Table of Contents
Ada plan nak bercuti di Kedah tapi tak tahu nak ke mana? Apa kata anda bercuti ke tempat menarik di Yan Kedah.
Yan merupakan satu daerah popular di Kedah kerana menawarkan banyak tempat percutian menarik di Yan Kedah untuk dikunjungi.
Terletak hanya 50 KM dari Alor Setar, daerah ini cukup sinonim dengan Gunung Jerai yang merupakan salah satu gunung tercantik di Malaysia.
Selain itu, daerah ini juga terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kawasan air terjun yang indah.
Senarai Tempat Menarik Di Yan Kedah
Sebelum masuk lebih lanjut tentang tempat menarik di Yan, marilah kita imbas sedikit sejarah daerah Yan.
Yan dibuka pada tahun 1906 dan nama daerah ini diambil daripada perkataan siam yang bermaksud “sejuk”.
Walaupun menjadi antara daerah terkecil di Kedah namun Yan mempunyai banyak kawasan pelancongan yang indah dan menenangkan.
Jom tengok-tengok apa tempat yang syok di Yan dalam artikel ini.
Pulau Songsong
1 Pulau di Yan Kedah
Alamat: Pulau Songsong, Yan, Kedah
Telefon: –

Pulau Songsong adalah pulau tidak berpenghuni tanpa pembangunan. Disebabkan itu, ekosistem semula jadi pulau ini masih terpelihara dan sangat cantik.
Memandangkan Jerai Geopark merupakan kawasan pulau ini, anda perlu menaiki bot selama 20 minit dari jeti Sungai Udang untuk sampai ke sana. Di sini, anda boleh berkelah, snorkeling dan berkhemah.
Berkhemah di pulau memang syok apa lagi ketika waktu malam dengan angin pantai, sambil menikmati panorama bintang di langit. Memang hilang stress! Jom tempah trip anda sekarang.
Pantai Murni Waterfront
2 Tempat menarik di Yan untuk family day
Alamat: Pantai Murni, 5, Jalan Pantai Murni, Kampung Pantai Murni, 06900 Yan, Kedah
Telefon: –

Jika anda ingin mencari tempat melepak dan bersantai pada waktu petang, datanglah ke Pantai Murni Waterfront.
Hanya 500 meter dari pekan Yan, tempat ini sesuai untuk layan angin pantai. Selain itu, fasiliti seperti gerai, tandas awam, pondok dan surau pun tersedia.
Tempat ini juga merupakan tempat yang bagus untuk melihat matahari terbenam dan mempunyai pemandangan beberapa pulau, seperti Pulau Bidan, Pulau Bunting, Pulau Telor, dan Pulau Songsang.
Air Terjun Titi Hayun
3 Tempat mandi popular di Yan
Alamat: Recreational Forest Titi Hayun, 06900 Yan, Kedah
Telefon: –

Air Terjun Titi Hayun merupakan lokasi percutian air terjun yang menarik di Yan dengan suasana alam semulajadi yang menenangkan. Jaraknya hanya 5 kilometer dari pekan Yan.
Berlokasi di bawah kaki Gunung Jerai dan di dalam Hutan Lipur Titi Hayun, kalau nak mandi-manda dekat sini memang berbaloi kerana kawasan ini dijaga dengan baik.
Namun, elakkan datang ke sini ketika musim kemarau kerana airnya kurang menarik dan cetek.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 7 malam)
Titi Hayun
4 Hutan rekreasi di Yan
Alamat: Recreational Forest Titi Hayun, 06900 Yan, Kedah
Telefon: –

Hutan Rekreasi Titi Hayun antara lokasi sesuai untuk yang suka jungle trekking dan alam semula jadi.
Tempat menarik ini juga menyedikan kemudahan seperti tempat parking, jambatan gantung, dewan dan chalet.
Anda juga boleh menikmati air terjun dan mandi di sungai selepas penat meredah hutan.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 7 petang)
Jambatan Pulau Bunting
5 Jambatan di Yan
Alamat: Jambatan Pulau Bunting, Kampung Sungai Kering, 06800 Yan, Kedah
Telefon: –

Jambatan Pulau Bunting merupakan jambatan terbengkalai yang menjadi tarikan pelancong di Yan, Kedah.
Selain itu, jambatan yang menghubungkan Pulau Bunting dengan Yan ini juga merupakan tempat anda boleh menangkap pelbagai jenis ikan seperti jenahak, kerapu, ikan putih dan banyak lagi.
Kalau anda bernasib baik, anda mungkin melihat gelagat ikan dolphin bermain-main.
Ladang Nipah Ismail Che Kar
6 Tempat makan menarik di Yan Kedah
Alamat: Ladang Nipah Ismail Che Kar, 06900 Yan, Kedah
Telefon: 012-435 5104

Jika anda ingin merasai keenakan air nira nipah datanglah ke Ladang Nipah Ismail Che Kar. Anda akan melihat bagaimana getah nipah ditanam dan cara membuat jus nipah.
Kalau di Kelantan minuman nira nipah dipanggil “tuak nipah” dan ini antara minuman popular di Kedah. Harganya hanya RM 10 untuk satu jag besar minuman itu.
Jika anda melancong ke Yan, anda pasti perlu singgah dan mencuba jus buah dan nipah.
Waktu operasi: setiap hari kecuali rabu (11:30 pagi – 6 petang)
Air Terjun Seri Perigi
7 Air terjun tertinggi di kedah
Alamat: Seri Perigi, Kampung Perigi, 06900 Yan, Kedah
Telefon: –

