Table of Contents
Meskipun rata-rata mengetahui Gerik merupakan laluan lebuhraya tetapi tahukah anda terdapat banyak tempat menarik di Gerik?
Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah lebuhraya menghubungkan Pulau Pinang, Kota Bharu, Butterworth dan Gerik to Ipoh.
Selain itu, ia terletak di daerah Hulu Perak dan pekan Gerik dikenali sebagai ‘bandar rehat’ bagi pengunjung.
Asal usul Gerik timbul apabila Raja Reman mendengar bunyi dekan iaitu spesies tikus yang sedang menggerit umbi buluh.
Kemudian bunyi tersebut dinamakan ‘Gerik’ maka terjadilah nama mukim ini sehingga kini.
Senarai tempat menarik di Gerik Perak
Dah alang-alang lalu di kawasan lebuhraya Gerik to Ipoh ini moh le singgah sebentar di tempat best Perak ini.
Bukan sahaja terkenal dengan labu sayong dan perlombongan bijih timah, tapi juga terdapat kedai makan viral dan sungai cantik.
Berikut adalah senarai 15 tempat menarik di Gerik yang boleh anda singgah.
Castella Cafe
1 Kafe dalam air di Gerik
Alamat: Kampung Padang Stang, 33310 Gerik, Perak
Telefon: –
Jika anda jalan-jalan di Gerik jangan lupa singgah sebentar di kedai makan viral iaitu Castella Café.
Apa yang membuat kafe ini viral? Ia terletak di tepi sungai yang cantik, di mana anda boleh makan sambil merendamkan kaki anda.
Beberapa hidangan yang boleh anda makan di sini ialah ikan bakar ikan sungai, nasi daun bemban, BBQ daging dan ayam kampung bakar/sup.
Kafe ini juga menyediakan pondok sewa untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Waktu operasi: Rabu – Isnin: 8 pagi – 5 petang
Denai Kabus Agro Farm and Adventure Resort
2 Resort ala-ala Switzerland Perak di Gerik
Alamat: Jalan Gunung Kenderong, Kampung Pahat, 33300 Gerik, Perak
Telefon: –
Nak pergi ke Switzerland? Tetapi kos perbelanjaan terlalu mahal?
Jangan risau, tempat peranginan Perak ini memiliki suasana ala-ala Switzerland yang indah iaitu di Denai Kabus Agro Farm and Adventure Resort!
Kawasan ini terletak kira-kira 20 minit dari jalan Gerik dan menyediakan dua jenis penginapan yang boleh anda pilih, iaitu khemah dan pondok (cottage).
Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan ialah menunggang kuda, berkayak, memancing, atv, memanah dan barbeku.
Hutan Royal Belum
3 Hutan hujan tertua di dunia
Alamat: jeti awam royal belum tasik pulau banding pulau banding, 33320 Gerik, Perak
Telefon: –
Hutan Royal Belum merupakan tempat bersejarah yang wujud lebih daripada 100 juta tahun dahulu.
Tempat best Perak ini pernah menjadi kediaman Orang Asli dan merupakan hutan hujan tertua di dunia.
Selain itu, tempat ini pernah menjadi tempat persembunyian pihak British semasa menghadapi serangan pihak komunis.
Asal usul namanya pula berasal dari bunyi serangga kayu yang dikenali sebagai “belum”.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat: 9 pagi – 5 petang
Pulau Banding
4 Perkampungan Orang Asli di Gerik
Alamat: 33300 Gerik, Perak
Telefon: –
Selain negeri Pahang, Perak juga mempunyai banyak perkampungan Orang Asli.
Salah satunya ialah Pulau Banding di Perak yang terletak di Tasik Banding atau Empangan Temenggor.
Pulau seluas 240 hektar ini terbentuk apabila kawasan hulu sungainya digenangi untuk membina empangan.
Di sini, anda bukan sahaja dapat mempelajari adat dan budaya Orang Asli, tapi juga melihat kraftangan yang dihasilkan.
Dataran Kuala Rui (Lokasi Pesta Loma)
5 Port memancing di Gerik
Alamat: Kampung Baharu Kuala Rui, 33300 Gerik, Perak
Telefon: –
Anda seorang ‘kaki pancing’ yang mencari port memancing? Hanya terletak13 km dari jalan Gerik, anda boleh menuju ke Dataran Kuala Rui / Dataran Loma.
Menariknya di sini, tempat ini menjadi persinggahan ikan loma setiap kali musim tengkujuh tiba. Ikan loma ini akan bermula dari sungai cantik iaitu Sungai Perak dan bergerak ke Kuala Rui untuk pembiakan.
Jika anda ingin berkayak dan berakit di sini pun boleh kerana keadaan sungai yang tenang.
Air Terjun Lata Kekabu
6 Air terjun di Gerik
Alamat: Kampung Kota Tampan Air, 33400 Lenggong, Perak
Telefon: 05-791 2384
Dah jauh berjalan, badan pula terasa penat dan lenguh kan?
Apa kata anda singgah mandi-manda di Air Terjun Lata Kekabu, salah satu tempat best Perak yang sangat sejuk ini. Ia pasti memberikan keseronokan yang tidak terhingga!
Untuk info anda, tempat peranginan Perak ini mudah diakses kerana berhampiran dengan Galeri Arkeologi Lenggong.
