Selama tujuh tahun, seekor badak air di Tokyo dipercayai sebagai jantan. Namun, pemeriksaan DNA baru-baru ini mengungkapkan yang sebenarnya ia adalah betina.
Badak yang diberi nama Gen-chan, telah tinggal di Taman Haiwan Tennoji di Osaka sejak 2017 selepas datang dari Taman Haiwan Safari Afrika di Mexico. Pihak berkuasa haiwan di Mexico sebelum ini mengesahkan bahawa Gen-chan, ketika itu berusia lima tahun, adalah seekor badak jantan dalam dokumen kastam, memetik sumber AFP
Walau bagaimanapun, penjaga di taman haiwan di Tokyo seringkali terkejut dengan tingkah laku luar biasa Gen-chan untuk seekor badak jantan, seperti tidak membuang air kecil secara merata dengan pergerakan ekor seperti kipas untuk menandakan kawasan kegemarannya.
Gen-chan juga tidak menunjukkan minat untuk mengawan dengan badak air betina, dan penjaga tidak dapat mengenal pasti organ pembiakan Gen-chan kerana tugas itu sangat berisiko terutama jika badak itu besar dan agresif.
Akibatnya, pihak taman haiwan meminta ujian DNA dilakukan di institusi luar, dan hasilnya menunjukkan Gen-chan adalah betina, seperti yang diumumkan baru-baru ini.
Taman haiwan berjanji untuk memberikan persekitaran yang selesa untuk Gen-chan mengikut keperluan spesiesnya.