Table of Contents
Bagi anda yang bercuti ke Langkawi Malaysia dengan menaiki kapal terbang, terdapat banyak Langkawi hotel near airport untuk anda pilih.
Langkawi, semestinya tarikan pelancongan bebas cukai yang terkenal dalam kalangan pengunjung sama ada dari dalam mahupun luar negara.
Oleh sebab terlalu banyak kawasan tumpuan pengunjung, maka terletaknya hotel berdekatan Langkawi International Airport.
Senarai hotel di Langkawi
Bagi anda yang tidak mahu terlepas ke Langkawi airport departures, anda boleh memilih untuk menginap di hotel berdekatan.
Ini akan meringkaskan masa anda supaya tidak terlepas penerbangan sewaktu tarikh pulang nanti. Berikut merupakan 16 hotel berdekatan airport Langkawi yang terkenal dengan jarak kurang dari 20 km.
Wings by Croske Resort Langkawi
1 Hotel berhampiran Pantai Cenang
Alamat; Pantai Cenang, Jalan LIMA, 07100 Langkawi, Kedah
Tel; 011-3335 9277
Bagi mereka yang tengah cari hotel yang tawarkan servis shuttle free hantar-pickup ke lapangan terbang tu, boleh tempah hotel ni.
Biliknya pula sangat luas dan cantik, kanak-kanak juga akan teruja kerana bilik airnya sangat besar dan boleh lepak layan movie dari wifi hotel.
Pada waktu malam, pemandangan dari tingkap bilik ke kolam renang sangat cantik.
Menu restoran yang pelbagai, dari masakan Amerika hingga pilihan halal.
Di samping tempat letak kenderaan percuma, kakitangan juga mesra, mempunyai gym, taman dan perkhidmatan dobi.
Lobinya juga dihias cantik dan kolam renang dibuka sampai pukul 9 malam dengan pemandangan sekelilingnya yang indah!
Jarak ke airport: 300m
Kadar purata semalam; RM 254
Review;
“Tempat yang bagus untuk tinggal jika anda mempunyai penerbangan awal pagi keesokan harinya. Lobi yang luas dan kolam renang yang bagus untuk bersantai….”
The Smith House
2 Hotel yang memiliki kolam renang di rooftop
Alamat: Lot. 297, (HSM. 772), Bandar Padang Matsirat, Bandar Padang Matsirat, 07100 Kampung Padang Masirat
Telefon: 04-952 3777
The Smith House memberikan bilik dengan hiburan tv yang dilengkapi filem-filem terkini on demand.
Tambahkan keseronokan anda dengan bersantai di kolam renang di bumbung hotel sambil melihat pemandangan Pulau Langkawi.
Anda juga boleh mengisi masa terluang dengan mengunjungi The Smith House Library.
Jarak ke airport: 1.1 km
Kadar purata semalam; RM 266
Review:
"Pengalaman pertama yang hebat di Langkawi di The Smith House. Kakitangan sangat membantu. Terdapat restoran di hotel ini dengan pelbagai makanan tempatan/barat yang sedap. Lokasi berdekatan dengan lapangan terbang, serta restoran makanan segera, farmasi Guardian, dan kedai serbaneka. Pasti akan menginap lagi!..."
Ombak Villa Langkawi
3 Hotel dengan gabungan moden dan klasik
Alamat: Lot 78, Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-955 8181
Menerapkan elemen Melayu lama dan moden kontemporari, hotel near langkawi airport iaitu Ombak Villa Langkawi menawarkan bilik paling cantik.
Bagi penginapan jenis suite dan villa amatlah mewah yang dilengkapi dengan ruang tamu dan ruang makan.
Penginapan di Langkawi ini turut menyediakan permainan tradisional seperti congkak dan sewaan basikal. Hanya mengambil masa 6-7 minit dari Lapangan Terbang Langkawi.
Jarak ke airport: 3.9 km
Kadar purata semalam: RM 348
Review:
"Daftar masuk dan daftar keluar yang lancar. Ombak Villa memiliki kolam renang, gym, pemandangan pantai yang sangat indah, bilik yang mengagumkan, dan kawasan yang sangat baik untuk berjalan-jalan. Persekitaran yang sangat tenang di mana anda boleh berehat dan lupakan segala kebimbangan anda...."
Alia Residence Business Resort
4 Hotel yang mempunyai swimming pool
Alamat: Lot 954, Mukim Padang Matsirat Kampung Padang Masirat, Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-554 848
Alia Residence terletak strategik berdekatan Langkawi airport departures, Sky Cab Langkawi dan Paradise 101 Island Langkawi.
