Kereta adalah salah satu aset penting buat mereka yang bekerja, ada sesetengah orang sangat menitik beratkan kebersihan kereta dan hampir setiap hari membasuh kereta kerana tidak mahu nampak kotor.
Tetapi ada juga yang pandai bawa kereta saja tetapi malas pula hendak membasuhnya, sehinggakan kereta nampak sangat kotor dan berhabuk. Selalunya jika begitu keadaanya, pemiliknya jenis yang ‘takpe, asal boleh bawa je’. Sebenarnya kebersihan kereta juga perlu ya, supaya kereta dapat berjalan dengan lancar.
Selalunya kereta yang kotor dan berdebu ini ialah kereta yang jarang digunakan, dibiarkan sahaja tanpa pengurusan. Ianya menjadi satu alasan mengapa anda malas hendak basuh kereta, kerana anda jarang-jarang menggunakannya. Jika setiap hari guna pun anda malas, apatah lagi jika yang jarang-jarang dibawa kan?
Sekiranya anda membasuh kereta, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan dan perlu dielakkan, takut akan memberikan kerosakan yang lebih lagi pada kereta.
1 Jangan tunggu sehingga kotoran betul-betul nampak jelas
Serangga kecil, tahi burung, hujan dan debu dari persekitan boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan cat. Jangan hanya membasuh kereta seminggu sekali, atau sebulan sekali, tetapi sebaiknya basuh kereta bila perlu, lebih-lebih lagi jika hujan, kerana acid hujan boleh menyebabkan cat cepat terhakis.
2 Ketika kereta tengah panas
Pada keadaan suhu yang tinggi/panas boleh menyukarkan lagi kereta untuk dibasuh dan sebabkan kotoran rosakkan cat. Parkir kereta di temapt redup atau tunggu suhu berkurangan sebelum mula membasuh.
3 Gunakan alatan yang bersesuaian
Pastikan anda membasuh kereta dengan gunakan barang khas untuk pembersihan kereta, span besar, atau air yang berterusan mengalir dan sabun khas untuk mencuci kereta.
Ini kerana, ia lembut untuk cat kereta, dan mungkin anda perlukan bahan pencuci khas untuk buang tar yang melekat pada kereta.
Span khas juga diperlukan untuk mengelakkan dari kesan calar pada bahagian kereta.
Apa yang penting adalah air yang banyak, ini kerana jika anda hanya gunakan air dari baldi berulang kali, kesan kotoran dan sisa kecil masih ada, yang mana menyebabkan berlakunya calar ketika sedang mengelap kereta.
4 Basuh ikut bahagian
Fokus pada satu-satu bahagian pada masa tertentu, basuh, bilas dan keringkan.
Tetapi jangan sesekali basuh kereta dengan menggunakan span dalam pergerakan membuat bulatan, kerana ia akan tinggalkan kesan bulatan yang boleh nampak, sebaiknya basuh dengan pergerakan garis lurus.
5 Wax dua kali setahun
Mungkin ada yang beranggapan sekiranya wax kereta ia akan merosakkan kerta, lebih-lebih lagi cat. Tapi, dalam amsa yang sama, ia sebenarnya mengekalkan lagi keadaan cat kereta, yang mana terbaik sekiranya anda berpendapat untuk menjualnya kembali. Demikian memuat dari laman mobiloil.