Ibu bapa adalah insan yang paling dekat dengan anak-anak dan semestinya mereka adalah contoh yang terbaik untuk anak-anak. Sememangnya mendidik anak-anak bukan perkara mudah, apatah lagi pada zaman serba moden ini.
Menurut satu kajian, ibu yang tegas yang boleh mendorong anak perempuannya untuk berjaya dalam akademik dan dalam kehidupan. Kajian dijalankan pada tahun 2004 hingga 2010, di mana saintis mengkaji 15,500 kanak-kanak berumur 13-14 tahun.
Ini mungkin kerana, ibu sangat rapat dengan anak perempuannya, malahan tiada rahsia diantara mereka. Berlainan jika hubungan seorang ayah dengan anak perempuan, semakin meningkat dewasa, mereka akan mula segan untuk menceritakan hal peribadi mereka kepada ayah, tetapi tidak dengan ibu.
Dari kajian itu, hasil mendedahkan anak perempuan yang dibesarkan oleh ibu yang tegas dan garang boleh mendapat pekerjaan yang baik.
Ibu yang tegas dan sentiasa mengambil berat dapat mengelakkan anak perempuan terjebak dengan seks sebelum berkahwin dan hamil di usia muda. Ini kerana mereka lebih bersifat melindungi anak perempuan mereka.
Sumber: Hanasuva.com