Setiap orang mempunyai perbezaan pendapat tentang kecantikkan, kecantikkan itu adalah subjektif mengikut pandangan mata seseorang. Ada yang kita tengok memang cantik, tetapi bagi orang lain pula ianya hanya biasa-biasa saja.
Tetapi, kebiasaannya lelaki sukakan ciri-ciri di bawah ini yang ada pada wanita. Jika ada salah satu ciri-ciri ini ada pada anda, dipersilakan perasan cantik.
1 Lesung pipit
Fakta sains mengatakan lesung pipit atau lesung batu ini adalah kecacatan kekal tetapi menyerlahkan lagi kecantikkan si pemiliknya dan tampak sangat manis ketika senyum. Sungguh bertuah!
2 Bulu kening tebal
Pada sesetengah lelaki, mereka sukakan wanita yang mempunyai bulu kening yang lebih tebal kerana ianya nampak lebih seksi dan menawan. Yang mencukur bulu kening, diingatkan jika mahu menjadi pujaan ramai lelaki pastikan bulu kening jangan dicukur nipis ya!
3 Dagu terbelah
Selain lesung pipit, bentuk dagu yang sedikit lekuk atau terbelah juga antara salah satu kecacatan kecil tetapi menaikkan seri pada wajah si pemiliknya, nampak lebih cantik dan menarik.
4 Bulu mata lentik
Memiliki bulu mata yang lentik membuatkan ramai lelaki mudah untuk jatuh hati bila memandangnya. Cinta itu mulanya dari mata dan turun ke hati. Tidak hairan jika mereka yang mempunyai bulu mata lentik mudah mendapat pasangan.
AKhir kata, sama ada memiliki ciri-ciri diatas atau tidak, pastinya setiap manusia mempunyai pasangan dan jodoh masing-masing. Kecantikkan itu satu subjektif dan ianya bukan datang dari pandangan mata semata-mata tetapi cinta itu datangnya dari hati yang ikhlas menerima pasangannya dengan ikhlas.
Tak ada ciri-ciri di atas pun tak apa, asalkan anda yakin dengan diri anda! Kita enjoy!
Sumber : Vanillakismis.my