Setiap pasangan inginkan yang terbaik untuk hubungan mereka, namun perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah.
Buat para lelaki diluar sana, adakah anda pasti teman wanita anda bakal isteri anda? Mampukah si dia menjadi isteri yang terbaik untuk anda? Berikut ini aliffchannel.com kongsikan beberapa perkara kemungkinan si dia bukanlah bakal isteri anda yang paling sesuai.
Perangai Teman Wanita Yang Perlu Dielakkan Oleh Lelaki Untuk Dijadikan Isteri
Terlalu bergantung
Pada dia anda adalah segala-galanya. Apabila dia mahu membeli benda yang mudah pun, dia akan mendail nombor anda dan meminta anda untuk membelikan untuknya. Lebih parah apabila dia sentiasa menunggu anda untuk membuat keputusan untuknya, maka anda perlu berfikir dua kali. Seorang isteri perlu berdikari. Dapat mengendalikan rumah apabila anda tiada dirumah.
Cara pemakaian
Seorang isteri perlu menjaga kesopanan dalam berpakaian setelah berkahwin. Mungkin sebelum berkahwin ianya tidak menjadi tanggungjawab anda untuk menegur kekasih anda itu. Tetapi apabila dah berkahwin, dia membawa nama anda kemana sahaja dia pergi. Pasti anda tidak mahu anak anda mengikut jejak langkahnya yang berpakaian singkat dan terdedah sana sini.
Kurang ajar
Jika semasa bercinta dia dah mulakan sikap kurang ajar dengan anda atau orang lain, batalkan niat anda untuk jadikannya sebagai isteri. Apa yang penting dalam hubungan suami isteri ialah saling hormat menghormati. Tetapi apabila kekasih anda tidak mampu menghormati anda, sampai ke tua pun semuanya tidak akan berubah. Jangan pula anda menyesal dikemudian hari.
Emosi tidak stabil
Jika kekasih anda mempunyai perangai sekejap-sekejap berubah, periksa dahulu sebab apakah dia bertindak sedemikian. Mungkin ada masalahnya tersendiri. Tetapi jika tiada masalah pun kekasih anda bersikap sedemikian, fikir dua kali untuk menjadikannya sebagai isteri.
Penipu
Menipu adalah perkara yang paling teruk dalam norma sosial masyarakat. Tiada sebab untuk anda bersama dengannya lagi jika kekasih anda sering menipu anda. Jika sebelum berkahwin pun dah pandai menipu, apa lagi selepas bergelar suami isteri.
Tidak pandai mengurus
Seorang wanita yang lebih suka membeli kain tenunan yang mahal daripada membelanjakan wang ke atas perkara-perkara yang lebih baik, atau yang membuat keputusan yang tidak bijak dengan menggesa anda untuk membelanjakan wang ke atas kereta yang paling mahal daripada membuat pelaburan dalam perkara-perkara yang munasabah, tidak akan menjadi isteri yang baik .
Akhir kata, buatlah pilihan bijak wahai lelaki!