Table of Contents
Di manakah tempat menarik di Ipoh? Terletak di antara Pulau Pinang dan KL, bandar Ipoh terkenal dengan white coffee, tau fu fah, lukisan dinding, seni bina, dan budaya.
Bukan itu sahaja, keindahan bandar Ipoh sering menjadi pilihan lokasi penggambaran filem dan drama.
Penduduk Selangor boleh mengambil ETS dari KL Sentral ke Ipoh untuk perjalanan yang lebih cepat dan lebih selesa.
Senarai Tempat Menarik Dan Taman Rekreasi Di Ipoh
Ipoh City diiktiraf sebagai bandar paling bersih di Malaysia pada tahun 2017 dan bandar ketujuh terbesar di Malaysia pada tahun 2024.
Jadi, pertimbangkan Ipoh untuk percutian yang damai dari bandar.
Berikut beberapa tempat paling popular di Ipoh Perak untuk dilawati:
Taman Mini Jepun, Ipoh
1 Tempat menarik untuk pasangan di Ipoh
Alamat: Jalan Raja Di Hilir, 30350 Ipoh, Perak
Telefon: –
Terletak di jalan Seenivasagam Ipoh, terdapat sebuah taman ala Jepun yang direka serupa seperti taman di Fukuoka.
Di taman Jepun ini, dipenuhi dengan flora tropika seperti pokok bonsai dan bunga matahari.
Suasananya cukup tenang dengan pokok willow, kolam ikan koi, jambatan kayu dan pondok kecil Jepun.
Dibuka dari pukul 5 petang hingga 9.30 malam pada hari biasa dan pukul 9 pagi hingga 9.30 malam pada hujung minggu.
Masuk percuma dan sesuai untuk pencinta alam, pasangan serta pengantin mengambil gambar perkahwinan.
Lost World of Tambun, Ipoh
2 Taman tema di Ipoh
Alamat: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak
Tel: +605-5428888
Lost World dikelilingi bukit hijau dengan banyak aktiviti air menyeronokkan.
Terdapat taman permainan air bertaraf dunia seperti Jungle Wave Bay dan roller coaster pertama di Perak.
Anak-anak digalakkan menyertai aktiviti di Kids Explorabay dan menyaksikan aksi harimau Siberia.
Di Petting Zoo, pelawat boleh melihat dan berinteraksi dengan pelbagai haiwan comel.
Lost World Adventure Park pula menggalakkan semangat berpasukan melalui aktiviti lasak seperti caving dan abseiling.
Nikmati manfaat kolam renang air panas semula jadi di Hot Springs & Spa.
Elakkan cuti sekolah kerana ia amat sesak dengan pengunjung dan tidak dibenarkan membawa masuk makanan luar.
Gaharu Tea Valley, Ipoh
3 Tempat menarik di Ipoh untuk family
Alamat: Lot 9840, Mukim Sg.Teja, 31600 Gopeng, Perak
Telefon: +605-3511999
Gaharu Tea Valley merupakan ladang teh gaharu seluas 300 ekar dengan lebih 200,000 pokok berusia 20 tahun.
Nikmati pemandangan menakjubkan Gaharu Tea Valley Ipoh yang menghijau dari pentas pemandangan di puncak bukit.
Tiket masuk hanya RM10, destinasi agropelancongan menarik di Perak untuk berehat sambil menghirup udara segar.
Di sini, pengunjung boleh melakukan aktiviti-aktiviti menarik seperti;
- Melihat pokok gaharu raksasa, simbol cinta abadi di Park’s Lover..
- Berjalan-jalan di Hugging Park dan memeluk pokok gaharu yang berusia 20 tahun untuk mendapat nasib baik
- Cuba ais krim teh gaharu yang unik atau beli cenderahati seperti losyen dan teh.
- Lalui terowong masa dan pelajari manfaat pokok gaharu.
Sebelum pulang, ambil gambar kenangan di hadapan replika Tembok Besar China.
Tasik Cermin Gunung Rapat, Ipoh
4 Tempat menarik di Gunung Rapat Ipoh
Alamat: Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 31350 Ipoh, Perak
Tel: –
Terletak di Gunung Rapat, Lake Mirror dikelilingi bukit batu kapur dan permukaan air yang memantulkan bayangan seperti cermin.
