dalam film Detective Gui. Detective Gui mengisahkan tentang detektif wanita Gui Xiang (Wang Luodan) yang memiliki IQ tinggi namun ber-EQ rendah. Meskipun sudah berusia namun penampilan bintang Meteor Garden masih tetap menggoda.
Sumber: bintang.com