Sushi merupakan makanan tradisional Jepun yakni mengunakan barangan asas seperti nasi dan ikan. Selain itu, makanan seafood juga di sediakan oleh Sushi King. Minggu bonanza adalah minggu dimana pihak Sushi King akan memberi tawaran harga yang murah untuk beberapa hidangan makanan.
Bagi mereka juga, apabila sesuatu makanan laut itu digoreng, khasiat, zat dan proteinnya akan hilang lebih separuh daripada yang asal.
Kepada yang tidak tahu, asal usul sushi ini sebenarnya membawa maksud nasi bercuka. Cuka ditambah pada nasi yang digumpal, kemudiannya akan dibalut bersama dengan ikan, udang, sotong, atau pun rumpai laut.
Ada bermacam-macam jenis ikan yang popular seperti salmon, maguro (tuna) telur ikan, unagi (belut) dan bermacam lagi.
Makanan-makanan laut ini akan dibalut atau diletakkan di atas nasi yang sudah digumpal tadi serta akan diletakkan bersama-sama wasabi. Wasabi ini pula diambil dari pokok wasabi dan rasanya sangat perit. Kita akan merasa keperitan di hidung sekiranya makan wasabi ini.
Untuk orang yang baru bermula untuk berjinak-jinak makan sushi, memang sesuatu yang sangat sukar untuk menyesuaikan diri dengan rasa sushi.
Kita rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan makanan bergoreng dan pedas, jadi apa yang akan kita rasa dengan makan sushi ini sememangnya satu pengalaman yang sangat berbeza.
Cuba anda rasa wasabi yang ummpphhh!!! Rasanya berangat namun hanya jangka waktu yang pendek sahaja.
Hidangan Pelengkap Sushi
Apabila kita makan hidangan sushi, tidak lengkap sekiranya tidak dihidangkan bersama dengan 2 pelengkap iaitu air teh hijau Jepun dan juga sup Miso shiro.
Air teh hijau Jepun adalah air teh pahit kerana langsung tidak ada gula di dalamnya.
Kebanyakan rakyat Malaysia rata-ratanya tidak mampu meminum air ini kerana rasanya yang sangat pahit.
Sup Miso shiro pula adalah sup yang dicampur bersama dengan tauhu dan kacang selain daripada rasanya yang agak masam dan tawar.
Tetapi ada satu yang menarik dengan hidangan-hidangan ini. Sekiranya kita demam dan tidak sihat, ini adalah makanan yang sangat baik untuk diambil kerana ianya sangat baik untuk kesihatan. Makanan yang sangat sesuai untuk orang yang tidak sihat.
Jenis-jenis Sushi
Antara jenis sushi yang sangat terkenal adalah dua jenis ini iaitu salmon dan maguro.
Dua jenis ikan ini sangat mahal dan atas sebab itu juga tidak hairan harga sushi turut menjadi mahal, terutamanya maguro.
Penduduk Jepun sangat meminati maguro sehinggakan hampir 3/4 ikan maguro atau tuna akan diimport mahupun ditangkap di negara Jepun.
Sekiranya kita berpeluang untuk melawat pasar borong utama Jepun, kita akan dapat melihat bagaimana ikan-ikan ini dibawa dari perairan laut dalam, dipotong dan ‘fillet’ untuk dijual kepada orang ramai.
Ikan-ikan ini semuanya sangat segar dan sudah tentulah harga yang ditawarkan juga sangat mahal berbanding ikan biasa.