Masuk melalui terowong berjalan kaki sejauh 30 m untuk sampai ke tasik tersembunyi yang tenang di dalam kawasan Geopark Kinta.
Platform besi di tepi tasik sesuai untuk bergambar dan menikmati pemandangan menakjubkan sekeliling.
Dilarang mandi dan perhatikan waktu operasi (9 pagi – 6 petang) kerana kadangkala platform tenggelam akibat hujan lebat.
Elakkan melawat seorang diri dan singgah tempat menarik Ipoh yang berhampiran dengannya seperti Cultural Village dan Petting zoo Gunung Lang.
Pengalaman Rafflesia Trekking di Ipoh
5 Rafflesia trek berhampiran Ipoh
Alamat; Rafflesia Trek, Gopeng, Perak
Tel; N/A
Untuk trip ni, anda kena memandu sendiri ke tempat pertemuan kawasan perkhemahan dan pemandu akan membawa anda ke pintu masuk gunung.
Masa berjalan lebih kurang 3 jam dan akan melalui perkampungan orang asli, sungai serta pendakian dengan tali.
Pemandu akan cari dulu bunga mekar dan bawa kita ke laluan yang selamat dan pendek. Lepas hiking, ada tempat mandi dan makan lah dulu sebelum turun gunung.Â
Disyorkan pakai kasut trekking, seluar panjang yang kalis air dan stoking panjang. Memang best tengok keindahan bunga unik ni!
Lost World of Tambun Glamping
6 Glamping Ipoh
Alamat; Lost World of Tambun Glamping, Perak
Tel; 05-540 8888
Bagi yang belum pernah glamping, boleh cuba bawa keluarga kecil anda bermalam di sini.
Dengan pakej berbaloi, pengunjung boleh dapat katil bersaiz king, soket kuasa, peralatan mandi, kipas, bufet sarapan, tiket taman tema Lost World of Tambun dan banyak lagi.
Terdapat taman malam yang boleh dikunjungi pelancong seperti mini zoo, luminance park, kolam terpilih dibuka pada waktu malam dan pertunjukan malam.
Jangan risau, khemahnya memang selesa dan makan malam anda akan ditemani bintang yang indah.
Kalau tak nak glamping, pilih je chalet terapung dengan view yang unik.
Tinitin Town Ipoh
7 Indoor playground Ipoh
Alamat; Level 2, Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat, Kampung Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak
Tel; N/A
Indoor playground paling besar di Ipoh ini sangat sesuai untuk ibu bapa yang ingin anak mereka bergembira dan kekal aktif pada hari cuti.
Terdapat banyak permainan menarik seperti gelongsor, ballpit, trampolin, mendaki, sensory play area dan playhouse.
Bukan sahaja lengkap dengan pelbagai replika bangunan yang menarik, terdapat juga nursing room, tandas, surau, dan kafe.
Jadi, ibu bapa boleh bersantai di kafe sambil lihat anak-anak bermain di taman permainan.
Sambutan hari lahir juga boleh dilakukan, tapi tiada aircond dan berkonsep udara terbuka dengan kipas gergasi.
Walaupun berpeluh, anak tetap bergembira sepanjang hari dan bermain dengan kanak-kanak sebaya.
Waktu operasi; Setiap hari (11 pagi – 6 petang)
Cheeky Tots De Garden Ipoh
8 Taman permainan di Ipoh
Alamat; DL1-1 De Garden, No 1 Persiaran Medan Ipoh,, Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak
Tel; 010-554 2215
Taman permainan berhawa dingin ni memang best jadi plan B untuk ibu yang rasa macam nak bawa anak-anak bermain tapi tak tahu nak pergi mana.
Ada banyak permainan yang ada termasuk role play street, trek kart, multi-storey junior climb frame dan bilik permainan lego.
Kafe di sini menawarkan banyak pilihan makanan seperti snek sihat, pasta, sandwich, chicken chop dan lain-lain.
Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village
9 Tempat lepak di Ipoh
Alamat: 22A, Persiaran Pinggir Rapat 5a, Taman Saikat, 31350 Ipoh, Perak
Tel: +605-3124140
Qin Xin Ling atau ‘bukit tenang’ adalah perkampungan budaya yang menawarkan aktiviti rekreasi menarik dan suasana nostalgia tahun 80-an yang unik.
