Bagi mereka yang nak rasa budaya Thailand tanpa bergerak ke sana, anda boleh ke Pesta Thailand di i-City Mall paa 25 April sehingga 28 April ini.
Dekat acara ini anda boleh cuba pakaian tradisional, makanan utama thailand dan autentik yang belum pernah dilihat sebelum ini di Malaysia.
Kenapa Central i-City?
Pada mereka yang tertanya, kenapa acara ini berlangsung di i-CIty, ini adalah bertujuan bukti sokongan daripada pelanggan, penyewa dan rakan kongsi selama lima tahun sebelum ini.
Lagipun, untuk merayakan ulang tahun 5 tahun pembukaan Central i-City serta meningkatkan hubungan diplomatik antara Thailand dan Malaysia.
Jadi, pesta ini dijangka menjadi perayaan budaya Thailand terbesar di Malaysia kerana terdapat beberapa aktiviti menarik yang korang boleh cuba. Antaranya…
- Peragaan fesyen Thai terbesar: Lebih daripada 11,000 produk terus diimport dari Central World Bangkok.
- Pertunjukan warisan Thai: Menampilkan wayang boneka Joe Louis yang terkenal.
- Nikmati rasa Thai yang menakjubkan & membeli-belah: Pasar makanan Thai autentik dan produk Thai.
- Kejuaraan Muay Thai dalam mall: Saksikan perlawanan langsung dalam pusat beli belah.
Jadi, bolehlah pergi dengan keluarga nanti dan kalau tak berkesempatan, pergi je terbang ke Thailand terus ehek!