Bagi mereka yang memilik berat badan yang berlebihan, bukan mudah untuk menurunkan berat badan. Cakap itu mudah, namun untuk menurunkan berat badan bukan perkara mudah.
Ada pula yang sudah kurus, berjaya melepasi tahap-tahap sukar untuk menguruskan berat badan, tetapi setelah kurus, mereka mula rasa selesa dan tidak mengamalkan diet yang seimbang tanpa memikirkan risiko untuk menjadi gemuk semula.
Antara perkara-perkara yang akan menyebabkan anda kembali gemuk ialah,
Metabolisma rendah
Semakin lemah metabolisme anda, anda mungkin berpeluang untuk menjadi gemuk semula! Jadi jika anda perasan bila anda makan dan tidak mudah hadam,cepat rasa lapar, pastikan anda cuba mengawal pemakanan anda, jangan terperdaya dengan badan anda yang sudah kurus itu, jika anda mengambil kuantiti yang banyak sedangkan metabolisme anda rendah, anda akan menjadi gemuk semula!
Kurang tidur
Apabila kurang tidur, tubuh akan menghasilkan hormon yang membuatkan anda ingin makan banyak. Keletihan juga membuatkan metabolisme anda jadi lambat. Jadi pastikan anda cukup rehat dan tidur, jangan abaikan kesihatan anda.
Tetapkan pendirian
Tetapkan pendirian anda, jangan mudah terperdaya dengan makanan yang enak-enak hingga melupakan diet anda, wanita selalunya suka menangguhkan waktu diet mereka apabila melihat makanan yang enak-enak.
Salah motivasi diri
Ramai yang menyangkakan makan pagi itu boleh membuatkan seseorang menjadi gemuk, sedangkan mereka tidak tahu bahawa sarapan pagi itu penting dan ianya mampu mengawal berat badan anda.
Bayangkan tabiat lama yang buatkan anda gemuk
Jika anda teringin makan makanan yang berat, anda cuba teringatkan tabiat lama anda yang boleh membuatkan berat badan anda bertambah! Jangan nanti bila badan sudah kembali gemuk, baru hendak menyesal.
Tidak bersenam
Jangan lupa untuk terus bersenam walaupun anda sudah kurus, amalkannya untuk kesihatan anda.
Sumber: Hanasuva.com