Dikelilingi oleh bukit batu kapur dan tasik yang indah, pengunjung boleh berjalan-jalan santai, melihat kincir angin, memberi makan ikan, berbasikal di sekitar kampung dan banyak lagi.
Tarikan utama ialah pokok banyan dan terdapat rumah Tradisional Cina, galeri warisan, Memory Lane serta pameran rumah antik yang memberikan suasana retro.
Pengunjung juga boleh menikmati keindahan tepi tasik atau bersantai di kafe kecil sambil menikmati secawan kopi yang hangat.
Hampir setiap bahagian tempat menarik Perak ini dapat memberi anda gambar pemandangan yang unik dan sesuai hangout Ipoh bersama rakan.
Pasar Karat Ipoh
10 Pasar pagi Ipoh
Alamat: Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
Telefon: +605-2083333
Turut dikenali sebagai Memory Lane Ipoh atau Loken Ipoh, Pasar Karat ini salah satu lokasi membeli-belah yang benar-benar unik di Ipoh.
Kadang-kadang, ia dipanggil Pasar Barang Antik, Loken Pasar Karat Ipoh, Pasar Ipoh, dan Pasar Loken.
Dibuka setiap hari Ahad dari 7 pagi hingga tengah hari, anda boleh berjalan kaki di bandar lama Ipoh yang bersejarah.
Pengunjung dari luar Ipoh dan penduduk tempatan boleh membeli mata wang lama, barangan antik, besi tembaga, perabot lama dan sebagainya.
Taman Rekreasi Gunung Lang
11 Tempat menarik di Gunung Lang Ipoh
Alamat: Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak
Telefon: +605-2083333
Terletak dalam kawasan Geopark Lembah Kinta, taman rekreasi di Ipoh yang wajib dikunjungi.
Menawarkan pengalaman percutian tidak dapat dilupakan dengan keindahan alam semulajadinya yang menakjubkan.
Harga tiket taman rekreasi Gunung Lang hanya dikenakan untuk bot dan petting zoo sahaja, manakala kemasukan percuma.
Tarikan termasuk air terjun buatan, kawasan permainan kanak-kanak, zoo mini, tasik, gua kecil, menara pemerhatian dan tapak perkhemahan.
Menariknya, terdapat sebuah rumah kayu yang cantik di tengah-tengah kawasan rekreasi Gunung Lang dipanggil rumah Perak
Jangan lupa bawa kamera dan kunjungi tempat best di Ipoh ini bersama keluarga dan rakan-rakan.
Menara Jam Memorial Birch
12 Tempat menarik di Ipoh yang percuma
Alamat: Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450, Ipoh, Perak
Tel: –
Dibina pada tahun 1909 untuk menghormati James Birch, penduduk British pertama yang dibunuh oleh ketua Melayu pada tahun 1875.
Mercu tanda bersejarah ini telah menjadi salah satu satu tarikan popular Ipoh.
Terletak di sebelah Masjid Negeri Perak, pembinaan menara jam Ipoh menelan kos sebanyak 25,000 Pound sterling.
Menara ini mempunyai ukiran kayu dan lukisan 44 tokoh terkemuka yang menyumbang kepada perkembangan tamadun Nabi Muhammad.
Tersedia bangku untuk berehat dan foodcourt di kawasan belakang menara.
Stesen Keretapi Ipoh & Dataran KTM Ipoh
13 Tempat menarik di Ipoh plan b
Alamat: Stesen KTM, 30000 Ipoh, Perak
Telefon: –
Stesen ini bukan sahaja terminal kereta api tetapi juga mercu tanda utama Bandar Ipoh.
Penduduk tempatan memanggil Stesen Kereta Api Ipoh sebagai “Taj Mahal Ipoh” kerana reka bentuk Moor dan seni bina Baroque dari zaman Edward.
Stesen ini dibina oleh arkitek British AB Hubback dan di hadapan bangunan, anda dapat melihat tugu peringatan pahlawan.
Dataran KTM Ipoh adalah tempat yang bagus untuk berehat pada waktu malam dan menawarkan pelbagai aktiviti mesra kanak-kanak.
BookXcess Kong Heng Ipoh
14 Tempat menarik di Ipoh untuk remaja
Alamat: No.91, Jalan Sultan Yusuf, 30000 Ipoh, Perak
Tel: +605-2460019
BookXcess Kong Heng Ipoh adalah salah satu tarikan pelancong paling popular di Ipoh town.
