K-Drama Queen of Tears menjadi bualan ramai apabila jalan cerita dan semua barisan pelakonnya berjaya membawa watak yang diberikan dengan baik.
Mana tidaknya, sampaikan pelakon kacak Park Sung Hoon yang memegang watak Yoo Eun Sung dikecam teruk dari netizen menerusi akaun Instagram.
Drama paling laris!
Selesai saja 16 episod Queen of Tears semalam, pihak tvN difahamkan drama penerbitan mereka ini berjaya mencipta sejarah apabila mencatat rekod baru tontonan tertinggi.
Pecah rekod drama tvN
Menurut Nielsen Korea, siri akhir “Queen of Tears” mendapat penilaian purata seluruh negara sebanyak 24.850 peratus.
Angka ini sekaligus memecahkan rekod drama sebelumnya sebanyak 21.683 peratus yang dicapai oleh penamat akhir “Crash Landing on You” pada Februari 2020.
Trending!
Kalau lihat ranking hastag di Twitter sekarang pada pagi 29 April 2024 ini pun, #QueenOfTerasEp16 berada di top 5. Hebat!
Apa pun tahniah kepada barisan pelakon terutama crew belakang tabir yang berhempas pulas menjayakan drama ini.