Keracunan makanan boleh mengakibatkan sakit perut yang teramat yakni keracunan makanan akibat makanan tersebut tidak bersih atau kotor. Salah satu punca keracunan makanan ialah, makanan yang dihinggapi lalat, makanan yang tidak dibasuh dan lain-lain.
Disini sedikit perkongsian petua bagaimana jika anda mengalami keracunan makanan. Apa tindakkan yang harus di ambil. Ini adalah kaedah seseorang yang telah mengalami keracunan makanan dan tidak semestinya berkesan pada setiap individu. Ikuti kisah ini:
“Saya telah pelajari ilmu ini sejak awal perkahwinan lagi, ketika itu, terbaca di salah satu laman perkongsian bagaimana sardin boleh dijadikan penawar sekiranya keracunan. Ada satu ketika, semasa perjalanan pulang ke Kelantan bersama isteri, disebabkan gabungan makan atau gerai yang disinggah itu kurang bersih.Saya diserang keracunan makanan, ketika itu badan terasa tidak sedap seperti keracunan (saya pernah juga keracunan sebelum itu). Setibanya di bandar Raub, saya terus mencari kedai 7-Eleven berdekatan. Masuk ke dalam kedai tersebut, dan cari sardin dalam tin.
Kemudian masuk semula ke dalam kereta, dan buka tin sardin dan jamah terus seketul ikan sardin itu mentah-mentah. YA memang tidaklah sedap pun bila makan terus begitu. Namun demi penawar pantas, saya kunyah dan telan terus. Kemudian saya tunggu beberapa minit, terasa satu badan seakan kena elektrik (tak tahu macam mana nak terangkan). Akhirnya selepas lebih kurang 5-10 minit, badan saya kembali cergas seperti asal.
Penawar sardin itu memang berkesan. Saya telah cuba beberapa kali untuk kes keracunan, setakat ni alhamdulillah menjadi penawar segera. Andai anda dalam keadaan keracunan dan jauh daripada hospital atau klinik, bolehlah jadikan sardin mentah ini sebagai penawar pantas. Bagus dijadikan bekalan untuk yang sering pergi berkhemah sebagai penawar, bukan sekadar makanan semata-mata.”
Nota sardin: Sardin yang digunakan adalah jenis sardin, bukan mackerel ya.
Jika petua ini tidak berhasil terhadap diri anda, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan yang lebih afdal.
Sumber: Hadihaizil Din di Facebook