Kedai buku ini unik kerana telah diubahsuai dari bank lama dan masih mengekalkan ciri asalnya termasuk bilik kebal bank dan peti deposit keselamatan yang telah diubah menjadi rak buku.
Malah, pencinta buku akan habiskan sejam untuk mencari buku impian dari pelbagai genre dan berpeluang mengambil selfie menarik.
Menariknya, di tingkat bawah kedai buku ini terdapat Muzium Yasmin Ahmad. Muzium kecil dan unik yang dipenuhi filem lama, puisi, iklan cetakan dan gambar nostalgia.
Dimiliki oleh pasangan Andrew Yap dan Jacqueline Ng, Bookxcess Ipoh bersebelahan jalan Concubine Lane memang tempat yang menarik untuk dikunjungi di Ipoh.
Tambun Pomelo Gochin Agro Farm
15 Tempat menarik di Tambun
Alamat: 158258A, Jalan Ampang Tambun, 31400, Ipoh, Perak
Tel: +605-5497309
Jom kunjungi ladang limau bali Ipoh dan membeli buah pomelo segar dengan harga murah!
Terdapat hampir 90 pokok pomelo dan beberapa buah-buahan lain seperti jambu batu. Ladang Pomelo Ipoh popular dengan pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan.
Antara manfaat buah pomelo seperti mencegah anemia dan kanser, meningkatkan penghadaman, meningkatkan sistem imun, menurunkan tekanan darah dan banyak lagi.
Pengunjung boleh berjalan-jalan melalui dusun, melihat rupa pokok pomelo dan cara pokok ini ditanam.
Nikmati buah limau tambun manis berair bersama orang tersayang atau jadikan hadiah.
Pusat Rekreasi Lubuk Timah
16 Air terjun Ipoh
Alamat: Lubuk Timah Hot Spring, 31300 Ipoh, Perak
Tel: +6019-2449056
Terdapat hidden gem di Ipoh yang anda perlu tahu iaitu Kolam Air Panas Lubuk Timah (juga dikenali sebagai Pusat Rekreasi Lubuk Timah).
Terletak hanya 15 kilometer dari Bandar Ipoh dan menawarkan kolam air panas dan air terjun Lubuk Timah.
Tempat mandi di Ipoh yang bagus untuk meluangkan masa bersama rakan dan keluarga, berkelah atau BBQ, dan bersantai di alam semula jadi.
Turut tersedia kemudahan awam seperti chalet, dewan, surau, restoran, taman permainan kanak-kanak, dan lain-lain.
Datang ke sini melalui Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland yang terletak berhampiran Plaza Tol Simpang Pulai.
Harga tiket masuk Lubuk Timah: Dewasa (RM5) & kanak-kanak (RM3)
Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh
17 Taman awam di Ipoh
Alamat: 7, Jalan Brash, 30350, Ipoh, Perak
Tel: +605-5060089
Asalnya dikenali sebagai Polo Ground, dinamakan sempena Sultan Perak ke-31.
Turut dikenali sebagai Padang Polo Ipoh atau Taman Polo Ipoh, tempat yang bagus untuk berehat, menghirup udara segar dan lepak pada hujung minggu.
Terdapat juga dataran awam, tandas, bangku, laluan pejalan kaki, peralatan senaman, taman permainan dan padang bola sepak yang luas.
Di samping berjogging, pengunjung boleh skateboarding, rollerblading dan melakukan aktiviti lain untuk kekal sihat.
Pada waktu malam, Ipoh park dipenuhi dengan gerai makanan yang menjual makanan tempatan seperti ABC, cendol, rojak dan laksa.
Rumah Terbalik Ipoh
18 Tempat menarik di pekan Ipoh
Alamat: 55, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak
Tel: +605-2107037
Nak pergi Upside Down Museum Penang tapi terlalu jauh? Datang je ke Upside Down World Ipoh.
Satu-satunya tempat di Malaysia yang mempamerkan rumah terbalik tradisional dan moden.
Sebaik sahaja melangkah masuk, anda akan rasa seperti di dunia lain di mana bumbung menjadi lantai dan lantai menjadi bumbung.
Setiap rumah mempunyai perabot dan dalamannya terbalik, mencipta ilusi yang menarik.
Anda boleh berjalan di dinding, berbaring di siling, dan mengambil pelbagai gambar yang unik serta kreatif.
