Table of Contents
Melalui jolokan nama ‘Negeri Gajah Putih’ dan ‘Negara Seribu Pagoda’ menawarkan tempat menarik di Thailand untuk bercuti.
Negara yang memiliki tempat yang cantik ini merupakan satu-satunya negara yang bebas dari dijajah oleh negara Eropah.
Selain itu, ‘Thailand’ dalam bahasa Thai bermaksud ‘Tanah Kebebasan’ (Prathet Thai).
Tambahan pula, negara ke-20 dunia yang mempunyai ramai penduduk ini bersempadan dengan negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.
Senarai tempat percutian best di Thailand
Bercuti di Thailand dan honeymoon di Thailand lazimnya menjadi destinasi percutian bajet bagi rakyat Malaysia.
Mana tidaknya, negara ini mempunyai banyak tempat menarik untuk jalan-jalan serta tempat memborong makanan ringan di Thailand.
Oleh itu, alami pengalaman bercuti di Thailand yang menyeronokkan bersama seisi keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan!
Berikut terdapat 18 tempat menarik di Thailand yang disenaraikan khas untuk anda.
Phuket
1 Destinasi mesra muslim di Thailand
Alamat: Phuket, Thailand
Tel: N/A
Phuket, pulau terbesar di Thailand dan destinasi yang lebih mesra muslim serta wajib dilawati selain daripada Krabi, Bangkok, Pattaya dan Chiang Mai.
Saiz yang hampir sama dengan Singapura, Phuket mempunyai ramai penduduk Islam dan lebih daripada 30 masjid di sekelilingnya serta makanan halal.
Bagi penginapan, terdapat banyak pilihan hotel halal di Thailand untuk memuaskan hati semua pengembara Muslim.
Antaranya hotel, resort berhadapan pantai bertaraf 5 bintang hingga ke vila kolam renang persendirian di Phuket.
Jom mengalami percutian halal di Phuket!
King Rama IX Park
2 Taman terbesar di Bangkok
Alamat: Chaloem Phrakiat Ratchakan Thi 9 Rd, เเขวง หนองบอน Prawet, Bangkok 10250, Thailand
Tel: +66 2 106 2674
Taman ini menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi dan tarikan termasuk laluan basikal, kolam renang, dan taman permainan kanak-kanak.
Pengunjung juga boleh berehat dan menikmati suasana tenang serta pemandangan yang menakjubkan di tengah-tengah bandar Bangkok yang sibuk.
Selain itu, taman ini mempunyai ruang makan yang menyajikan pelbagai masakan halal untuk muslim yang mencari pilihan makanan halal di Thailand.
Pattaya Sheep Farm
3 Zoo mini di Thailand
Alamat: Nong Pla Lai, Pattaya City, Amphoe Bang Lamung, Chang Wat Chon Buri 20150, Thailand
Tel: +66 92 321 6718
Bagi mereka yang bercuti di Thailand bersama anak-anak kecil, boleh bawa mereka ke Pattaya Sheep Farm.
Selain membelai haiwan ternakan, anda juga boleh memberi mereka makan, menunggang kuda dan bergambar kenangan di pintu masuk.
Tambah lagi, terdapat juga biri-biri, arnab, alpaka, rusa, kuda dan banyak lagi.
Railay Beach
4 Pantai di Thailand
Alamat: Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi, Thailand
Telefon: –
Bandar Krabi merupakan tempat yang cantik di Thailand yang menjadi kawasan hotspot pengunjung.
Railay Beach yang terletak di Krabi merupakan pantai yang terkenal dengan pasir pantai yang putih dan kebiruan air laut.
Bukan itu sahaja, malah pantai ini merupakan lokasi awal ketibaan pengunjung sebelum mendaki ke kawasan gunung.
Banyak sebenarnya aktiviti menarik di sini seperti trekking gajah, berkayak, snorkeling dan meneroka Gua Berlian.
Koh Phi Phi
5 Pulau di Thailand
Alamat: Krabi, Thailand
Telefon: –
Jadikan pengalaman bercuti di Thailand yang memiliki tempat yang cantik di Koh Phi Phi.
Pulau ini menempatkan banyak tarikan menarik seperti Koh Phi Phi Don iaitu ‘Pantai Monyet’ dan Maya Bay.
Selain itu, anda boleh berkayak di kawasan ini dengan adanya sewaan kayak yang disediakan.
Tambahan pula, terdapat gerai-gerai menjual makanan ringan Thailand yang boleh didapati di sini.
Jadi anda tidak perlu risau untuk mencari tempat makan lagi dah!