Taman Bunga Rafflesia, Bongor
7 Bunga terbesar di dunia yang ada di Gerik
Alamat: Kampung Kenderong, 33300 Gerik, Perak
Telefon: –
Bukan di Sabah sahaja anda boleh temui bunga Rafflesia ini, malah di Gerik juga ada tau!
Taman Bunga Rafflesia yang seluas 5 hektar ini merupakan kawasan penyelidikan dalam penghasilan ubat-ubatan.
Di sini terdapat 2 spesies bunga terbesar di dunia ini iaitu ‘Rafflesia Azlanii’ dan ‘Rafflesia Cantleyl’.
Lata Pinang
8 Tempat rekreasi di Gerik
Alamat: Pekan Gerik, 33300 Gerik Perak
Telefon: –
Hanya jarak 25 minit dari Pekan Gerik, menjadikan Lata Pinang Perak sebagai tempat menarik untuk disinggahi.
Lata ini mempunyai 3 tingkat air terjun yang sangat indah sekali.
Selain itu, tempat menarik ini telah dikomersialkan sebagai tempat rekreasi yang strategik disebabkan oleh lokasinya dan keunikan geografinya.
Gunung Kenderong, Kerunai
9 Puncak kembar di Gerik
Alamat: 33300 Gerik, Perak
Telefon: –
Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai dianggap sebagai puncak kembar kerana kedudukan mereka yang berhampiran.
Selain itu, kedua-dua gunung ini jelas kelihatan dari pekan Gerik. Gunung Kenderong memiliki ketinggian 1223 m manakala Gunung Kerunai memiliki ketinggian 1000 m.
Menariknya, kedua-dua gunung ini tidak terletak di atas banjaran seperti gunung-gunung lain.
Gunung Pulut, Papulut
10 Bukit di atas awan di Gerik
Alamat: 33300 Gerik, Perak
Telefon: –
Gunung Pulut tidak begitu terkenal seperti Gunung Kenderong dan Kerunai. Namun, dengan ketinggian 651 m, ia diberi gelaran ‘bukit di atas awan’.
Pada bahagian puncak gunung ini, anda dapat menikmati pemandangan indah awan yang membentang luas. Sungguh menakjubkan, bukan?
Lata Ulu Lawin
11 Tempat menarik untuk berkelah di Gerik
Alamat: Unnamed Rd,, 33410 Lenggong, Perak
Telefon: –
Mencari tempat yang sesuai untuk berkelah? Bagaimana jika anda jalan-jalan Gerik ke Lata Ulu Lawin?
Terletak hanya 27 km dari pekan Gerik, di sini anda boleh berkelah dan berkhemah.
Tambahan pula, air yang mengalir di lata ini cukup jernih, menjadikan percutian anda lebih bermakna.
Fasiliti seperti parkir kenderaan, tandas, surau, chalet dan kedai makan viral juga disediakan di kawasan lata ini.
Klian Intan
12 Tapak perlombongan bijih timah yang tertua di Perak
Alamat: 33100 Intan, Perak
Telefon: –
Rata-rata mengetahui Perak tempat menarik yang sinonim dengan perlombongan bijih timah, bukan?
Tahukah anda bahawa Klian Intan merupakan tapak perlombongan bijih timah yang tertua di Perak?
Dahulu, tapak ini berkembang pesat dan sangat terkenal pada abad ke-17 ketika Portugis memerintah Melaka.
Pusat Pembangunan Kraftangan Perak
13 Kraftangan di Perak
Alamat: KM40 Jalan Ipoh, 33600 Enggor, Perak
Telefon: 05-757 6200
Jika di Terengganu terkenal dengan kraftangan batik manakala Perak terkenal dengan labu sayong. Pusat Pembangunan Kraftangan Perak ini terletak di tebing Sungai Kuala Kangsar.
Ia menempatkan banyak kraftangan menarik seperti labu sayong, mengkuang, rotan dan seramik yang boleh dijadikan ole-ole ketika melancong di Perak.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat: 8 pagi – 1 tengah hari & 2 petang – 5 petang
Oldest Rubber Tree
14 Pokok getah tertua di Malaysia
Alamat: Jalan Raja Chulan, Kampung Penaga, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Telefon: –
Sebelum anda menuju ke Gerik to Ipoh, singgah sebentar ke pokok getah tertua di Malaysia iaitu Oldest Rubber Tree, Kuala Kangsar.
Tahukah anda bahawa industri getah juga telah memberikan sumbangan kepada ekonomi negara sejak dahulu lagi?
Terdahulu, Sir Hugh Low memperkenalkan industri getah di Kuala Kangsar dengan menanam 9 pokok pertama pada tahun 1877.
Daripada kesemua 9 pokok getah tersebut, hanya satu sahaja yang masih hidup hingga kini. Menarik bukan?
Victoria Bridge
15 Tempat menarik untuk photoshoot di Perak
Alamat: Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak
Telefon: –
Dah berjalan ke negeri orang pastinya ingin mencari tempat terbaik untuk photoshoot sebagai kenangan kan?
Apa kata anda kunjungi tempat peranginan Perak di Victoria Bridge yang sering menjadi lokasi pelancong bergambar?
Jambatan ini dibina pada tahun 1897 yang menghubungkan Perai ke Johor Bahru.
Walaupun kini ia tidak beroperasi lagi, tempat menarik di Gerik ini menjadi lokasi popular untuk pre-wedding photoshoot.