Tempat popular untuk gambar perkahwinan dan sesi bergambar yang unik. Selepas sesi bergambar, anda boleh berehat di lounge atau membeli cenderahati.
Banjaran Hotspring Retreat, Ipoh
19 Tempat menarik Ipoh untuk honeymoon
Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Perak
Tel: +605-2107777
Bagi yang dah lama tak healing atau bercuti bersama pasangan, booking je Banjaran Hotspring Ipoh.
Ini adalah resort spa panas semula jadi pertama di Malaysia, menjadikannya pengalaman yang lebih unik semasa bercuti di Ipoh.
Percutian mewah di Perak ini menawarkan lebih dari 44 villa, restoran mewah di dalam gua, taman, tasik, kolam air panas, pusat kecergasan dan spa unik yang penuh nature.
Hanya 15 minit memandu dari bandar Ipoh dan 2 jam dari KL. Banjaran Hot Spring package termasuk pakej berbulan madu, company retreat dan majlis perkahwinan.
Namun, resort spa di Ipoh ini eksklusif untuk orang dewasa dan tetamu berumur 12 tahun ke atas.Â
Miker Pizza, Ipoh
20 Tempat makan di Ipoh
Alamat: 1, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak
Tel: +6011-10300333
Mencari masakan Barat halal dengan sentuhan tempatan di Ipoh? Singgah je Miker Pizza Ipoh.
Dinasihatkan datang lebih awal dan cubalah topping gaya tempatan mereka yang unik, termasuk ikan bilis, bunga kantan, dan cili padi.
Berkonsepkan dapur terbuka dan lihatlah pizza anda dibuat dari awal.
Bagi mereka yang cerewet tentang sayur-sayuran dan kanak-kanak, kami sarankan Pizza daging lembu Pepperoni.
Kafe hipster ini terkenal dengan menu miker pizza yang dimasak setiap hari, seperti Ultimate Village, keju Crazee, dan daging Crazee.
Concubine Lane, Ipoh
21 Tempat menarik di Ipoh untuk ootd
Alamat: Lorong Panglima, Concubine Ln, 30000 Ipoh, Perak
Telefon: –
Concubine Lane adalah jalan paling popular di Ipoh Old Town dan salah satu tempat menarik waktu malam di Ipoh.
Suasana di sini seperti China Town yang meriah dengan hiasan lampu ‘tanglung’ merah pada musim perayaan.
Jalan-jalan sambil melihat mural seni jalanan dan singgah kedai-kedai hipster di sepanjang lorong.
Nikmati street foods seperti gula-gula kapas, roti bakar pelangi dan Bahulu Rose’s Hill.
Jangan lupa beli cenderamata dan ambil gambar latar belakang yang cantik sebagai kenang-kenangan percutian di Ipoh.
Taman Rimba Kledang Saiong
22 Taman eko rimba Perak
Alamat: Persiaran Meru Utama, Perak
Tel: +605-3661228
Tidak jauh dari bandar Meru, semestinya berbaloi untuk anda berkunjung ke Taman Rimba Kledang Saiong.
Apa yang menarik di sini ada Taman Nepenthes atau Taman Periuk Kera yang menempatkan sehingga 77 spesies periuk kera.
Selain meneroka taman Nepenthes, anda boleh berendam di sungai, pergi berkelah, berbasikal, jungle trekking, atau bbq.
Jika ingin rasa lebih mencabar, mereka mempunyai tapak perkhemahan di mana anda boleh bangun dengan bunyi alam dan pemandangan di pagi hari sungguh indah.
Sedikit peringatan, pengunjung dilarang memancing, memetik daun atau membawa pulang apa-apa dari taman. Sangat sesuai untuk short-vacay dalam nature!
Funtasy House Trick Art, Ipoh
23 Tempat bergambar menarik di Ipoh
Alamat: 16, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak
Tel: +605-2550007
Lawati Fantasy House Trick Art di Ipoh, Perak untuk jalan jalan Ipoh yang seterusnya.
Terletak di sebuah rumah kedai warisan dua tingkat Straits Eclectic berusia 120 tahun yang telah dipulihkan di old town Ipoh.
Galeri seni silap mata 3D ini mempunyai 26 mural, pameran 3D interaktif yang tricky dan beberapa bilik helah yang dibina mengikut pelbagai tema seperti sarkas dan terbalik.
