Table of Contents
Selain dikenali dengan ramai penduduk pandai bertutur dalam bahasa Siam, tempat menarik di Jitra Kedah ini mempunyai banyak tempat makanan sedap di Jitra.
Kedah mempunyai 4 daerah yang bersempadan dengan Thailand iaitu Padang Terap, Sik, Baling dan Kubang Pasu iaitu daerah bagi Jitra.
Selain itu, Jitra merupakan kawasan yang paling hampir dengan Thailand dengan jarak hanya 35 km.
Tambahan pula, bandar ke-4 terbesar di Kedah ini mempunyai taman tema Jitra yang terkenal iaitu Fantasia AquaPark.
Senarai tempat menarik Jitra Kedah
Taman tema Jitra dan makanan-makanan sedap di Jitra merupakan tarikan utama yang istimewa di sini.
Berikut telah disenaraikan 15 tempat menarik di Jitra Kedah khas untuk anda yang mungkin tercari-cari tarikan terbaik di sini.
Jadi apa tunggu lagi? Jom merancang destinasi percutian anda yang seterusnya dengan jalan-jalan cari makan ke Jitra Kedah!
Restoran Tok Keramat
1 Masakan kampung di Jitra
Alamat: Jalan Ilmu, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: 04-917 4988
Teringin nak makan masakan kampung di Jitra? Bagaimana jika anda singgah ke tempat menarik Jitra Kedah iaitu Restoran Tok Keramat?
Pelbagai sajian masakan kampung yang enak disediakan di sini di samping harganya amat berpatutan.
Antara lauk-pauk yang disajikan seperti ikan keli goreng, ikan bakar, kari daging, kari batang pisang, sambal belacan, kerang bakar dan ulam-ulaman.
Ditambah lagi lauk-pauk ini dimakan bersama nasi panas sememangnya lagi menyengat!
Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 3 petang)
Cendol Pulut Hj Johari
2 Cendol terkenal di Jitra
Alamat: KM17.3 LEBUHRAYA UTARA SELATAN PEKAN, Napoh, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: 04-917 2262
Cuaca panas terik hingga mengeringkan tekak anda? Singgah dulu pekena cendol pulut di Cendol Pulut Hj Johari.
Cendol pulut ini sememangnya tarikan utama di restoran ini yang paling laris. Jika cendol ini laku keras bermakna anda perlu mencuba lah kan?
Di samping itu, masakan kampung dan kudap-kudapan seperti cucur udang dan sate turut dijual di sini. Memang padu baq hang!
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (8 pagi – 7 malam)
Restoran 5 Utara
3 Masakan Thai yang popular di Kedah
Alamat: 65, Taman Insan, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: 04-917 2155
Jika anda mencari masakan Thai yang sedap bolehlah berkunjung ke Restoran 5 Utara. Ia bukan hanya terkenal sebagai tempat menarik Jitra Kedah malah turut popular di seluruh negeri Kedah.
Hal ini kerana, restoran ini mempunyai beberapa cawangan di Kedah yang lain seperti Sungai Petani dan Alor Setar.
Kalau dah lebih daripada 1 cawangan bermakna makanan di sini memang sedap dan patut di cubalah kan? Antara menu popular ialah Kheng Som Fish, kerabu mangga, sotong goreng tepung dan tomyam.
Waktu operasi: Selasa – Ahad (11.30 pagi – 8 malam)
Pak Lang Roti Canai
4 Tempat makan menarik waktu pagi di Jitra Kedah
Alamat: Jalan Siswa 8, Taman Siswa 2, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: –
Sarapan pagi di kedai tidak lengkaplah tanpa roti canai sekeping kan? Ditambah pula dicicah dengan kuah dhal memang lazat!
Keistimewaan Pak Lang Roti Canai yang ditebar di sini ialah bukan sahaja tebal malah lembut untuk dimakan. Tambahan pula, terdapat hidangan sarapan pagi yang lain iaitu nasi lemak, kopi panas dan roti sardin.
Waktu operasi:
- Jumaat & Ahad – Rabu: 6.30 pagi – 12 tengahari & 5 petang – 12 pagi
- Sabtu: 5 petang – 12 pagi
Rosli Bihun Sup
5 Bihun sup utara di Jitra
Alamat: Jln Sungai Korok – Jitra, Kampung Tok Kesop, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: –
Untuk makluman anda, warna bihun di sebelah utara berwarna agak kuning berbanding negeri-negeri lain.
Menu utama yang dihidangkan di Rosli Bihun Sup ialah bihun sup utara dan ABC yang mampu menyegarkan tekak anda!
Bagi bihun sup utara pula anda boleh membuat pilihan samada bihun sup daging atau bihun sup perut.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (1.30 petang – 11 malam)
Yasmeen Nasi Kandar
6 Restoran nasi kandar di Jitra
Alamat: Bandar Darulaman Jaya, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: –
Nasi kandar sememangnya menjadi makanan popular bukan sahaja di Penang malah di Kedah.
Makanan sedap di Jitra ini boleh ditemui di Yasmeen Nasi Kandar yang menjadi pilihan setiap pengunjung yang hadir.
Pelbagai lauk-pauk yang ada di sini ditambah lagi makan bersama sayur bendi dan kuah campur. Memang padu baq hang!
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 12 pagi)
Sabai Dee Café
7 Masakan Thai di Jitra
Alamat: KM 19.5, Jalan Wang Tepus, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: –
Mencari tempat makan menarik di Jitra yang enak dengan berlatarkan dekorasi yang indah? Apa kata anda cuba masakan Thai di Sabai Dee Café?
Menariknya di restoran ini ia berkonsepkan ala-ala makan di kawasan taman!
