Table of Contents
Sebut sahaja tentang Lahad Datu, atau juga dikenali sebagai “Bandar Perang,” sudah tentu rakyat Malaysia teringat kepada peristiwa hitam pada 13 Mei 2013 (13/13).
Disebabkan peristiwa tersebut, ramai masih takut untuk datang ke Lahad Datu. Padahal, sebenarnya Lahad Datu masih mempunyai banyak tempat bercuti.
Walaupun tidak sepopular seperti Semporna dan Kundasang, tapi terdapat banyak lokasi pelancongan yang tersembunyi yang boleh anda kunjungi.
Dengan pelbagai tempat percutian di Sabah, termasuk berkhemah di air terjun yang menarik, pasti pengalaman anda di Lahad Datu akan menjadi lebih memuaskan.
Jadi, jomlah kita berkunjung ke Lahad Datu dan ke tempat percutian menarik Sabah ini!
Senarai 19 Tempat Menarik Di Lahad Datu
Danum Valley
1 Taman negara di Sabah
Alamat: Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah
Tel: 088-486 168
Danum Valley Conservation Area ini terkenal dengan keindahan ekosistem hutan yang meliputi pelbagai flora dan fauna. Paling menarik, pokok tropika tertinggi di dunia, iaitu Meranti Kuning, boleh ditemui di hutan ini.
Luasnya mencapai 438 km persegi, Danum Valley menjadi habitat bagi haiwan-haiwan seperti monyet proboscis, harimau dahan, orangutan, dan lebih dari 300 spesies burung.
Di sini, anda dapat mengembara di hutan dengan berjalan di jambatan gantung selama 100 meter, yang terletak 40 meter di atas tanah. Pemandangan dari ketinggian ini pasti akan menenangkan jiwa anda.
Selain itu, pengunjung juga boleh mandi di sungai, melihat haiwan liar, berkhemah, dan meredah hutan serta menginap di Kawag Nature Lodge. Bagi pencinta alam, pastikan Danum Valley Sabah ini ada dalam senarai “wishlist” anda.
Tabin Wildlife Reserve
2 Perlindungan hidupan liar di Lahad Datu
Alamat: Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah
Tel: 088-267 266
Tabin Wildlife Reserve adalah pusat pemuliharaan yang terletak di kawasan seluas 122,539 hektar. Ia merupakan kawasan pemuliharaan terbesar di Sabah.
Anda dapat melihat hidupan liar dan spesies terancam seperti gajah pygmy Borneo, badak sumbu Sumatera, banteng (lembu), orangutan, dan banyak lagi.
Terdapat 9 laluan berbeza yang menawarkan pengalaman “drive night safari” di mana anda dapat melihat kehidupan liar pada waktu malam. Nikmati keunikan alam semula jadi dengan berjalan melalui trek atau menginap di Tabin Wildlife Resort untuk merasai ketenangan di tengah alam semula jadi.
Tapi yang membuat tempat pelancongan di Sabah ini benar-benar istimewa adalah kehadiran gunung berapi lumpur (Lipad Mud Valcano) yang masih aktif. Tempat ini sangat unik dan berbeza dari tempat lain!
Menara Kayangan
3 Tempat tersembunyi yang memukau di Lahad Datu
Alamat: Menara Kayangan, Unnamed Road, 91100 Lahad Datu, Sabah
Tel: 089-889 743
Menara Kayangan, atau juga dikenali sebagai Tower of Heaven, merupakan sebuah menara setinggi 30 meter yang terletak di puncak Gunung Silam. Menara ini telah dibuka sejak tahun 2012.
Apabila anda tiba di Menara Kayangan di Lahad Datu, anda akan dapat melihat pemandangan panorama yang menakjubkan, termasuk pulau-pulau dan hutan simpan Sepagaya yang luas.
Suhu di atas menara sama selesa dengan suhu di bawah, dan ia juga sangat sejuk. Jadi, anda dapat menikmati kelegaan dari kebisingan kota.
Jika anda ingin melarikan diri dari kebisingan dan kesibukan, datanglah ke Menara Kayangan dan dengarkan bunyi alam yang menenangkan!
Blue Ring Reef
4 Tempat menarik untuk scuba diving di Lahad Datu
Alamat: Teluk Darvel, Lahad Datu
Tel: N/A
Blue Ring Reef, juga dikenali sebagai Terumbu Lingkaran Biru, adalah satu-satunya blue hole di Malaysia. Ia terletak di Terumbu Tingkayu, Teluk Darvel, Lahad Datu.
