Table of Contents
Anda tertanya-tanya, selain tempat menarik di Kota Kinabalu, apa lagi daerah menarik di Sabah untuk travel? Jawapannya adalah daerah Keningau Sabah.
Keningau adalah salah satu tempat cantik di Sabah dan ia menawarkan pelbagai tempat menarik untuk percutian yang terbaik.
Ia merupakan bandar kelima terbesar di Sabah dan salah satu bandar yang tertua.
Terletak di antara Tambunan dan Tenom, kawasan ini dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi dan pemandangan yang memukau.
Di sini, anda dapat menikmati kecantikan alam semula jadi, mandi air terjun serta mengunjungi bangunan bersejarah di Sabah.
Jadi, jika anda mencari tempat indah untuk bercuti dengan tempat penginapan yang selesa, Keningau adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan ketika percutian di Sabah.
Senarai 14 Tempat Menarik Di Keningau
Bukit Trig Keningau
1 Tempat hiking Keningau
Alamat: Jalan Apin-Apin Lama, 89650 Keningau, Sabah
Tel: 011-38020559
Mari jelajahi keindahan Bukit Trig di Keningau! Bukit ini menarik untuk didaki dengan beberapa bahagian yang curam dan memerlukan tali. Pendakian ini tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Lebih baik pendakiannya dilakukan awal pagi kerana tiada tempat teduh di sekitar dan cuaca akan menjadi sangat panas di tengah hari.
Jangan lupa bawa air minum atau anda boleh mendapatkan minuman di kaunter pendaftaran. Pendakian di sini tidak telalu meletihkan dengan pemandangan pokok rendah dan kehijauan di setiap sudut.
Selain Bukit Trig, Keningau juga mempunyai beberapa tempat menarik lain untuk didaki seperti Chanang Hill, Bukit Mantaoi, Gunung Trusmadi, Bukit Indah Trail Keningau, Bukit Durian Keningau, Bukit Selomitha, Bukit Kulanga dan Kosimbut Hill.
Crocker Range National Park
2 Taman negara berdekatan Keningau
Alamat: C423+88 Kampung Sinar Jaya Tanpulan, Keningau, Sabah
Tel: N/A
Jika anda ingin melihat pelbagai flora dan fauna, anda harus melawat Taman Negara Banjaran Crocker ini. Di dalam bangunan yang dipanggil Pusat Alam Crocker Range, terdapat pameran kecil yang boleh anda lihat.
Terdapat meja berkelah, tandas awam, kawasan perkhemahan dan asrama untuk anda bermalam. Anda juga boleh melihat Rafflesia, paku-pakis dan tumbuhan lain serta ada sungai kecil.
Tempat menarik Keningau ini mempunyai banyak pokok dan laluan untuk dilalui. Jika berjalan beberapa langkah dari pintu masuk, korang akan sampai di air terjun.
Anda juga boleh pergi mendaki melalui laluan Salt Trail di taman ini! Tapi perjalanan sedikit mencabar dan korang boleh bertemu penduduk kampung terdekat.Â
Taman Bandukan Riverside Resort
3 Resort menarik di Keningau
Alamat: KM15, Off Jalan Bunsit, Bingkor, 89000 Keningau, Sabah
Tel: N/A
Tempat penginapan yang selesa untuk berehat, memancing, menghabiskan masa di kafe atau hanya melihat pemandangan tasik yang indah.
Resort ini mempunyai suasana santai dengan sungai yang mengalir di tengahnya, kafe, kedai cenderamata, trek hutan, taman permainan untuk kanak-kanak tepi tasik dan jambatan gantung.
Lokasinya hanya lima minit dari bandar Keningau. Korang juga boleh pergi ke tempat best di Sabah ini untuk jalan-jalan dan bawa keluarga tersayang!
Pusat Rekreasi Taman Bandukan
4 Tempat berkelah Keningau
Alamat: 89000 Keningau, Sabah
Tel: N/A
Taman Bandukan Keningau memang best! Sungainya cantik dan jernih sehingga dapat melihat banyak ikan. Sesuai sangat bawa keluarga datang sini pada hujung minggu atau cuti.
Boleh buat aktiviti keluarga, camping, picnic, bbq dan berenang. Tempat mandi yang relax dan alam sekelilingnya memang indah.
Ada taman permainan untuk anak-anak dan jambatan gantung yang menarik. Sungainya juga tak terlalu dalam, ada gerai makanan dan boleh beli pelampung.
Tapi pada hujung minggu, tempat menarik di Keningau ini sangat ramai dengan orang yang berkunjung. Jadi, kalau anda suka alam semula jadi dan pengembaraan, kunjungi taman ini!
Sabindo Khin Sang Springs
5 Tempat menarik untuk dating
Alamat: KG, MUHIBAH, JALAN PATIKANG, 89000, Keningau, Sabah
Tel: 011-31887218
Sabindo Khin Sang Springs Water Resort memang tempat yang sempurna untuk dating atau makan bersama keluarga. Walaupun ramai pada waktu cuti, tempat ini tetap menarik untuk hangout di Keningau.
