Sudah menjadi kebiasaan dan tidak janggal bagi kita di zaman Internet hari ini dengan cabaran-cabaran tertentu yang lebih dikenali dengan panggilan ‘challenge‘. Antara cabaran popular sebelum ini adalah Mannequin Challenge, Ice Bucket Challenge dan Bottle Cap Challenge baru-baru ini.
Sekali lagi, timbul satu cabaran baru yang unik dipanggil ‘Boba Nostrils Challenge‘. Cabaran ini memerlukan peserta untuk meletakkan boba jeli di dalam lubang hidung mereka dan mengambil selfie.
Boba biasanya boleh didapati di dalam minuman berupa teh susu yang banyak terjual di negara kita. Dalam bentuk bebola hitam ukuran kecil dalam air bubble tea yang biasa dipanggil tapioca pearl. Apa yang berlaku jika ia dimasukkan ke dalam lubang hidung? Itulah yang menjadi cabaran eksentrik di Jepun kini.
Cabaran yang menyeronokkan ini dilakukan dengan meletakkan bebola boba di dalam lubang hidung. Kemudian cabaran yang perlu dilakukan ialah mengambil gambar selfie dan memuatnaik gambar tersebut di media sosial dengan bboba di dalam lubang hidung tanpa jatuh.
Jika dilihat, dari lelaki ke wanita ramia turut serta untuk melakukan cabaran unik ini yang dinamakan Boba Nostrils ini. Namun, belum diketahui siapa yang pertama memulakan cabaran ini. Tetapi cabaran ini menimbulkan kebaikan dan keburukan kerana ada orang-orang yang mendapati ini lucu dan sesetengah orang lain pula mendapati ini menjijikkan dan hidung kelihatan lebih besar.
Sesetengah pula turut mengatakan, bahawa selepas melakukan cabaran ini, boba tersebut harus dimakan. Hanya beberapa yang mengatakan cabaran ini agak berbahaya kerana ia boleh terperangkap dalam trakea dari lubang hidung yang boleh menyebabkan sesak nafas. Demikian bersumberkan jatimtimes.com