Bagi para penyelam, tempat ini merupakan salah satu destinasi yang wajib dikunjungi. Lubang di Blue Ring Reef ini sangat dalam, iaitu mencapai 15 meter ke dasar laut.
Blue Ring Reef menawarkan daya tarikan pelancongan yang menakjubkan, sebanding dengan destinasi luar negara seperti Blue Hole Dean di Bahamas, Great Blue Hole di Amerika Tengah, dan Dragon Hole di China.
Jika anda mempunyai pengalaman sebagai penyelam skuba dan lesen yang sah, pasti anda akan rasa seronok untuk melakukan aktiviti skuba di sini dan melihatnya secara dekat!
Gunung Silam
5 Puncak gunung di Lahad Datu
Alamat: Gunung Silam, 91100 Lahad Datu, Sabah
Tel: N/A
Gunung Silam, dengan ketinggian 884 meter, merupakan gunung ketiga tertinggi di Lahad Datu. Pendakian menuju ke puncaknya memerlukan masa lebih kurang 2 jam.
Terdapat dua cara yang boleh anda pilih untuk mencapai puncak Gunung Silam, sama ada melalui jalan asfalt atau trek hutan.
Di kaki gunung ini terdapat hutan hujan tropika yang kaya dengan pelbagai hidupan liar. Anda dapat menikmati keunikan dan keindahan alam semula jadi yang ditawarkan oleh Gunung Silam.
Apa yang membuat Gunung Silam lebih istimewa ialah fakta bahawa ia adalah gunung persisiran ultraframik. Tanah di sekitar gunung ini mempunyai warna perang kemerahan yang unik!
Air Terjun Madai
6 Air terjun di Sabah
Alamat: Hutan Rekreasi Madai, 91100 Kunak, Sabah
Telefon: 089-851 863
Air Terjun Madai merupakan salah satu air terjun tercantik di Sabah. Ia adalah tempat yang sempurna untuk berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Dengan ketinggian 40 meter, airnya yang sejuk dan menyegarkan akan memberikan kesegaran kepada anda. Tempat menarik ini terletak di Hutan Simpan Madai, dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan subur dan pemandangan gunung yang indah.
Tempat percutian di Sabah ini juga dijaga dengan baik dan bersih dari pencemaran, kerana ia berada di bawah pengawasan Jabatan Perhutanan Sabah.
Terletak lebih kurang 30 km dari Lahad Datu, jadi ini merupakan lokasi yang sesuai jika anda ingin membawa kawan-kawan anda ke air terjun ini.
Pantai Payang
7 Tempat menarik untuk keluarga di Lahad Datu
Alamat: Pantai Payang, South China Sea, 91100 Lahad Datu, Sabah
Tel: 013-586 6831
Mencari tempat untuk mandi-manda bersama keluarga? Bawa saja keluarga anda ke Pantai Payang, salah satu pantai tercantik di Lahad Datu.
Ia merupakan salah satu tempat yang paling menakjubkan di kawasan tersebut dan sangat sesuai untuk percutian keluarga.
Dibuka dari 7 pagi hingga 6 petang, anda boleh mandi-manda, berenang, berkayak, atau berehat di atas pelampung sepanjang hari. Anda juga boleh menyewa khemah dan berkhemah di sini.
Hanya RM 8 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak untuk bayaran masuk. Jika anda ingin melihat matahari terbenam di Lahad Datu, Pantai Payang adalah lokasi yang sangat bagus!
Pantai Sahabat
8 Pantai tersembunyi di Lahad Datu
Alamat: Pantai Sahabat, Lahad Datu, Sabah
Tel: 013-845 8573
Terletak di kawasan Felda, Pantai Sahabat merupakan salah satu pantai terpanjang di Lahad Datu. Untuk sampai ke sini, anda perlu memandu kira-kira 1.5 jam dari pekan Lahad Datu.
Pokok-pokok yang tinggi memberikan latar belakang yang damai dengan pantai yang luas. Ini adalah tempat yang bagus untuk berehat dan menikmati keindahan semula jadi kawasan itu.
Terdapat juga resort di pantai ini yang dipanggil Sahabat Beach Resort, yang sesuai untuk keluarga yang ingin bermalam di tepi pantai.
Resort ini menawarkan banyak aktiviti yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak, termasuk kolam renang dan taman permainan.
Pantai Makuau
9 Tempat untuk healing di Lahad Datu
Alamat: Pantai Makuau, Lahad Datu, Sabah
Tel: N/A
Pantai Makua juga merupakan salah satu pantai yang unik dan terlama di Lahad Datu. Berdekatan dengan Pantai Sahabat, pantai ini juga popular di kalangan penduduk tempatan sebagai lokasi berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan.
