Cuba lihat badan anda, di manakah adanya tahi lalat? Tahi lalat adalah salah satu tanda lahir pada kulit kita, dan biasanya berwarna coklat atau hitam.
Walaupun ia adalah tanda lahir, ada juga tahi lalat yang timbul ketika kita membesar. Ada juga, tahi lalat berlainan yang ditumbuhi dengan bulu panjang. Ada yang panjang, ada yang pendek.
Tahi lalat adalah tompokan pigmen yang menghasilkan sel-sel kulit dan boleh berubah menjadi berbula ataupun tidak berbulu. Pertumbuhan bulu ini disebabkan adanya lebih banyak folikel rambut di sekitarnya.
Di samping itu, faktor genetik atau hormon membuat pertumbuhan rambut lebih banyak daripada bahagian lain wajah atau kulit. Tahi lalat yang ditumbuhi bulu tidak menunjukkan boleh menjadi kanser atau menjadi semakin banyak. Tetapi, bolehkah kita mencabut bulu tahi lalat ini?
Disarankan, agar tidak mengganggu, menggaru, atau mengeluarkan bulu yang ada pada tahi lalat. Ini kerana, luka yang disebabkan menarik keluar bulu boleh menimbulkan risiko yang membuat tahi lalat menjadi ganas. Sekiranya tahi lalat itu dianggap mengganggu, anda perlu berunding dengan pakar dermatologi.
Jika memang tahi lalat dianggap berbahaya atau mengganggu, beberapa prosedur boleh dilakukan untuk menghapuskannya. Prosedur dilakukan bergantung pada jenis, lokasi, bentuk dan kedalaman tahi lalat.
Untuk tahi lalat, doktor biasanya akan melakukan prosedur menggunakan laser. Prosedur untuk menggunakan laser ini biasanya dilakukan dua hingga tiga kali dan berlangsung dalam masa yang singkat, kira-kira 5 hingga 10 minit.
Bagi tahi lalat yang lebih dalam, prosedur pembedahan berlangsung selama 15 minit adalah perlu dan hanya dilakukan sekali sahaja.