Sebagai watak antagonis, Thanos boleh dikatakan tidak berapa bijak. Jika kita bandingkan watak-watak karakter antagonis Marvel yang lain seperti Doc Oc, Syndrome, atau Lex Luthor. Sekurang-kurangnya mereka meletakkan pemikiran saintifik dan logik akal yang banyak di sebalik rancangan jahat mereka.
Perancangan Thanos ini adalah untuk memulihara sumber alam semulajadi dengan menghapuskan separuh daripada semua kehidupan dikutkan adalah tidak masuk akal. Malah, usahanya tidak akan mampu menyelamatkan planet bumi ini. Malah, merupakan menjadi satu azab yang besar. Jom kita mulakan dengan keputusannya untuk menghapuskan separuh manusia.
Pada masa kini, ada 7.7 billion manusia di muka bumi ini dan menjadikan planet kita cukup sesak. Jadi, jika separuh daripada kita tiba-tiba hilang… bukankah itu menjadi satu korban baik? TIDAK!
Ketepikan etika seketika, jika Thanos menghapuskan 50% jumlah manusia, jumlah yang tinggal adalah hampir 3.9 bilion orang. Sama seperti penduduk dunia yang sama pada tahun 1972! Jika sejarah mengulangi, manusia sejagat memerlukan kurang dari 50 tahun untuk mencapai jumlah manusia ketika lagi.
Begitu juga dengan spesis haiwan, seperti rusa, populasi mereka melantun dengan cepat. Tetapi malangnya, tidak boleh dikatakan untuk spesis-spesis terancam, yang mempunyai masalah yang bertentangan.
Sebagai contoh, harimau Sumatera yang terancam. Pakar menganggarkan terdapat kurang daripada 400 haiwan ini di planet ini. Jika separuh hilang, tidak akan cukup untuk mengekalkan populasi, dan mungkin akan pupus. Bukan sahaja harimau Sumatera yang terancam. Ini termasuk spesis jerung, burung helang, dan harimau bintang mungkin akan menemui nasib yang sama. Dan di sinilah rancangan Thanos untuk menyelamatkan dunia BENAR-BENAR GAGAL kerana bila haiwan pemangsa rantaian teratas hilang, ini boleh menganggu ekosistem berkait yang lain.
Ambil serigala kelabu, sebagai contoh. Kerajaan AS membasmi mereka dari Yellowstone pada abad ke-20. Apabila serigala hilang, populasi rusa meningkat dan memakan tumbuh-tumbuhan, yang mengganggu populasi memerang, burung, dan spesis lain yang bergantung kepada tumbuhan tersebut untuk hidup. Ini menjadi semakin teruk apabila katakan, separuh daripada setiap spesis tumbuhan di Bumi juga hilang disebabkan perbuatan Thanos.
Kerana seperti haiwan, ada ribuan spesis tumbuhan terancam, banyak yang terlalu terdedah dengan ancaman untuk bertahan dalam plot perancangan jahat Thanos. Dan jika spesis tumbuhan mati, selebihnya rantai makanan akan kelaparan. Sudah tentu, banyak populasi tumbuhan tidak terancam.
Tetapi itu tidak akan menyelamatkan mereka dalam jangka panjang. Saintis menganggarkan bahawa 90% daripada semua tumbuhan berbunga bergantung kepada haiwan untuk menghasilkan semula. Tetapi, bila Thanos menghapuskan separuh daripada semua lebah, kelawar buah, dan haiwan pendebunga lain di planet ini. Ini sudah mendatangkan masalah utama. Contohnya, 50% spesis lebah di Midwest telah hilang dalam abad yang lalu. Dan kelawar hidung panjang, pendebunga utama di Gurun Sonoran juga hilang. Jadi seua kehidupan mati sepenuhnya.
Jika pendebunga tiada, kita akan melihat kemungkinan keruntuhan ekologi keseluruhannya. Oleh itu, rancangan Thanos tidak secara langsung menghancurkan spesis yang berkembang pesat, tindak balas rantaian juga boleh menghilangkan spesis yang terancam pun boleh menimbulkan masalah bagi semua kehidupan yang masih hidup.
Planet ini telah mengalami kepupusan besar-besaran sebelum ini, dan kehidupan sudah pulih. Sebagai contoh, hentaman asteroid 66 juta tahun lalu menghapuskan 75% daripada semua spesis di Bumi. Dan dengan dinosor pupus, nenek moyang mamalia kita berkembang.
Walau bagaimanapun, pakar menganggarkan ia mengambil masa kira-kira 20 juta hingga 30 juta tahun untuk pulih daripada kepupusan besar-besaran ini. Oleh itu, perancangan Thanos adalah gagal sepenuhnya.