Grand Palace, Bangkok
6 Istana bersejarah di Thailand
Alamat: Na Phra Lan Rd, Phra Borom Maha Ratchawang, Phra Nakhon, Bangkok 10200, Thailand
Telefon: –
Umum mengetahui bahawa Bangkok merupakan ibu kota Thailand. Disebalik kepesatan sebuah bandar tersimpan sebuah istana bersejarah di sini!
Grand Palace, Bangkok yang dibina pada tahun 1782 merupakan tempat menarik untuk berjalan-jalan di Thailand.
Ia merupakan bekas tempat kediaman keluarga diraja Thailand yang seluas 214 000 kaki persegi.
Waktu operasi: Setiap hari: 8.30 pagi – 3.30 petang
Sunday Walking Street, Chiang Mai
7 Tempat menarik waktu malam di Thailand
Alamat: Rachadamnoen Rd, Tambon Si Phum, Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50200, Thailand
Telefon: –
Mencari tempat menarik untuk berjalan pada malam hujung minggu? Jom jalan di Sunday Walking Street, Chiang Mai.
Pelbagai hidangan makanan yang boleh didapati di sini termasuklah makanan ringan Thailand.
Jika dah puas berbelanja makanan bolehlah mengunjungi gerai-gerai yang menjual barangan unik sebagai ole-ole!
Antaranya ialah sabun semulajadi, kraftangan penduduk setempat, alat muzik dan hiasan dinding.
Waktu operasi: Ahad: 5 petang – 10.30 malam
Pai
8 Tempat menarik untuk backpacker di Thailand
Alamat: Pai District, Mae Hong Son 58130, Thailand
Telefon: –
Sebuah perkampungan yang terpencil iaitu Pai seringkali menjadi kunjungi para backpacker untuk bercuti di Thailand.
Selain itu, tempat ini boleh dikatakan sebagai tempat menarik untuk berjalan kerana dihiasi dengan pemandangan yang menarik.
Bukan itu sahaja, terdapat pasar malam yang menjual pelbagai makanan ringan Thailand, cenderamata dan banyak lagi!
Lain daripada itu, Pai turut mempunyai air terjun yang best seperti Pombok dan Mo Paeng.
Taman Negara Khao Yai
9 Taman negara di Thailand
Alamat: Mu Si, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima 30130, Thailand
Telefon: +66 86 092 6529
Tahukah anda bahawa gajah amat sinonim dan dihormati di Thailand?
Bagi anda yang ingin melihat sekumpulan gajah di sini bolehlah alami pengalaman bercuti di Thailand di Taman Negara Khao Yai.
Selain gajah, taman negara ini menempatkan air terjun, pelbagai spesies burung-burung dan banyak lagi.
Tambahan pula, terdapat tapak perkhemahan yang disediakan bagi anda yang ingin merasakan suasana berkhemah di dalam hutan.
Waktu operasi: Setiap hari: 6 pagi – 6 petang
Sukhothai Old City
10 Aktiviti fotografi di Thailand
Alamat: หมู่ที่ 3 498/12 Mueang Kao, Mueang Sukhothai District, Sukhothai 64210, Thailand
Telefon: +66 55 697 241
Sukhothai Old City adalah kawasan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia seperti di Georgetown dan Melaka.
Untuk makluman anda, majoriti penduduk di Thailand menganut agama Buddha jadi anda boleh lihat banyak penubuhan Wat yang ada di sini.
Bagi anda yang gemar dengan aktiviti fotografi, di sini merupakan tempat paling ideal untuk mengambil gambar.
Meskipun kawasan ini wujud sejak abad ke-13 lagi namun masih berdiri utuh walaupun ada beberapa runtuhan struktur berlaku.
Waktu operasi: Setiap hari: 6.30 pagi – 7.30 malam
Bandar Bersejarah Ayutthaya
11 Tempat menarik yang bersejarah di Thailand
Alamat: 196 หมู่ที่ 4 Khlong Tho Rd, Pratu Chai Sub-district, Phra Nakhon Si Ayutthaya District, Phra Nakhon Si Ayutthaya 13000, Thailand
Telefon: +66 35 242 286
Bagi penggemar sejarah mungkin tidak cukup berkunjung ke satu tempat bersejarah sahaja kan? Bagaimana jika anda berkunjung ke Bandar Bersejarah Ayutthaya pula?
Kawasan ini menempatkan istana lama dan kuil-kuil yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Tambahan pula, semua struktur yang ada di sini dibina pada zaman kerajaan Ayutthaya sebelum terdirinya kerajaan Thai.
Waktu operasi: Setiap hari: 8.30 pagi – 6.30 petang
Doi Suthep
12 Kuil di atas bukit di Thailand
Alamat: 9 หมู่ที่ 9 Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50200, Thailand
Telefon: –
Sebuah lagi struktur bersejarah yang masih utuh berdiri meskipun dibina pada tahun 1383 ialah Doi Suthep.