Keunikan pantai ini terletak pada sebuah pulau kecil yang terletak di hadapan pantai dan sangat cantik untuk dijadikan lokasi photoshoot.
Pantai Makua menawarkan pemandangan yang cantik dan jauh dari kesibukan kota. Ia adalah tempat yang sesuai untuk anda “healing”.
Borneo Rainforest Lodge
10 Resort menarik di Lahad Datu
Alamat: Lot 20, Block 3, MDLD 3285, Ground Floor, Fajar Centre Fajar Lorong 9, 91120 Lahad Datu, Sabah
Tel: 088-267 637
Borneo Rainforest Lodge merupakan ekoresort pertama di Sabah yang terletak di dalam hutan tertua dunia. Resort ini menawarkan pengalaman alam semula jadi yang bermakna untuk anda.
Di sini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan, seperti berjalan di atas kanopi hutan, night walk, mandi di sungai, dan banyak lagi di sekitar kawasan Lembah Danum.
Anda akan dapat merasai keunikan dan keindahan hutan dengan lebih dekat. Terdapat 6 pakej penginapan yang disediakan, termasuk chalet yang cukup selesa dan elegen.
Jika anda ingin merasai pengalaman tinggal di dalam hutan dengan selesa dan tenang, tempahlah sekarang Borneo Rainforest Resort sekarang!
Sungai Kapur
11 Kinabatangan river cruise
Alamat: Taman Hap Heng Lot 62, 91100 Lahad Datu, Sabah
Tel: 017-293 6376
Sungai Kapur merupakan destinasi yang menakjubkan untuk anda kunjungi. Ia terletak di dalam kawasan RAMSAR dan boleh dikatakan sebagai permata tersembunyi yang jarang dilalui orang.
Suasana di sini memang sangat cantik, dengan hutan hujan yang subur dan bebas daripada pencemaran, tempat ini menjadi habitat kepada pelbagai jenis haiwan air.
Di Lahad Datu, korang dapat mengalami pengalaman unik “2 dalam 1” – gabungan antara hutan belantara Lembah Danum dan sungai Kinabatangan dalam satu tempat.
Anda boleh menjelajah hutan dengan berjalan kaki, menaiki bot untuk melihat sungai, dan mengikuti night safari. Jika anda seorang pencinta alam dan pengembaraan, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Sungai Kapur!
Gua Madai
12 Tempat menarik di Kunak & Lahad Datu
Alamat: No. 3 km, Off Lahad Datu-Tawau Highway, Kampung Madai, Kunak, Sabah, 91100 Lahad Datu
Tel: 089-851 863
Terletak di Hutan Simpan Madai Baturong, gua ini merupakan sebahagian daripada banjaran bukit batu kapur yang menakjubkan. Apa yang menarik, anda hanya perlu membayar RM5 bagi setiap individu untuk yuran masuk termasuk guide.
Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk keselamatan. Gua Madai juga telah diiktiraf oleh kerajaan sebagai hak warisan komuniti.
Menariknya, hanya kaum Idahan yang berhak menuai sarang burung layang-layang yang terdapat dalam Gua Madai ini. Tempat ini juga mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai lokasi zaman prasejarah di Malaysia.
Terdapat Pusat Pelawat dan “Board Walk” sepanjang 700 meter di dalam gua yang memudahkan pengunjung untuk mendapatkan maklumat.
Silam Coast Conservation Area (SCCA)
13 Kawasan menarik di Lahad Datu
Alamat: Silam Coast Conservation Area, 91100 Lahad Datu, Sabah
Tel: 017-832 3623
Jaraknya kira-kira 23 km dari bandar Lahad Datu, mengambil masa sekitar 40-45 minit dengan kereta biasa. Dilengkapi dengan kemudahan asas seperti padang bola sepak mini, pondok BBQ, tandas, bilik persalinan, dan lain-lain.
Di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti berkhemah, berkayak, jungle trekking, hiking, dan snorkelling.
Walaupun pantainya tidak berpasir dan kurang sesuai untuk kanak-kanak bermain, pemandangannya sangat indah dengan jeti yang menarik dan terdapat banyak ikan.
Borneo Paradise Eco Farm
14 Aktiviti memancing di Lahad Datu
Alamat: Borneo Paradise Eco Farm Resort, Unnamed Road, 91100, 91100 Kunak, Sabah
Tel: 019-842 5699
Borneo Paradise Eco Farm menawarkan pengalaman alam semula jadi yang unik di kawasan terpencil hutan paya bakau. Lokasi ini adalah salah satu tempat pelancongan menarik di Sabah yang wajib dikunjungi.
