Pasti semua ibu-bapa pernah mengalami pengalaman dimana anak anda suka mengamuk, bila pergi membeli belah, anak-anak pasti akan hendak beli itu dan ini, apabila dilarang ank mulai mengamuk. Ada yang sehingga ibu bapa terpaksa mengalah dan mengikuti keinginan anak.
Bukan tidak boleh megikut kemahuan anak, cuma jangan terlalu biasa manjakan anak. Ajar bagaimana hidup susah dahulu, sebelum mendapatkan sesuatu biar ada usaha terlebih dahulu. Ramai yang berpendapat bahawa anak yang apabila dewasa tidak pandai berdikari kerana telah diturutkan apa sahaja permintaannya sedari kecil.
Sayangkan anak perlu melatih anak agar dapat berdikari walaupun anak anda masih kecil. Jangan sayangkan anak sehingga salah mendidik dan memberikan kesan kepadanya apabila dewasa kelak. Pasti ramai yang ibu bapa kalah dengan anak apabila anak mulai memberontak apabila anda tidak memenuhi keperluan mereka.
Ini antara tips yang perlu anda tahu untuk menghadapi situasi ini.
Jangan hirau
Biar anak anda itu mengamuk. Memang anda perlu kesabaran yang tinggi untuk tidak menghiraukan si manja. Tapi, itu saja yang boleh anda buat. Tiada apa yang boleh membantu menenangkan mereka. Hanya mereka saja yang akan tenang sendiri. Tunggu sehingga mereka bertenang, lalu cakap dengannya.
Beri dia ruang
Biar dia menjerit sekuat hati, nanti dia penat tahu la dia berhenti nanti, anak-anak akan lebih manja jika dilayan, sebaiknya beri ruang kepadanya untuk meluahkan perasaan.
Alihkan perhatian dia
Jika dia menangis kerana bulan, tunjukkan dia matahari, bintang, atau sistem solar lain. Janji anda alihkan perhatiannya. Tahap tumpuan seorang kanak-kanak lebih pendek. Maka, satu alihan yang mampu menangkap mata akan menghentikan amukan.
Bertenang
Jangan panik, buat seperti biasa. jangan terlalu gelabah ini mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan anda dan juga anak anda ditempat awam.
Jangan malu
Jangan malu, ini kerana bukan hanya anda sahaja yang pernah mengahadapi situasi ini, pasti semua ibu bapa pernah merasaknnya. Tenang dalam menghadapi situasi ini.
Sumber: My.theasianparent.com