Suasana sekitarnya yang indah dengan pencahayaan dan kolam renang yang menarik. Kalau datang selepas senja, anda akan dapat melihat cahaya yang memenuhi seluruh resort.
Terdapat banyak tempat letak kereta dan pelbagai jenis makanan dari Barat hingga makanan tempatan. Sebelah malam pula ada live busking.
Hotel ini menawarkan pemandangan yang indah, romantis, dan sesuai untuk kanak-kanak, walaupun bilik agak terhad. Di sini juga terdapat restoran, kafe, dan kolam renang.
Tempat ini sesuai untuk berkumpul dan melakukan aktiviti air seperti naik bot pedal. Anda juga boleh makan malam steamboat, buat majlis hari jadi, reunion, anniversary, dating, majlis kahwin dan lain-lain.
Mee Woo Resort
6 Tempat menarik Keningau untuk kanak kanak
Alamat: Kampung Tuarid Taud, Keningau, Sabah
Tel: 087337108
Mee Woo Resort Keningau memang tempat penginapan yang menarik untuk aktiviti bersama keluarga, dan sini juga ada spa!
Tempat yang menarik untuk bawa anak-anak pada hujung minggu dengan fasiliti kolam renang dan harga tiket cuma RM5 untuk masuk kolam renang.Â
Terdapat water slide, kolam kanak-kanak, dan kolam dewasa. Tempat ini boleh diakses oleh tetamu hotel dan juga orang awam.
Staf yang mesra dan bilik tidur yang selesa. Pemandangan matahari terbenam yang indah juga dapat dinikmati dari beranda bilik.
Tapi, jika anda merancang untuk membawa orang tua, saya tidak mengesyorkan untuk datang ke sini kerana terdapat terlalu banyak tangga yang perlu dinaiki hanya untuk ke bilik.
Martini Glamping Park
7 Tempat glamping di Keningau
Alamat: KM 15, Jalan Bunsit, Bingkor, 89008 Keningau, Sabah
Tel: 011-3123 1994
Martini Glamping Park menawarkan pengalaman percutian yang menarik di Keningau, Sabah. Ia merupakan tempat perkhemahan berkonsepkan glamping yang pertama di Keningau!
Ia sangat sesuai untuk berkhemah dan berkumpul dengan keluarga atau rakan-rakan, dengan kemudahan yang baik dan suasana yang mesra keluarga.
Nikmatilah keindahan dan ketenangan alam semula jadi, sambil mendengar bunyi serangga, untuk hilangkan stres dan bersantai dengan penuh kegembiraan.
Terletak di Kampung Bunsit, Keningau, tempat ini adalah pilihan terbaik untuk pengalaman glamping yang unik dan sekali-sekala menjelajahi keunikan kawasan sekitarnya!
Sambil camping, korang juga boleh bermandi-manda di Sungai Bunsit. Lepas mandi, bolehlah BBQ di luar khemah!
Qiagung Campsite and Recreation
8 Tempat camping di Keningau
Alamat: Jln Kg.Bundu Tiga 2 KM from Kg.Donggiluang, 89008 Keningau, Sabah
Tel: 010-7604700
Tapak perkhemahan ini terletak di Apin2 Keningau, hanya 26KM dari Bandar Keningau dan 2KM dari Kg Donggiluang Apin-Apin Keningau.
Dikelilingi oleh pemandangan sungai yang indah, Qiagung Campsite menawarkan suasana hijau dan udara yang nyaman. Di sini, anda hanya akan mendengar bunyi serangga dan air sungai yang mengalir.
Paling penting, pemilik tempat ini menjaga keselamatan pengunjung dengan melakukan ronda malam setiap kali anda menginap di sini.
Kemudahan yang disediakan termasuk bilik mandi, tandas, dan pelbagai jenis penginapan seperti pondok, glamping, dan khemah mudah alih.
Selain berkhemah dan bbq, korang boleh melakukan sukaneka, mandi di sungai, atau memancing. Sangat sesuai untuk aktiviti sekolah, kumpulan, bonding atau gathering bersama orang tersayang!
Pamalan Hill View
9 Taman di Keningau
Alamat: Kampung Sinar Jaya Tanpulan, 89000 Keningau, Sabah
Tel: 019-5829776
Kalau korang mencari destinasi yang menarik untuk dikunjungi, datanglah ke Pamalan Hill View di Keningau.
Tempat menarik Keningau ini beroperasi mulai jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Di sini, korang boleh menghabiskan masa bersama keluarga, rakan, atau pasangan.
Nikmati suasana santai di atas bukit dan saksikan pemandangan matahari terbenam dari atas bukit.Â
Selepas tu, sewa set karaoke atau bersantai di mini kafe sambil menikmati angin malam yang sejuk.Â
Sertai aktiviti memanah, bermain dart, melihat arnab, tower view 20 m, camping, berkelah atau bergambar di dinding gallery recycle art!
