Table of Contents
Anda ingin tahu tempat menarik di Pitas Sabah? Pasti terlintas dalam fikiran anda makanan laut yang murah dan berbaloi.
Selain itu, pulau-pulau cantik di Sabah juga menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara setiap tahun.
Kali ini, kami akan membawa anda menyusuri senarai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan apabila melawat ke daerah Pitas, Sabah yang terkenal dengan pulau terapung dan pulau peranginan.
Terletak di Bahagian Kudat Sabah, perjalanan dari Pitas to Kota Kinabalu juga cuma mengambil masa lebih kurang 3 jam.
Senarai 14 Tempat Menarik Di Pitas Sabah
Pitas Bay View
1 Pemandangan tepi laut menarik di Pitas
Alamat: Pitas Bay View, 89100 Kota Marudu, Sabah
Tel: 011-1601 4015
Tempat menarik Kota Marudu dan Pitas ini adalah destinasi yang sesuai untuk anda dan keluarga datang bersantai dan menenangkan fikiran sambil menikmati keindahan pemandangan laut yang luas.
Banyak orang datang ke sini untuk ootd, berjoging dan melakukan aktiviti lain. Anda juga boleh datang pada waktu pagi atau petang untuk menikmati pemandangan sunset yang menakjubkan.
Tempat ini telah dihiasi dengan pelbagai warna-warni yang akan memukau setiap pengunjung dan membolehkan anda mengambil gambar-gambar indah sebagai kenangan.
Jika anda beruntung, anda juga boleh menyaksikan pertandingan perahu berwarna-warni yang diadakan setiap tahun.
Pitas Mangrove@ Rosob
2 Jambatan pelangi di Pitas
Alamat: Pitas, 89100, Sabah
Tel: N/A
Tempat menarik di Pitas ini berdekatan dengan SK Rosob, menawarkan keindahan alam semulajadi yang menakjubkan.
Terletak di Laut China Selatan, kawasan ini pernah terkena tsunami yang melanda Indonesia. Tapi, jangan risau, pokok bakau yang tumbuh di sini berfungsi sebagai pemecah ombak yang melindungi kawasan ini.
Selain keunikan alam semulajadi, kawasan bakau ini menjadi sumber pendapatan utama penduduk tempatan. Anda akan menemui pelbagai jenis ikan, udang ketam, dan kerang.
Bagi pelancong, terdapat jambatan berwarna-warni yang telah disediakan untuk menjelajahi kawasan yang menarik ini.
Floating Coral Bar, Pitas
3 Tempat bergambar menarik di Pitas
Alamat: Pitas, 89100, Sabah
Tel: 010-3087331
Nak melancong ke Carribbean tapi bajet tak besar? Tak perlu jauh-jauh! Di Pitas, terdapat satu kawasan istimewa yang serupa dengan Carribbean – Floating Coral Bar.
Kawasan ini sebenarnya terdiri daripada terumbu karang yang sudah mati, menjadikannya landai dengan air setinggi lutut orang dewasa semasa air pasang, dan ia kelihatan seperti sebuah pulau terapung.
Apa yang menarik, anda boleh menemui spot-spot bergambar yang cantik di sini. Bagi peminat fotografi, pengalaman ini memang akan memberikan kepuasan yang luar biasa!
Jadi, jomlah melawat Floating Coral Bar di Pitas dan nikmati suasana ala Carribbean tanpa berbelanja besar!
Piniapat Hill
4 Tempat hiking di Pitas
Alamat: Pitas, 89100, Sabah
Tel: N/A
Peminat hiking, korang memang wajib datang ke Bukit Morovidu, Bukit Tudturan atau Piniapat Hill ni! Ingat tak zaman kanak-kanak dulu ada siri Teletubis tu?
Bukit ni memang macam bukit hijau dan damai dalam siri tu. Kawasan hiking ni sangat sesuai untuk pemula atau yang nak relax je naik bukit ni. Yuran naik bukit murah je!
Terletak antara Kota Marudu dan Pitas, lebih kurang 3km dari Dataran Bengkoka. Trail di Bukit Piniapat pun banyak bunga-bungaan warna-warni yang cantik.
Cantik sangat ambil gambar kat sini. Pemandangan waktu petang lagi cantik! Lagi best kalau hiking ramai-ramai, rasa seronok tak terhingga.