Penginapan di Langkawi ini memberi kemudahan swimming pool untuk anda bermandi-manda.
Selain itu, hotel berdekatan airport Langkawi ini menempatkan ruangan balkoni bilik yang selesa untuk anda menikmati view indah dari laut.
Jarak ke airport: 4.7 km
Kadar purata semalam: RM 117
Review:
"Pengalaman yang menyenangkan di Alia Residence Business Resort di Langkawi. Dekat dengan laut menawarkan pemandangan yang menenangkan dari bilik. Staf mesra dan sedia untuk membantu. Lokasi hotel di sepanjang jalan utama, mudah naik grab dan ke tempat tarikan terdekat. Jika mencari hotel mesra bajet, Alia Residence layak dipertimbangkan...."
The Ritz-Carlton, Langkawi
5 Hotel yang berkonsepkan unik
Alamat: Jalan Pantai Kok, Teluk Nibung, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-952 4888
Keunikan yang ada pada hotel mewah di Langkawi ini menjadi tarikan pengunjung yang tiba dari lapangan terbang Langkawi.
The Ritz-Carlton Langkawi menggabungkan konsep tradisional dan moden kontemporari.
Selain itu, terdapat fasiliti termasuk spa, gimnasium, infinity pool dan taman permainan indoor dan outdoor untuk kanak-kanak.
Jarak ke airport: 7.4 km
Kadar purata semalam: RM 1726
Review:
"Salah satu resort terbaik yang pernah saya tinggal. Kakitangan di Ritz-Carlton Langkawi memberikan perkhidmatan terbaik. Bilik luas dan dikelilingi hutan hujan. Mempunyai masa yang indah menikmati kolam renang, terutama semasa matahari terbenam. Sarapan pagi sangat bagus. Satu-satunya penyesalan tidak memiliki peluang untuk mencuba spa...."
Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi
6 Hotel berkonsepkan penginapan di desa
Alamat: Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-952 8888
Hotel cantik di Langkawi ini memiliki sebanyak 355 bilik dengan rekaan tradisional.
Pelangi Beach Resort & Spa dilengkapi lagi dengan sauna, taman indah, padang golf mini, gelanggang tenis dan hotel.
Selain itu, bagi yang membawa anak-anak kecil, terdapat kolam renang kanak-kanak bersama gelongsor air yang pasti menghiburkan!
Jarak ke airport: 7.6 km
Kadar purata semalam: RM 719
Review:
"Salah satu hotel terbaik di Langkawi. Kami memilihnya kerana terletak di pantai yang indah. Hotel ini juga mempunyai kawasan kolam renang besar dengan banyak kerusi berjemur. Terdapat banyak restoran dengan makanan sedap. Kami menginap selama 10 hari dalam bilik dengan pemandangan laut.."
Rebak Island Resort & Marina Langkawi
7 Hotel di Pulau Rebak
Alamat: Pulau Rebak Besar Peti Surat 125, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-966 5566
Rebak Island Resort & Marina turut tersenarai hotel di Langkawi terdekat dengan Langkawi International Airport.
Kedudukannya di pulau, pasti menjanjikan privasi untuk anda yang inginkan bebas dari sebarang pencemaran bunyi.
Anda juga boleh mengikuti pakej kelas memasak dan kelas memanah yang disediakan. Pasti menarik sekali!
Jarak ke airport: 7.7 km
Kadar purata semalam: RM 317
Review:
"Resort yang baik dengan pemandangan yang sangat baik. Kami mengalami penginapan yang selesa. Kami tidak dapat melakukan pemanduan ATV mengelilingi pulau kerana penuh. Resort ini mempunyai kawasan pantai peribadi yang selesa untuk bersantai dan berenang..."
La Villa Langkawi
8 Hotel dengan private pool
Alamat: Jalan Pantai Tengah, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 013-511 8800
Penginapan di Langkawi ini pastinya akan membuat anda berasa seperti di rumah sendiri.
Mana tidaknya, La Villa Langkawi dilengkapi ruang dapur dan makanan ringan dan air yang diisi secara percuma. Syok bukan?
Lain daripada itu, hotel di Pulau Langkawi ini menyediakan servis shuttle percuma ke Langkawi International Airport.
