Sebenarnya semua orang memiliki kulit berminyak, yang membezakan adalah sikit atau banyak. Ini kerana kulit menghasilkan minyak yang berfungsi untuk melindungi kulit daripada bahaya luar seperti pencemaran dan debu.
Selain itu, minyak pada kulit juga berfungsi sebagai cairan yang mampu menjaga kulit supaya menjadi anjal sentiasa dan kenyal. Namun jika minyak di bawah kulit berlebihan, ia mewujudkan masalah baru dan mencacatkan penampilan.
Wajah berminyak menangkap dan memerangkap debu, kesannya pori pada wajah tertutup dan mengakibatkan penumbuhan jerawat pada kulit wajah. Setiap wanita inginkan kulit yang sihat dan bebas dari masalah kulit bukan? Di sini ada beberapa tips berguna untuk mengatasi masalah kulit muka berminyak teruk.
Mencuci muka
Menjaga kebersihan kulit adalah sangat penting untuk memastikan kulit sentiasa bebas dari kotoran dan debu. Sebaik-baiknya gunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit muka anda. Cukup membersihkan muka sebanyak 2 kali sehari, ini kerana jika anda terlalu kerap ianya boleh mengikis lapisan kulit wajah dan dan boleh membahayakan kulit anda kerana terlalu terdedah dengan cahaya matahari.
Minum air kosong
Minum air kosong dengan keram, sekurang-kurangnya sebanyak 2 liter sehari. Ianya boleh menjaga metabolisma tubuh. Tubuh yang mengandungi banyak air boleh melembabkan kulit dan menghalang penghasilan minyak yang berlebihan.
Lap wajah dengan air suam
Celup tuala bersih ke dalam air suam yang dicampurkan dengan garam, tekap secara perlahan-lahan ke wajah dan biarkan sehingga tuala itu menjadi sejuk. Air suam itu akan membuka pori wajah dan garam bertindak mengangkat kotoran pada wajah.
Putih telur
Ambil putih telur dan gunakan sebagai masker. Pukul putih telur dan sapu di wajah serta biarkan kering. Bilas dengan air suam.
Pisang
Pisang kaya dengan vitamin A,B dan E berfungsi untuk anti penuaan. Kisar pisang dan tekapkan di wajah anda, jika kulit anda kulit yang berjerawat, tambah sedikit madu untuk menyingkirkannya.
Lemon
Lemon mengandungi vitamin C yang membantu kulit menjadi lebih cerah dan menyingkirkan bekas jerawat. Perah air lemon kemudian tambah madu dan tekap di wajah.
Selamat mencuba! KongsikanĀ kepada rakan-rakan anda.
Sumber: Mingguan Wanita