Dah tak sabar nak datang lagi next time. Ni cerita orang yang pernah datang sini. Jangan lupa selfie dan ambil gambar ya!
Indah Chalet Bengkoka
5 Chalet atas air untuk memancing di Pitas
Alamat: Dataran Bengkoka, Pitas
Tel: 014-953 9109
Korang jalan-jalan kat Pitas tapi tak tau nak stay kat mana? Jangan risau, sebab kat Indah Chalet Pitas ni, korang boleh menginap dengan selesa bersama keluarga tersayang.
Tempat ni sangat strategik untuk tengok matahari terbenam dan bercuti sambil memancing. Cabin di sini boleh muatkan 2 orang dalam satu cabin dan ada karaoke live lagi.
Tempat yang best untuk lepak-lepak kat Pintas Sabah. Kedai makan tepi laut dan penginapan pun ada. Paling best, matahari terbenam kat sini memang cantik gila!
Bagang View Hill
6 Aktiviti mendaki di Pitas
Alamat: Jalan Sapi – Nangoh, 89100 Kota Marudu, Sabah
Tel: N/A
Hiking memang aktiviti yang seronok dan boleh bakar lemak dengan pantas! Seluruh badan kita bekerja keras, tapi dalam masa yang sama, korang dapat menikmati cuti dan mencapai bentuk badan yang ideal.
Aktiviti ini pun tak mahal hanya perlu keinginan. Kat sini ada 3 jenis laluan hiking yang boleh korang pilih – ada yang senang, sederhana, dan mencabar.
Kalau korang kaki hiking yang suka cabaran, memang wajib datang hiking kat sini. Pemandangan dari puncak di Sabah ini memang mengagumkan!
Dataran Bengkoka
7 Dataran di Pitas
Alamat: Dataran Bengkoka, Pitas, Sabah
Tel: N/A
Korang mesti datang ke Dataran Bengkoka ni! Kenapa? Sebabnya kat sini terkenal dengan lobster yang sangat sedap dengan harga tak mahal sangat.
Lagi satu, kat dataran ni ada tugu lobster air masin yang besar gila. Memang perfect untuk ambil gambar kenangan!
Bukan tu je, dataran Benkoka Pitas ni juga jadi tempat riadah yang ramai orang suka datang. Seronok sangat hangout kat sini!
Pantai Torungguh
8 Pantai di Pitas
Alamat: 7.7 KM Off Jalan Langkon-Pitas (Jalan Bangkau-Bangkau) 89108 Pitas, Sabah Malaysia
Tel: N/A
Korang kena datang ke Pantai Torungguh di Sabah! Ni tempat terbaik untuk berkelah sambil bermain di tepi pantai bersama keluarga.
Bayangkanlah korang duduk kat situ, hirup angin laut yang sepoi-sepoi waktu petang. Pantai kat sini pun bersih, tak ada sampah-sarap merata.
Air laut dia pun jernih, sampai korang boleh nampak ikan-ikan kecil berenang-renang dalam air. Kalau korang suka memancing, memang seronok kat sini. Jangan lupa bawa alatan memancing.
Sambil berkelah, korang boleh pancing sekali. Lagi best, suasana pantai ni betul-betul menenangkan jiwa. Jadi, jom lah datang ke Pantai Torungguh ni. Korang takkan menyesal!
Kampung Pinggan-Pinggan
9 Perkampungan unik di Pitas
Alamat: KG Pinggan-Pinggan, Pitas, Jalan Langkon Pitas, 89108 Kota Marudu, Sabah
Tel: N/A
Kampung Pinggan-Pinggan di Sabah ni memang tempat yang korang kena datang! Tempat ni terkenal dengan kisah asal usulnya yang unik.
Dulu ada seorang penduduk kampung nampak pinggan makanan terapung melawan arus sungai, terus dorang ambil nama tu untuk nama kampung ni. Memang unik kan?
Bukan itu sahaja, sekolah rendah kat sini pun dah berusia ratusan tahun. Bayangkan betapa lama kampung ni dah wujud.
Masyarakat di sini memang bergantung sepenuhnya dengan sumber rezeki dari laut.
Jadi, kalau korang datang sini dan nak beli ikan laut murah, memang terbaiklah singgah kat sini. Selain dari beli ikan, korang pun boleh explore kampung tradisional ni.