Jarak ke airport: 10.4 km
Kadar purata semalam: RM 875
Review:
"Sebuah villa yang mengagumkan hanya 10 minit dari pantai. Lawatan saya ke La Villa Langkawi bersama keluarga fantastik. Perkhidmatan daripada staff melebihi jangkaan. Hiasan villa sangat menakjubkan. Tempat indah untuk bercuti bersama keluarga, rakan-rakan, atau orang tersayang. Bilik mempunyai akses ke kolam renang peribadi...."
Lot 33 Boutique Hotel
9 Hotel Boutique di Langkawi
Alamat: Lot 33 Jalan Teluk Baru, Jalan Pantai Tengah, Kampung Tasik Anak, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-952 3562
Mencari hotel di Pulau Langkawi yang bajet tapi selesa? Lot 33 Boutique Hotel adalah pilihan yang ideal.
Ruangan biliknya dilengkapi dengan smart tv yang membolehkan anda menonton netflix atau iflix tanpa batasan internet.
Selain itu, anda juga boleh bersantai di kolam renang dan mencuci mata di kedai cenderahati yang disediakan.
Jarak ke airport: 10.5 km
Kadar purata semalam: RM 303
Review:
"Saya menghabiskan bulan madu saya di sini. Ia sangat cantik, bilik-biliknya mewah dan luas. Terdapat jacuzzi dalam bilik mandi. Kawasan kolam renang kecil tetapi bagus dan peribadi dari kawasan luar. Hiasan dan atmosfera yang baik. Berjalan kaki ke restoran Bob's Kitchen..."
Aloft Langkawi Pantai Tengah
10 Hotel berhampiran Pantai Tengah
Alamat: Lot PT 701, Jalan Pantai Tengah Mukim, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-952 5252
Aloft Langkawi Pantai Tengah turut tergolong dalam senarai hotel di Langkawi yang terkenal.
Di setiap bilik hotel berdekatan airport Langkawi ini menawarkan pemandangan Laut Andaman dan hutan rimba yang cukup menenangkan.
Selain itu, infinity pool, gimnasium dan bilik permainan kanak-kanak turut memeriahkan lagi suasana hotel ini. Jika anda tidak ingin makan di hotel, anda boleh ke kedai-kedai makan di kawasan sekitar ini.
Jarak ke airport: 11.4 km
Kadar purata semalam: RM 531
Review:
"Hotel ini memancarkan aura yang ceria. Kemudahan di sini bagus, makanan enak, dan perkhidmatan mesra. Terdapat perkhidmatan shuttle ke pantai. Untungnya, saya masih dapat melihat pemandangan pantai dari balkoni tingkat enam, dan pemandangan matahari terbenam sungguh menakjubkan..."
The Danna Langkawi
11 Hotel yang mempunyai infinity pool terbesar
Alamat: Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-959 3288
Tahukah anda? Hotel Langkawi airport terdekat ini mempunyai infinity pool terbesar di Langkawi tau!
Bukan itu sahaja, ada private beach, bilik paling cantik, boleh bersantai di hammock dan banyak lagi!
Selain meneroka di kawasan pulau, anda juga boleh bermain di Game Room atau menelaah pelbagai koleksi buku yang menarik di perpustakaan.
Jarak ke airport: 11.3 km
Kadar purata semalam: RM 1249
Review:
"Kami menginap selama 7 hari di Hotel Danna bersama bayi kami. Berbanding hotel bintang 5 lainnya adalah kakitangan yang sangat proaktif, mesra, dan membantu. Kami belum pernah melihat kakitangan yang memberi perhatian terperinci. Sarapan pagi berubah setiap hari dengan pelbagai jenis masakan..."
Berjaya Langkawi Resort
12 Hotel mesra keluarga di Langkawi
Alamat: Karung Berkunci 200 Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-959 1888
Datang ke Langkawi secara beramai-ramai untuk keluarga atau mencari penginapan untuk bercuti bersama pasangan?
Jangan risau, Berjaya Langkawi Resort adalah hotel mewah berbintang 5 di Langkawi yang sangat sesuai untuk tujuan ini.
Pelbagai permainan yang disediakan bagi menjayakan percutian di Langkawi anda sekeluarga lebih bermakna seperti ping pong, dart, tenis dan mandi-manda di kolam renang.
Jarak ke airport: 13.6 km
Kadar purata semalam: RM 618
Review:
"Saya amat suka lokasi resort ini dan kekreatifan mereka dalam menempatkan bilik di tengah hutan hujan. Pantai peribadi yang sangat santai adalah luar biasa, dan restoran ini menyediakan pelbagai hidangan yang berbeza..."
The St. Regis Langkawi
13 Hotel mewah di Langkawi
Alamat: Jalan Pantai Beringin, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-960 6666
Lagi hotel cantik di Langkawi yang berdekatan Langkawi airport ialah The St.Regis Langkawi.
