Jika di Malaysia, jika anda berpangkat, berjasa kepada negara atau pernah mengharumkan nama negara dan pernah menyumbang, tidak mustahil untuk anda mendapatkan pangkat datuk.
Begitu juga dengan orang luar, Malah ramai artis-artis yang bukan berasal dari Malaysia seperti Shah Rukh Khan, Jackie Chan turut mendapat gelaran Datuk di Malaysia. Jika diikutkan, mereka adalah kalangan yang hanya popular di Malaysia, buka berkhidmat untuk Malaysia.
Maka tidak aneh juga kenapa warga asing seperti kelahiran Bangladesh mendapat pangkat ‘Datuk’ di Malaysia. Apatahlagi apabila seseorang itu bekerja di Malaysia dan pernah menyumbang untuk Malaysia, jadi rasanya bukanlah salah jika diberi gelaran datuk.
Ini individu yang dimaksudkan menerima gelaran ‘datuk’.
Individu berkenaan ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia. Bernama Hanif dan kini bergelar Datuk Hanif. Beliau juga dikatakan telah menyumbang 1.5 juta ringgit Malaysia bagi membantu mangsa banjir di Pahang. Mungkin ini antara penyebab kenapa pangkat ‘DATUK’ diberikan kepadanya disamping atas kejayaannya menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.
Berkahwin dengan orang tempatan
Menurut seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali, warga Bangladesh terbabit mempunyai lesen dan permit yang sah kerana mereka berkahwin dengan orang tempatan. Jadi tiada apa yang hendak diragukan lagi.
Menurutnya, selain tiga kedai di kawasan terbabit terdapat sekurang-kurangnya tiga lagi kedai milik warga asing yang menjalankan perniagaan runcit sejak lebih lima tahun lalu.
“Mereka kahwin dengan orang kita (tempatan), semua sudah kaya-raya. Ada yang miliki lori ikan, malah ada yang mempunyai lebih dari tiga kedai,” katanya.
Mengikut kenyataan yang dibuat pemilik akaun Facebook itu kelmarin, “kat industri Mentakab ramai betul orang warga Bangladesh buka kedai runcit, ada yang gaya nak makan orang pun ada yang jaga kaunter, hujan emas di negeri orang, ke mana Orang Melayu kita yang tinggal di kawasan sekitar itu, tak rasa ditindas ke? Apa komen anda.”
Kawasan Perindustrian Temerloh di Mentakab didiami lebih 100 rumah penduduk yang tinggal di Taman Seri Tualang dan turut dihuni pekerja warga asing yang bekerja dalam sektor industri di kawasan terbabit.
Seorang lagi penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, persoalan yang menjadi tanda tanya sekarang, adakah benar warga asing terbabit mempunyai permit dan lesen perniagaan yang sah atau adakah mereka menggunakan permit penduduk tempatan.
Jual semua barangan keperluan harian
Sementara itu seorang penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai Jalil, 56, berkata, dia tidak kisah siapa yang berniaga sama ada warga asing atau penduduk tempatan.
Menurutnya, walaupun warga asing yang berniaga di situ tidak menjadi masalah kerana barangan yang dijual di kedai runcit terbabit merangkumi semua barangan keperluan harian.
“Saya boleh dapatkan ikan, sayur dan pelbagai jenis makanan di sini kerana banyak pilihan kedai, di kawasan ini sahaja ada tiga kedai runcit dan semuanya menjual barangan keperluan harian.
“Kalau nak ikutkan memang malas nak pergi kedai lain sebab kedai Bangla ini jual semua barangan keperluan harian.
“Buat apa nak pergi jauh-jauh, semua ada di sini.
“Mereka juga tidak buat masalah, sepatutnya orang kita ambil contoh peniaga Bangladesh ini yang sanggup bekerja keras dan akhirnya boleh menjadi tauke,” katanya.
Jalil berkata, untuk lebih selamat rasanya lebih baik pihak berkuasa dan penguat kuasa jabatan dan agensi berkaitan turun padang dan melihat dokumen mereka.
Menurutnya, sekiranya mereka salah, perlu diambil tindakan sebaliknya jika tidak biarkan sahaja berniaga kerana mereka mengambil peluang yang ada.
Sehubungan itu, Sinar Harian akan mendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut mengenai perkara ini daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dalam tempoh terdekat.
Sumber: Sinar Harian