Tempat yang bagus untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan anda.
Canning Dim Sum Ipoh
24 Tempat sarapan menarik di Ipoh
Alamat: No 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400, Ipoh, Perak
Tel: +6016-2680535
Jika anda seorang peminat masakan Cina dan mencari dim sum halal terbaik di Ipoh, datanglah ke Canning Dim Sum Ipoh.
Restoran ini menawarkan lebih daripada 50 jenis dim sum, dan salah satu hidangan yang paling popular adalah Siu Mai (campuran ayam dan udang).
Anda boleh merasai rasa sedap hidangan dalam hanya satu gigitan, terutamanya apabila ia dicicah dengan sos istimewa.
Selain dim sum, restoran ini juga menyajikan Chee Cheong gaya Hong Kong, 5 Rasa lava pau, kek lobak goreng, dan banyak lagi.
Bukit Kledang Ipoh
25 Tempat menarik di Ipoh untuk backpacker
Alamat: Jalan Kledang, 31450 Ipoh, Perak
Telefon: –
Ingin mengeluarkan peluh pada waktu pagi dan petang?
Ajak je member hiking bersama-sama di Bukit Kledang, salah satu destinasi popular untuk hiking di Perak.
Dengan ketinggian 808 meter, bukit di Ipoh menawarkan pemandangan bandar Ipoh yang menakjubkan dari atas puncak.
Pengunjung juga boleh berjalan kaki, berbasikal dan banyak laluan mendaki untuk dipilih.
Salah satu ciri unik bukit Kledang ialah anak sungai kecil yang mengalir di sepanjang laluan dan ditemani oleh bunyi alam yang menenangkan.
Kuil Kek Look Tong Cave, Ipoh
26 Kuil di Ipoh
Alamat: Kek Look Tong, Gunung Rapat, Ipoh, Perak
Tel: +605-3128112
Kek Lok Tong adalah salah satu kuil yang lebih menarik di Perak dengan gerbang gua semula jadi.
Lokasi yang indah dengan banyak peluang bergambar dan masuk juga percuma.
Selain berbasikal anda boleh mengayuh bot atau berjalan kaki mengelilingi taman dan angin sejuk memenuhi ruang gua.
Dari taman, anda boleh melihat bukit batu kapur di sekitarnya yang memberikan pemandangan yang indah.
Terdapat juga lanskap taman dan kolam serta menawarkan suasana yang tenang.
Street Art of Old Town & Ipoh Heritage Trail, Ipoh
27 Jalan menarik di Ipoh
Alamat: Jalan Bandar Timah, 30000, Ipoh, Perak
Tel: –
Selain street art Penang, anda juga akan menemui lukisan mural yang menakjubkan di pekan lama Ipoh.
Seni jalanan di Ipoh agak bertaburan di seluruh pekan lama Ipoh. Anda boleh melihat lukisan mural yang besar di Ipoh Mural dan Lorong Seni Mural.
Mural tersebut juga sangat realistik dan memberi gambaran kehidupan penduduk Ipoh.
Gua Tempurung, Ipoh
28 Aktiviti di Gua Tempurung
Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak
Tel: +6012-5292426
Gua Tempurung hanya 18km dari bandar Ipoh. Kawasan Gua Tempurung ini sangat besar dan luas berbanding gua batu kapur yang lain.
Kemudahan lampu dan platform kayu akan membantu pengunjung dalam menerokai keunikan gua batu kapur yang berusia seribu tahun.
Anda juga boleh menyewa tour guide untuk rasa yang lebih adventure atau memilih pakej tour guide untuk kawasan basah dan kering.
Aktiviti ini bukan hanya menguji stamina, malah memberikan keseronokan terutama bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak.
Konda Kondi Cafe & Bistro, Ipoh
29 Tempat makan best di Ipoh
Alamat: 183, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak
Tel: +6016-4929660
Cafe ini menjadi pilihan pengunjung kerana suasana yang classic, retro dan hipster vibe. Bahagian dalam kafe pula unik dan dipenuhi perabot kitar semula vintaj.
Port makan santai yang menawarkan makanan Asia dan barat seperti taco, nacos, spageti itik salai, burger, pasta, lamb chop dan lain-lain.
Jangan risau, makanan di kafe hipster ini semuanya Halal dan harga berbaloi dengan sajian dihidang dalam saiz besar.