Antara menu pilihan pengunjung ialah tomyam campur, siakap stim limau, kerabu mangga, sotong goreng tepung dan pencuci mulut Red Ruby.
Waktu operasi: Selasa – Ahad (6 petang – 10.30 malam)
Blackwood Coffee & Chocolate
8 Kafe hipster di Jitra
Alamat: Plot Blackwood, Lot 21, Jalan Industri Darul Aman 1, Kawasan Perusahaan Bandar Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: 04-916 3041
Anda remaja yang suka tempat-tempat yang up-to-date dan hipster? Jangan lupa singgah ke Blackwood Coffee & Chocolate.
Selain itu, kafe hipster ini menghidangkan pelbagai hidangan barat yang lazat seperti pasta, burger, toast dan sandwich.
Tidak ketinggalan, kopi juga ada di sini seperti “Café Latte”, “Capuccino”, “Hazelnut Latte” dan banyak lagi.
Waktu operasi: Setiap hari (10.30 pagi – 11.30 malam)
Gemilang Burger
9 Western food di Jitra
Alamat: No 112A Tingkat Bawah, Jalan Masjid, Pekan Jitra, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: –
Asyik masakan melayu sahaja, teringin pula nak cuba western food di pekan Jitra? Jom ke Gemilang Burger yang sudah terang lagi bersuluh burger sebagai menu utama di sini.
Antara menu burger yang ada di sini ialah burger daging, ayam dan oblong. Tambahan pula, restoran ini juga menyediakan hidangan yang besar untuk nasi goreng chicken chop tau!
Waktu operasi: Rabu – Isnin (3 petang – 11.30 malam)
Roti Canai Pulau Pak Mutalib
10 Roti canai kuah gulai di Jitra
Alamat: Pekan Jitra, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: –
Sebelum bergerak ke taman tema Jitra bolehlah singgah dahulu sarapan di Roti Canai Pulau Pak Mutalib. Jadi apa yang menariknya roti canai di sini berbanding roti canai di tempat lain?
Keistimewaan yang dapat dilihat pada kuah yang digunakan sebagai pencicah roti tersebut. Di sini mereka menggunakan kuah gulai kawah gearbox sebagai kelainan untuk tarikan pengunjung.
Menarik bukan? Asyik guna pencicah kuah kari dan kuah dhal sahaja, mari tukar citarasa pula!
Waktu operasi: Khamis – Selasa: 7 pagi – 11.30 pagi
Restoran Wadi Sinai
11 Masakan Arab di Jitra
Alamat: College Heights Utara Commercial Square, Kampung Paya Dudur, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: –
Dah cuba masakan Thai, lauk-pauk kampung dan barat? Mari menjamu selera dengan masakan Arab pula!
Restoran Wadi Sinai menyediakan pelbagai makanan Arab yang bersaiz besar yang mampu mengenyangkan perut anda.
Selain itu, makanan Arab yang paling terkenal di restoran ini ialah Kabshah Lamb. Tambahan pula, western food seperti spaghetti turut dihidangkan di sini.
Waktu operasi:
- Selasa – Khamis & Ahad: 12.30 tengahari – 10.30 malam
- Jumaat – Sabtu: 2.30 petang – 10.30 malam
Nasi Lemak Royale
12 Nasi lemak istimewa di Jitra
Alamat: No 12, Jalan Tengku Maheran 2, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: –
Restoran Nasi Lemak Royale sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan penduduk setempat.
Penangan nasi lemak di sini membuat orang ramai sanggup beratur panjang demi mendapatkannya! Pasti ada sesuatu yang istimewa kan?
Selain itu, nasi lemak ini menjadi rebutan dek kerana lauk-pauk seperti sambal sotong dan ayam goreng yang menambat hati pelanggan.
Waktu operasi: Setiap hari (3 petang – 1 pagi)
Nasi Tomato Pekan Jitra
13 Nasi tomato di Jitra
Alamat: Pekan Jitra, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: –
Selain nasi lemak, nasi tomato juga popular di Jitra iaitu restoran Nasi Tomato Pekan Jitra.
Ditambah lagi dengan acar buah dan ayam masak merah semestinya menambahkan lagi selera makan anda!
Bukan itu sahaja, malah keseimbangan rasa pedas dan manis pada ayam tersebut sememangnya sukar untuk dilupakan. Memang padu la!
Waktu operasi: Setiap hari (4 petang – 9 malam)
Aladin Cafe
14 Char koey teow di Jitra
Alamat: Jalan Jitra, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: –
Bagi penggemar char koey teow di luar sana? Jom mai ke Aladin Café yang menjanjikan char koey teow tersedap di Jitra ini!
Antara menu yang boleh didapati di café ini ialah makanan barat, masakan Thai, char koey teow dan koey teow kerang.
Pendek kata semuanya ada di sinilah!
Waktu operasi:
- Isnin – Sabtu: 5 petang – 12 pagi
- Ahad; 12 pagi – 12 tengahari & 5 petang – 12 pagi
Jenjuno Western Food
15 Kafe makanan barat di Jitra
Alamat: 5, Jalan Bahagia, Taman Bahagia, 06000 Jitra, Kedah
Telefon: –
Pelbagai tempat menarik di Jitra Kedah yang mempunyai tempat makan best untuk anda singgah. Tidak ketinggalan Jejuno Western Food juga menghidangkan makanan barat sebagai menu utama.
Bukan itu sahaja, malah masakan tempatan dan masakan Thai juga ada di sini tau! Jadi, apa tunggu lagi? Jom makan-makan di Jitra Kedah.
Waktu operasi: Ahad – Jumaat (5.45 petang – 10.30 malam)