Di sini, anda dapat mendekatkan diri dengan alam semula jadi melalui pelbagai aktiviti seperti berkayak, memancing, snorkelling, dan menerokai hutan paya bakau.
Resort ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin, kafe, ruang santai, dan sistem keselamatan 24 jam. Kalau korang rasa nak relax dan jauh dari kesibukan bandar, Borneo Paradise Eco Farm memang tempat yang sesuai!
Air Terjun Bagahak
15 Air terjun di Lahad Datu
Alamat: Air Terjun Bagahak 2, Lahad Datu, Sabah
Tel: N/A
Air Terjun Bagahak adalah salah satu air terjun yang paling cantik di Sabah. Ia juga dikenali sebagai “The Lost World of Bagahak Waterfall” dan terletak kira-kira 43 KM dari bandar Lahad Datu.
Disyorkan datang ke sini dengan kereta pacuan 4×4 kerana jalan menuju ke sini agak mencabar.
Selepas mendaki selama lebih kurang 30 minit, anda akan sampai di air terjun ini. Setibanya di sini, nikmatilah kesegaran dan kesejukan Air Terjun Bagahak.
Tumunong Hallu Beach
16 Pantai di SCCA
Alamat: SCCA, Lahad Datu, Sabah
Tel: N/A
Terdapat destinasi menarik lain di Lahad Datu yang perlu anda lawati, iaitu Tumunong Hallu Beach. Lokasi ini adalah salah satu “rahsia” yang masih belum diketahui ramai orang dan terletak di SCCA.
Anda akan terpesona dengan airnya yang jernih tanpa pencemaran, memberikan pengalaman yang unik dan tidak dapat ditemui di tempat lain.
Ia adalah tempat yang terbaik untuk berehat dan melarikan diri dari kepenatan kehidupan harian! Jomlah ke Tumunong Hallu Beach!
W Bay Payang
17 Tempat menarik untuk ootd di Lahad Datu
Alamat: 155, Jalan Pantai, Bandar, 91100 Lahad Datu, Sabah
Tel: N/A
Jika anda mencari tempat untuk dikunjungi di Lahad Datu, terdapat beberapa lokasi yang sesuai bagi penggemar sukan air, keindahan alam, dan fotografi. Salah satu daripadanya adalah Pantai W, sebuah pantai rekreasi yang menarik.
Tempat ini hanya berjarak 20 minit dari bandar dan lapangan terbang. Pantai ini menawarkan kebersihan yang terjamin serta keindahan yang memukau, menjadikannya tempat yang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga pada hujung minggu.
Anda dapat bermandi-manda di pantai yang cantik ini, dengan air laut yang jernih. Di sini, anda juga boleh memilih pakej seperti lokasi fotografi, pakej perkahwinan, pakej sambutan hari jadi, dan aktiviti keluarga.
Bukit Piton Wildlife Safari
18 Aktiviti outdoor di Lahad Datu
Alamat: 2nd Floor MDLD 3717 Lot 41 Bandar Wilayah, Jalan Bunga Raya, 91100 Lahad Datu, Sabah
Tel: 017-2936376
Bukit Piton semakin popular di kalangan pelancong yang datang bercuti ke Sabah. Tempat ini merupakan sebuah khazanah alam yang tersembunyi.
Di sini, anda dapat merasai pengalaman unik melihat kehidupan liar dalam habitat semula jadi mereka, termasuk orangutan, gajah, kancil, tupai terbang dan burung enggang.
Jadi, jomlah ke Bukit Piton dan saksikan sendiri keindahan alam semula jadi ini!
Pulau Buta Eco Tourism
19 Pulau menarik di Lahad Datu
Alamat: Kampung Nala, Lahad Datu, Sabah
Tel: 014-359 7500
Pulau Buta Eco Tourism adalah pusat peranginan ekopelancongan dengan fokus pada aktiviti sungai dan laut. Di sini, terdapat pelbagai pakej ditawarkan termasuk hiking, kayak, river cruise, memancing, dan aktiviti menarik lainnya.
Mereka juga menyediakan tempat berkhemah, membolehkan anda menikmati malam yang menakjubkan serta berpeluang melihat fenomena night sky mirror.
Ketika air surut, langit terpantul di permukaan air di atas pasir, mencipta pemandangan seperti berdiri di lantai cermin. Pantai Pulau Buta Agro juga popular sebagai destinasi keluarga pada hujung minggu.