Sangat sesuai untuk kumpulan kecil menempah bufet untuk meraikan hari jadi, makan-makan santai atau berbuka puasa.
Kellie’s Castle, Ipoh
30 Tempat menarik di Batu Gajah
Alamat: 31000, Batu Gajah, Perak
Telefon: +605-3653381
Apa yang menarik berdekatan Ipoh adalah kerana adanya Kellie’s Castle.
Istana ini berdekatan pusat bandar Ipoh dan hanya 20 minit perjalanan dari Ipoh.
Bangunan tiga tingkat ini juga terlihat sangat cantik dengan keindahan reka bentuknya yang dibina mengikut istana Moghul.
Apabila pelancong mengunjungi Kellie’Castle, mereka boleh melihat ruang meletak wine, bilik tidur anak-anak William Smith dan lain-lain.
Menariknya lagi, sebuah jambatan dibina menyeberangi Sungai Kinta untuk memudahkan pengunjung melawat istana ini.
Tarikan pelancong di Perak ini pernah digunakan sebagai latar dalam filem 2001 Skyline Cruisers dan filem 1999 Anna And The King.
Weil Hotel, Ipoh
31 Hotel di Ipoh
Alamat: 292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak
Tel: +605-2082228
Selain menawarkan harga yang berpatutan, Weil Hotel juga tempat penginapan yang selesa.
Sepanjang cuti cuti Perak, hotel ini sangat berbaloi dengan biliknya yang elegen, berhawa dingin, dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Hotel bertaraf 4 bintang ini berdekatan dengan Ipoh Parade.
Antara tarikan hotel ini ialah outdoor pool di atas bumbung, bilik mandi yang moden, restoran bufet dan akses WiFi percuma.
Kadar: RM 370 semalam
Ipoh Parade
32 Tempat shopping di Ipoh
Alamat: 105, Jalan Sultan Abdul Jalil, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak
Tel: N/A
Ipoh Parade adalah pusat membeli-belah terbesar dan paling popular di Ipoh City, yang bersambung dengan Weil Hotel.
Ia menawarkan pelbagai hiburan, kedai khusus, dan pilihan makanan, termasuk jenama popular seperti Uniqlo, Parkson, Starbucks, Merrybrown, dan A&W.
Pusat membeli-belah yang luas, bersih, dan terang, menjadi tumpuan utama penduduk tempatan pada hujung minggu dan malam.
Pilihan lain untuk berbelanja di Ipoh seperti AEON Mall Ipoh, Sunway City Ipoh Shopping Mall, Bazar Ipoh dan Mydin Mall Meru Raya.
Muzium Ipoh, Ipoh
33 Muzium di Ipoh
Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, 30820 Ipoh, Perak
Tel: +605-5406000
Selain replika dinosaur model T-Rex, anda juga boleh melihat spesimen indah batu pertama serta kristal.
Anda juga dapat meneroka bagaimana penerokaan mineral dijalankan.
Kanak-kanak juga boleh bermain papan ular dan tangga yang bertemakan geologi.
Muzium gaya moden Ipoh ini berbaloi untuk pengunjung yang ingin mempelajari bidang geografi dan geologi.
Bulatan Amanjaya, Ipoh
34 Tempat menarik di Ipoh waktu malam
Alamat: Bandar Meru Raya, 31200, Ipoh, Perak
Telefon: –
Pada waktu malam, tempat ini best untuk anda melepak dengan pemandangan air pancuran dan cahaya berwarna-warni.
Penduduk setempat sering bermain skateboard dan kanak-kanak juga boleh menghilangkan kebosanan dengan permainan berbayar.
Pendek cerita, Bulatan Amanjaya ini bagus untuk bersantai, berjogging dan bersenam.
Masjid Sultan Idris Shah ll, Ipoh
35 Tempat menarik untuk majlis perkahwinan di Ipoh
Alamat: Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 31650, Ipoh, Perak
Tel: +605-2548853
Masjid Ipoh ini antara masjid negeri terawal di negeri Perak.
Reka bentuk masjid ini sangat moden dan dipengaruhi corak arab Islam serta bentuk organik tropika.
Masjid ini mempunyai 44 kubah dan siap sepenuhnya pada tahun 1964. Anda boleh mengunjungi masjid ini yang berhampiran Stesen Keretapi Ipoh.