Hotel di Pulau Langkawi ini menyajikan aktiviti menarik seperti mencanting batik di tepi pantai dan lawatan ke taman hidupan liar.
Nak honeymoon atau trip ke Langkawi bersama pasangan kat sini pun best kan?
Selain itu, skrin di pusat kecergasan yang ditawarkan juga berkonsepkan 2 in 1 iaitu menonton tv ataupun melihat prestasi senaman anda.
Jarak ke airport: 15.1 km
Kadar purata semalam: RM 1707
Review:
"Menginap di St Regis mungkin adalah pilihan terbaik semasa lawatan saya di Langkawi. Walaupun ada beberapa isu, pengurus dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat. Bilik suite mempunyai pemandangan laut yang indah. Buffet makan malam di tepi pantai juga tidak dapat dilupakan...."
Dayang Bay Resort Langkawi
14 Hotel di Langkawi tepi pantai
Alamat: Jalan Taman Pelangi, 07100 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-966 5515
Jika anda dari Jeti Langkawi, hanya 8 minit perjalanan sahaja diperlukan ke Dayang Bay Resort
Hotel cantik di Langkawi ini menyediakan fasiliti kolam renang dewasa dan kanak-kanak yang lengkap dengan gelongsor.
Lain daripada itu, perkhidmatan spa dan taman juga disediakan untuk anda bersantai.
Jarak ke airport: 15.3 km
Kadar purata semalam: RM 235
Review:
"Resort yang bagus dengan banyak kemudahan dan restoran berdekatan, termasuk kedai coklat. Resort ini lebih berorientasikan kepada keluarga dan suasana yang tenang..."
Adya Hotel Langkawi
15 Hotel mesra muslim di Langkawi
Alamat: No 1 PT 4001 Mukim Darul Aman Persiaran Mutiara 2 Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-960 8000
Untuk anda wanita yang inginkan kolam renang khas untuk anda, di sinilah penginapan yang ideal.
Adya Hotel Langkawi merupakan hotel mesra muslim yang turut menyediakan kelengkapan solat di setiap bilik.
Lain daripada itu, kemudahan restoran 24 jam, gimnasium, spa dan kolam renang kanak-kanak turut ditempatkan di hotel ini.
Jarak ke airport: 15.3 km
Kadar purata semalam: RM 142
Review:
"Keseluruhannya sangat baik dengan bilik yang luas, bersih dan pemandangan dari balkoni juga indah. Harga yang berpatutan, banyak tempat letak kereta, kakitangan yang mesra, dan pemandangan yang mengagumkan dari kolam renang hotel..."
Citin Langkawi by Compass Hospitality
16 Hotel murah di Langkawi
Alamat: Lorong Mahsuri 3, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-966 9000
Mencari hotel yang sangat murah di Langkawi? Kami syorkan anda menginap di Citin Langkawi tau!
Ia berlokasi amat berhampiran dengan pusat beli-belah bebas cukai di Pekan Kuah.
Selain itu, anda juga boleh menikmati pakej sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel.
Jarak ke airport: 16.4 km
Kadar purata semalam: RM 67
Review:
"Bilik baru dengan hiasan yang cantik, layanan yang baik, harga yang berpatutan, dan lokasi yang baik untuk kaki shopping. Jika anda datang sebagai seorang backpacker dan ingin tinggal di kawasan Bandar Kuah, jangan ragu untuk memasukkan hotel ini dalam senarai..."
Bayview Hotel Langkawi
17 Hotel yang berkonsepkan minimalis
Alamat: Jalan Pandak Mayah 1, Pusat Bandar Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-966 1818
Mencari bilik paling cantik tapi simple dengan gaya minimalis? Bayview Hotel Langkawi mungkin penginapan yang anda cari.
Hotel mewah di Langkawi ini juga berhampiran dengan kedai bebas cukai di Langkawi.
Seperti biasa, spa, gimnasium, kolam renang bersama jakuzi turut memenuhi prasarana hotel ini.
Jarak ke airport: 17.5 km
Kadar purata semalam: RM 210
Review:
"Kami mengadakan konvensyen akademik antarabangsa selama beberapa hari di hotel ini pada Julai 2023. Kemudahan baik, makanan sedap, dan semuanya diuruskan secara profesional. Staf-stafnya sangat membantu sejak sebelum konvensyen bermula. Lokasi yang patut dipertimbangkan untuk acara profesional atau percutian peribadi..."