Bagi sesiapa yang putus cinta, hal ini adalah perkara yang paling menyakitkan sekali, dan hati pada saat ini benar-benar hancur dan sukar pula untuk move on.
Di sini ada beberapa tips yang boleh mengelakkan hati anda terus hancur dan dapat meneruskan kehidupan anda seperti biasa. Mari kita lihat beberapa tips yang boleh dielakkan dan dilakukan.
1 Jangan dengar lagu sedih
Kalau boleh jangan dengar radio, kerana lagu-lagu seperti putus cinta akan membuat anda lebih terasa sakit hati dan mengenangkan masa-masa bersama si dia.
2 Jangan simpan gambar “ex” anda
Jangan lagi simpan gambar atau kenangan-kenangan di dalam dompet mahupun gambar di dalam handphone. Kalau boleh buang semua perkara yang berkaitan dengan dia.
3 Block “facebook” atau apa-apa laman sosial si dia
Perkara ini adalah untuk mengelakkan anda daripada “stalk” balik si dia.
4 Jangan tidur lewat
Tidur lewat boleh menyebabkan anda teringat akan si dia lebih-lebih lagi kalau tidur melebihi pukul 12am. Anda pasti akan teringatkan si dia.
5 Padam “conversation” mesej-mesej dari si dia
Sebab suatu hari nanti, anda akan teringatkan si dia. Semestinya apa yang anda cari? Mesti “old conversation” kan? Jadi, elakkan.
6 Sibukkan Diri
Sibukkan diri anda dengan kerja-kerja yang berfaedah untuk mengelakkan anda mempunyai ruang masa teringatkan dengan kisah lama. Seharusnya anda sudah bermula dengan kehidupan baru.
7 Banyakkan masa dengan keluarga
Bergurau senda dengan adik-beradik, dan ibu bapa boleh menghilangkan rasa stress akibat putus cinta. Oleh itu, pentingnya hubungan keluarga atau adik beradik berbanding dengan “ex” yang tidak menghargai diri anda.
8 Cari sahabat yang boleh dipercayai
Sabahat atau kawan karib yang boleh dipercayai boleh membuatkan anda berasa sentiasa ceria dan boleh membantu anda untuk melupakan perkara-perkara yang menyedihkan.
9 Jangan benci dia
Sebab lagi kau benci dia, lagi la kau akan ingat dia. Time tu jangan sibuk2 kata kau sedih dia buat kau macam tu bagai. Kau yang cari nahas.
10 Buka pintu untuk orang lain
Ramai lagi insan-insan yang lebih baik yang belum anda temui. Mungkin nanti ada yang lebih menghargai diri anda dan tidak akan mensia-siakan diri anda.
11 Maafkan si dia yang meninggalkan anda
Hati anda akan menjadi tenteram jika anda sedia untuk memaafkan dan meneruskan kehidupan anda yang baru.
12 Redha
Semestinya kita mesti ada perasaan redha dengan ketentuan tuhan. Jadikan perkara yang lepas adalah sebahagian ujian dari Nya. Dan membuatkan anda tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Kesimpulannya, jangan letakkan harapan yang tinggi terhadap seseorang itu, dan bersederhanalah dalam perhubungan. Kerana itu lebih baik dari sikap yang melampau-lampau. Setiap keinginan hati tidak mungkin akan tercapai tanpa izin-Nya. Sentiasa berdoa kepadaNya untuk ditemukan jodoh yang lebih baik yang mampu membimbing anda hingga ke jannah.