Cinnamon Riverside Park
10 Tempat rekreasi di Keningau
Alamat: Kuangoh, 89000 Keningau, Sabah
Tel: 012-8610156
Cinamon Riverside Park di Keningau, salah satu destinasi yang terbaik untuk pencinta rekreasi dan perkhemahan. Terletak di Kg Bandukan Bingkor, hanya 16.2 Km dari Bandar Keningau.
Dalam waktu sekitar 24 minit, anda sudah tiba di Cinamon Riverside Park. Anda akan langsung terpesona oleh keindahan alam semula jadi dan suasana yang menenangkan.
Selain berkelah dan memancing, anda boleh menjelajahi trek rimba yang menarik, menikmati keindahan alam, bersantai di tepi sungai yang jernih atau berkhemah bersama keluarga atau rakan-rakan anda.
Pada malam hari, nikmati keindahan langit berbintang yang memberikan suasana romantis sambil menikmati kehangatan api unggun dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan atau sekadar memandang bintang-bintang di langit.
Keningau Kidszone
11 Tempat menarik keningau untuk kanak kanak
Alamat: Block E2, Lot 85, First Floor, Bandar Baru, 89000 Keningau, Sabah
Tel: 011-57526568
Jom ke Keningau Kidszone yang baru buka tahun ini di kawasan Bandar Baru Keningau! Terletak di Tingkat 1 dan bersebelahan dengan KBOX Keningau.
Memang tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak bermain. Kalau ada anak-anak suka melompat-lompat, di sini ada trampolin untuk mereka seronok bermain.
Sementara anak-anak asyik bermain, ibu-ibu juga boleh bersembang dan bergaul. Jadi, bukan hanya anak-anak yang gembira, ibu-ibu pun boleh seronok sambil menjaga persahabatan!
Bakti Cafe
12 Tempat makan menarik Keningau
Alamat: Jalan Masak Spur, 89000 Keningau, Sabah
Tel: 087337566
Jom ke Bakti Cafe Keningau yang terletak di tepi jalan masuk Keningau, hanya 3.8 km dari Pusat Bandar Keningau.
Tempat ini menjadi salah satu pilihan terbaik untuk makan di Keningau, terutamanya pada waktu malam.
Di sini, anda akan menemui pelbagai menu menarik dengan citarasa yang memenuhi selera anda. Dari masakan kampung, steamboat, sup, nasi goreng, hidangan Barat, dan banyak lagi.
Persekitaran kafe ini sangat bersih, selesa, luas, dan dihiasi dengan lampu yang menarik. Boleh bawa keluarga, kawan-kawan atau pasangan ke sini.
Datanglah ke Bakti Cafe Keningau dan rasai pengalaman yang memuaskan serta nikmati hidangan yang lazat dalam suasana yang menyenangkan!
Trus Madi Entomology Camp
13 Tarikan alam di Keningau
Alamat: Apin Apin, Trusmadi Forestry reserve FMU 10, 89000 Keningau, Sabah
Tel: 016-4106078
Anda akan terpesona dengan kepelbagaian dan keindahan burung di Kem Trus Madi Entomology.
Terletak kira-kira 1,170 meter di atas paras laut, kem ini dikelilingi oleh pemandangan indah hutan hujan dan gunung.
Terdapat pondok burung dan perangkap cahaya untuk melihat haiwan-haiwan langka itu dengan dekat.Â
Tempat menarik di Keningau ini juga sangat sesuai untuk penggemar fotografi yang ingin mengambil gambar burung-burung dan serangga yang cantik.
Pemandangan yang indah dan udara yang sejuk membuat anda rasa nyaman. Rasakan kehangatan alam semulajadi yang memikat hati dan mata. Ketenangan ini sukar digambarkan!
Perkasa Hotel Keningau
14 Hotel di Keningau
Alamat: 129, KM 0.2, Jalan Kampung, 89007 Keningau, Sabah
Tel: 087-331 045
Jika anda mencari tempat yang selesa untuk bermalam semasa melancong di Keningau, tak perlu risau, booking sahaja Hotel Perkasa Keningau.
Terletak di Jalan Persekutuan 500, hotel ini hanya berjarak 2 km dari Lapangan Terbang Keningau dan 7 km dari Taman Rizab Crocker Range.
Dilengkapi dengan TV skrin rata, meja kerja, dan penghawa dingin, serta perkhidmatan dobi. Hotel ini juga menawarkan tempat letak kereta percuma dan ruang mesyuarat.
Selain daripada Hotel Perkasa, terdapat juga beberapa pilihan penginapan lain di Keningau seperti Hotel Juta Keningau, Sento Hotel Keningau, Queen Hotel Keningau, Sabindo Resort Keningau atau Grand Hotel Keningau.