Siapa yang pernah pergi negara seberang, Thailand, pasti tahu menu salad udang menari-nari ni.
Lagipun, sekarang ni sedang tular sebuah posting video di TikTok yang menunjukkan penyediaan menu ini.
Video tersebut tular apabila akaun @JalanCutiSantai berkongsi video ini dan mendapat perhatian ramai.
Dancing Shrimp Salad
Yalah, mana taknya udang kecil-kecil yang masih hidup dihidangkan bersama-sama dengan sos Thailand dan bahan-bahan dijadikan seperti salad.
Mungkin bagi sesetengah orang, akan rasa ingin muntah apabila melihat cara penyediaanya tapi ada juga yang teringin nak tahu apa rasanya.
Apa kata doktor?
Jadi kami pun menjengah bahagian komen dan quote tweet dari ciapan video tersebut dan kami terjumpa penjelasan ringkas dari salah seorang doktor @drhafidzhasan mengenai menu ini.
Menurut beliau, hidangan ini sebenarnya terdapat beberapa risiko kesihatan yang membimbangkan antaranya parasit yang masih hidup pada haiwan air tawar jika tidak dicuci dan tidak dimasak.
Keduanya, risiko tercekik kerana udang yang masih hidup kemungkinan besar melompat ke dalam trakea dan menyebabkan risiko tercekik, radang paru-paru aspirasi dan jangkitan terus ke dalam paru-paru anda.
“Mimpi ngeri”
Beliau berkata lagi, anda juga mungkin perlu melakukan bronkoskopi hanya untuk mencari udang kecil di dalam saluran paru-paru.
Malah, bahagian paip pernafasan dalam badan anda juga tidak mempunyai apa-apa jenis enzim pencernaan untuk mencerna udang jadi elakkan dari mencuba kerana sangat membahayakan.
Beliau turut memberi cadangan yang lebih bagus iaitu lakukan samyang challenge daripada makan hidangan ini.
Apa kata netizen?
Kami menjengah ruangan komen pada ciapan tersebut, ada netizen mengatakan setiap kali video itu lalu di media sosial miliknya, dia akan terbayangkan udang yang berbau hanyir sampai rasa nak muntah.
Ada juga yang mempersoalkan halal ke tidak makanan ini?
Apa apa pun kami berharap anda berhati-hati dalam memilih makanan supaya tidak mendapat cirit-birit atau keracunan makanan.