Ia merupakan kuil terpenting di Chiang Mai yang terletak di atas bukit dan masih digunakan hingga kini!
Selain itu, terdapat 2 pilihan untuk menuju ke kuil ini iaitu mendaki 300 anak tangga ataupun menaiki lif.
Di sini anda boleh menyaksikan keindahan dan kehalusan seni rekaan kuil ini yang sungguh menarik.
Pasar Terapung
13 Pasar terapung di Thailand
Alamat: 51 Damnoen Saduak, Damnoen Saduak District, Ratchaburi 70130, Thailand
Telefon: +66 85 222 7470
Selain dikenali dengan negeri gajah putih, pasar terapung juga turut menjadi trademark di negara ini!
Untuk anda yang ingin jalan-jalan honeymoon di Thailand pun boleh merasai pengalaman berlayar di atas sampan sambil membeli-belah di sini!
Antara barangan yang dijual di sini ialah rempah-ratus, barangan basah, kering dan banyak lagi.
Untuk makluman anda, terdapat 2 lokasi popular pasar terapung di Thailand iaitu Amphawa dan Damnoen Saduak.
Koh Samui
14 Tempat menarik untuk honeymoon di Thailand
Alamat: Ko Samui District, Surat Thani, Thailand
Telefon: –
Mencari tempat menarik untuk honeymoon di Thailand?
Koh Samui mungkin destinasi yang anda cari! Ia merupakan tempat menarik di Thailand untuk bercuti dengan aktiviti-aktiviti yang terbaik!
Berkelah, snorkeling, melawat Taman Rama-Rama Samui dan Patung Buddha disaluti gangsa merupakan senarai aktiviti untuk jalan-jalan di sini.
Umphang
15 Air terjun terbesar di Thailand
Alamat: อำเภออุ้มผาง, Tak 63170, Thailand
Telefon: –
Siapa sangka disebalik hutan yang tebal menempatkan air terjun yang sungguh mendamaikan? Umphang merupakan perkampungan yang bersempadan dengan negara Myanmar.
Ia menempatkan air terjun yang terbesar di negara ini yang dikenali sebagai Tee Lor Su.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah berkayak, bermandi-manda dan jungle trekking.
Sungai Chao Phraya
16 River cruise di Thailand
Alamat: Thailand
Telefon: –
Sungai yang terkenal dan terpanjang di Thailand yakni Sungai Chao Phraya menjadi lambang kemajuan Bangkok.
Sehingga kini sungai ini masih menjadi laluan untuk orang awam ke tempat kerja dengan menaiki feri.
Selain itu, ia dinamakan Chao Phraya yang bermaksud ‘Sungai Raja’ atau ‘sungai milik tuhan’.
Para pengunjung boleh menaiki feri river cruise untuk melihat pemandangan indah di sepanjang sungai ini.
Siam Niramit Theatre Show
17 Pementasan teater terbesar di dunia
Alamat: Huai Khwang, Bangkok 10310, Thailand
Telefon: –
Terletak di bandar Bangkok, Siam Niramit Theatre Show menempatkan salah sebuah pementasan teater terbesar di dunia!
Selain itu, bangunan ini menempatkan sebanyak 2000 buah tempat duduk dengan mempersembahkan kisah sejarah dan budaya Thailand.
Bukan itu sahaja, malah sebelum persembahan bermula aktiviti-aktiviti seperti demonstrasi tenunan kain sutera dan Muay Thai juga ditawarkan.
Jadi, bagi anda penggemar karya-karya seni sebegini jangan lepaskan peluang untuk ke sini!
Dreamworld Bangkok
18 Taman tema di Thailand
Alamat: 62 หมู่ที่ 1 ถนน รังสิต – องครักษ์ Bueng Yitho, Thanyaburi District, Pathum Thani 12130, Thailand
Telefon: +66 2 577 8666
Jika berbagai tempat di luar negara ada Disneyland manakala di Bangkok ada Dreamworld Bangkok. Jadi apa yang menarik di taman tema ini?
Anda dapat melihat persembahan haiwan “The Animal Show” dan aksi lasak “Hollywood Action”.
Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa yang berkunjung ke sini pastinya ingin bermain di taman tema ini kan?
Antara tarikan permainan yang patut anda cuba di sini iaitu “Hurricane Ride”, “Viking Ride”, “Tornado Ride”, “Super Splash” dan “Grand Canyon Ride”.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat: 10 pagi – 5 petang & Sabtu – Ahad: 10 pagi – 6 petang