Pulau Supirak
10 Pulau menarik di Pitas
Alamat: Kg. Malubang, Pitas, Sabah
Tel: N/A
Korang pernah dengar kisah sedih Tanggang yang derhaka pada ibunya sampai diubah jadi batu? Menariknya, Pulau Supirak ni bentuknya macam kapal!
Ceritanya menurut penduduk tempatan, si nakhoda kapal ni ada ibu yang namanya Supirak. Sebab tak terima anak dia yang dah jadi kaya tak nak mengaku, dia sumpah jadi batu.
Sekarang, pulau ni jadi tarikan pelancong datang ke Pitas.
Tamu pitas
11 Pasar pagi di Pekan Pitas
Alamat: Pitas, 89100 Kota Marudu, Sabah
Tel: N/A
Korang patut datang ke Tamu Pitas, Sabah! Kalau korang nak cari barang-barang atau makanan yang tak ada pada hari biasa, sini tempatnya.
Tamu ni macam pasar yang khas untuk peniaga dari kampung-kampung jauh jualan barang di sini. Itulah sebabnya, barang-barang yang ada di sini jarang ditemui pada hari biasa.
Korang boleh shopping puas-puas kat sini, ada jualan pakaian, aksesori, dan makanan. Tempat ini buka setiap Sabtu pagi sampai tengah hari je.
Banyak jualan menarik korang boleh tengok sepanjang jalan. Jom shopping!
Supirak Guest house Malubang
12 Penginapan di Pitas
Alamat: Pitas, 89100, Sabah
Tel: 016-9223692
Kalau korang nak bercuti ke Pulau Supirak, tak salah cuba tinggal sehari dua di Supirak Guest House Malubang. Korang akan terpesona dengan suasana yang mendamaikan kat sini.
Menariknya, penduduk tempatan juga peramah dan guest house ini disediakan oleh mereka lengkap dengan kemudahan.
Memang betul-betul dekat dengan pantai tau! Jadi korang bolehlah duduk di beranda atau di jeti, nikmati pemandangan laut yang cantik.
Bayangkanlah, bangun pagi dengan bunyi ombak yang perlahan dan angin laut yang sejuk menyentuh kulit korang.
Jomlah plan cuti kat Pulau Supirak ni, dan tinggallah di Supirak Guest House Malubang.
Kampung Malubang Pitas
13 Perkampungan nelayan di Pitas
Alamat: Kampung Malubang, Pitas, Sabah
Tel: N/A
Kampung Malubang Pitas ni terletak di tepi pantai. Penduduk kat sini kebiasaannya menjalankan aktiviti menangkap ikan sepanjang hari.
Jadi, kalau korang datang melawat sini, korang bolehlah buat aktiviti berkelah bersama keluarga di tepi pantai sambil tengok penduduk kampung menangkap ikan dan haiwan laut lain.
Air laut kat sini memang sejuk dan jernih. Korang bolehlah bermandi-manda beramai-ramai. Kalau korang minat memancing, jangan lupa bawa peralatan memancing sekali sebab di sini ada jeti yang panjang.
Kawasan ini mempunyai pelbagai jenis ikan yang besar. Korang boleh lempar tali kail dan menikmati pengalaman memancing yang seronok.
Mesti seronok dapat menangkap ikan yang besar-besar! Korang juga akan teruja dengan pemandangan sekitar kampung ini dan ambil gambar-gambar yang cantik!
Majo Homestay
14 Homestay Pitas
Alamat: Pitas, Kg. Indah, 89100, Sabah
Tel: 019-6711312
Rasa nak bercuti di Pitas? Apa kata korang stay semalam di Majo Homestay yang terletak di Pitas, Sabah? Tempatnya cuma 3 minit je dari Pekan Pitas.
Majo Homestay ni memang lengkap dengan kemudahan, ada ruang tamu, 2 bilik tidur, dapur, dan bilik mandi. Paling penting, Wifi disediakan secara percuma.
Lokasinya juga strategik dan rumahnya luas, bersih, dan amat selesa. Pasti korang akan teringin nak booking tempat ni kalau datang bercuti di Pitas, Sabah.
Homestay terbaik di Pitas ni, korang mesti datang!