Sebagai seorang wanita, anda pasti menggunakan atau menjadikan gincu sebagai koleksi hobi. Gincu pastinya barangan yang wajib anda miliki. Dengan gincu, penampilan anda boleh berubah secara dramatik di mana saja situasi anda.
Anda yang mempunyai aktiviti sepanjang hari pasti memerlukan gincu tahan lama untuk menyokong penampilan diri anda. Sesetengah gincu sememangnya mempunyai ciri-ciri yang lebih tahan lama. Walau bagaimanapun, beberapa produk gincu tersebut akan menjadikan bibir kering dan retak.
Jika anda masih belum menemui produk gincu yang sesuai, L’Oréal Paris baru sahaja melancarkan Rouge Signature Matte Color Ink terbaru oleh L’Oréal Paris! Dengan Matte Color Ink ini, anda akan mendapat kesan Matte yang tahan lama, dan juga sangat selesa walau dipakai sepanjang hari. Oleh sebab itu gincu L’Oréal Paris Rouge Signature patut menjadi satu-satunya pilihan sempena Raya ini.
Tidak cukup rasanya dengan hanya memiliki warna gincu yang ada satu warna sahaja, bukan? Berikut adalah senarai 10 warna gincu Rouge Signature yang wajib anda miliki dari L’Oréal!
1 Nude: untuk yang minimalist
Jika anda jenis yang lebih minimalist dan sukakan penampilan yang natural, maka rona nude ini akan menepati pilihan anda. Warnanya yang lembut memberikan penampilan yang sederhana, tetapi pada masa yang sama, anda boleh memilih beberapa rona nude untuk dipadankan dengan pakaian Raya anda, seperti Rouge 105, 116 dan 124 yang dipakai oleh Anzalna. Terdapat juga shade lain seperti 121 – I Choose.
2 Red: Untuk Yang Berani
Jika anda hendak membuat statement di Raya ini, maka pilihan gincu yang merah berani ini semestinya dapat boost-kan penampilan anda. Tidak kira kamu mahukan merah terang, gelap atau yang sedikit kecoklatan, pilihan sentiasa ada dengan siri 113 – I Don’t, 115 – I Am Worth It and 119 – I Dream.
3 Bold: Untuk Yang Bergaya
Di atas perkembangan dunia fesyen kini, ramai wanita malah berani menggunakan warna gincu gelap dan ini bukanlah suatu perkara yang aneh. Jika anda jenis yang semestinya ‘bold and I am my own opinion when it comes to how I look and dress’, tentulah pilihan anda dapat dipadankan dengan Rouge Signature siri 103 – I Enjoy, 114 -I Represent dan 126 – I Play! Sama ada anda sukakan bibir merah jambu terang yang menawan atau warna plum yang mewah, semestinya akan ada yang menepati personaliti anda.
Gincu Rouge Signature ini tersedia dalam 10 warna dan harganya RM49.90. Jadi, gincu Rouge Signature dari L’Oréal ini memberikan kesan sensasi pada bibir selesa untuk dipakai dengan warna matte-nya yang memukau. Warna-warna gincu ini sesuai digunakan untuk semua jenis warna kulit dan pelbagai acara majlis, termasuklah pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal kunjung tiba!
Gincu ini tiada rasa kering pada bibir apabila digunakan, anda pasti akan tetap menyerlah sepanjang hari raya aidilfitri. Pastikan anda menggunakan warna-warna gincu di atas mengikut pakaian hari raya aidilfitri anda ya! Jangan lupa, padankan make-up untuk menyesuaikannya juga!