Kemampuan membaca waktu jam adalah perkara asas yang diajar di sekolah rendah. Tetapi di United Kingom sekolah mula menggunakan jam digital di dewan peperiksaan kerana pelajar tidak tahu membaca waktu pada jam analog yang digunakan selama ini. Bagi mengelakkan tekanan pada pelajar kerana gagal membaca waktu yang tinggal untuk menjawab soalan peperiksaan, jam analog mula digunakan.
Dari zaman analog ke zaman digital, generasi kini lebih mudah untuk mendapatkan maklumat hanya dihujung jari. Malangnya, generasi ini semakin melupakan kepayahan oleh generasi masa lalu. Banyak yang buta sejarah dan tidak tahu bagaimana sistem yang mereka guna sekarang berfungsi.
Menurut pentadbir Association of School and College Leaders (ASCL), Malcolm Trobe berkata, generasi kini lebih mudah untuk membaca nombor berbanding dengan kaedah tradisional. Terdapat sebuah sekolah di Amerika Syarikat dilaporkan terpaksa menukarkan kesemua jam mereka jenis analog kepada jam digital kerana pelajarnya tidak mampu untuk membaca waktu.
“Generasi masa kini tidak pandai untuk membaca jam tradisional. Mereka lebih senang melihat jam digital yang ada pada telefon bimbit, komputer mereka. Hampir setiap objek disekeliling mereka kini adalah dalam bentuk digital”
Menurut kajian, kanak-kanak masa kini menghabiskan purata 6 jam sehari dihadapan skrin komputer dan telefon pintar. Hal ini menjadi punca mengapa mereka tidak pandai untuk membaca jam jenis analog atau jam yang berjarum, berbanding dengan jam digital. Petikan dari laman era.je dan elitereader.com.