Air Terjun Seri Perigi merupakan air terjun tertinggi di Kedah dan mempunyai ketinggian lebih 100 meter. Air terjun ini mengalir menuruni bukit dan mengeluarkan bunyi yang sangat menenangkan.
Tambah lagi, air terjun di Kampung Perigi sangat popular di kalangan orang yang berkunjung ke Kedah.
Kalau anda suka mandi air terjun, pastikan anda tambah tempat ini ke wishlist anda.
Pantai Tanjung Jaga
8 Tempat berkelah dan memancing di Yan
Alamat: Tanjung Jaga, 08100 Merbok, Kedah
Telefon: –

Satu lagi pantai menarik di Yan iaitu Pantai Tanjung Jaga juga dikenali sebagai Teluk Air oleh penduduk tempatan.
Terletak kira-kira 3 km dari pekan Yan, pantai ini sesuai untuk aktiviti berkelah dan memancing.
Pantai ini masih indah dan terjaga dari pencemaran. Pastikan anda kekalkan kebersihan dan keindahan pantai ini jika berkelah disini nanti.
Gunung Jerai
9 Gunung di Yan Kedah
Alamat: Gunung Jerai, 08300 Yan, Kedah
Telefon: 04-466 7777

Gunung Jerai sudah tidak asing lagi di Kedah dan salah satu simbolik negeri jelapang padi ini. Gunung yang berketinggian 1217 meter ini menjadi buruan para pendaki untuk ditawan.
Tempat menarik ini juga kaya dengan flora dan fauna seperti orkid liar. Suhu disini sekitar 18 hingga 25 darjah celcius, memang segar dan menyamankan.
Yang bestnya lagi, anda boleh menginap di kawasan Gunung Jerai kerana terdapat penginapan disediakan.
Air Terjun Batu Hampar
10 Air terjun di yan kedah
Alamat: Air Terjun Batu Hampar Yan, 06900 Yan, Kedah
Telefon: –

Air Terjun Batu Hampar boleh dikatakan sebagai kawasan air terjun “hidden gems” kerana ianya terletak jauh di dalam hutan dan memerlukan stamina tinggi untuk sampai ke sini.
Kerana semakin sedikit orang yang datang ke kawasan perkelahan berhampiran air terjun Batu Hampar, kawasan itu kekal cantik dan terpelihara.
Perjalanan ke sana sedikit sukar tapi jika anda suka menghadapi cabaran, ia memang berbaloi!
Air Terjun Puteri Mandi
11 Air terjun di Gunung Jerai
Alamat: Air Terjun Puteri Mandi, 08300 Yan, Kedah
Telefon: –

Terdapat banyak kawasan air terjun di daerah ini, salah satunya ialah Air Terjun Puteri Mandi yang terletak di kaki Gunung Jerai.
Untuk melihat air terjun di Titi Hayun, anda perlu mengembara ke lokasi kira-kira 3 km dari trek. Sebaik sahaja anda tiba di tempat itu, anda akan kagum dengan keindahan air yang mengalir menuruni gunung.
Air terjun Yan Kedah ini bagus untuk aktiviti berkumpulan atau beriadah bersama rakan-rakan anda.
Kampung Setar, Yan
12 Kampung menarik di Yan
Alamat: Jalan Kampung Setar, Titi Serong,06900, Yan, Kedah
Telefon: –

Adakah anda ingin keluar dari bandar dan tinggal dalam suasana kampung? Kampung Setar, Yan, adalah tempat yang bagus untuk melakukannya.
Terdapat banyak aktiviti untuk dinikmati di sini, seperti melawat kebun buah-buahan, mandi sungai, dan berkelah di air terjun.
Jika anda ingin merasai suasana kampung penuh kehijauan, Kampung Setar, Yan adalah lokasi yang sesuai.
Kampung Singkir Laut, Yan
13 Tempat untuk kaki pancing di Yan
Alamat: Jalan Kampung Singkir Laut ,Kampung Kedat Keling, 08100 Yan, Kedah
Telefon: –

Kampung Singkir Laut adalah sebuah perkampungan yang indah di mana anda boleh “healing” diri sendiri kerana suasananya sesuai untuk bersantai dan memancing.
Anda juga boleh berehat di pantai, menikmati angin laut atau memancing di tepi pantai. Selain itu, anda juga boleh pergi mendaki, pergi ke kolam udang dan mandi air terjun di kampung ni.
Air tawar dan air laut kedua-duanya terdapat di sini, jadi anda boleh memilih mana-mana yang anda suka.
Chalet Rimbun Hijau
14 Tempat penginapan menarik di Yan Kedah
Alamat: Chalet Rimbun Hijau, 06900 Yan, Kedah
Telefon: 012-510 8191

Mencari tempat untuk menghabiskan family day? Cubalah Chalet Rimbun Hijau. Chalet ini mempunyai tiga kolam dan boleh memuatkan sehingga 50 orang.
Ia terletak di sebuah kampung, tapi berkonsepkan chalet moden. Chalet ini menampilkan kehijauan dari alam semula jadi dengan kemudahan BBQ, dewan, kolam dan banyak lagi.
Di sini juga terdapat anak sungai, jadi anda bosan mandi kolam, boleh try mandi sungai. Tempat ini sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti family holiday, program atau sekadar bersantai dengan rakan-rakan.
Ultimate Horse Training
Aktiviti menunggang kuda di Yan
Alamat: Lot 784 jalan ruat besar, Kampung Raga, 06900 Yan, Kedah
Telefon: 019-385 8595

Sesiapa yang berminat untuk menunggang kuda dialu-alukan untuk mengunjungi lokasi ini bersama keluarga atau rakan-rakan.
Tiada bayaran masuk, tetapi menunggang kuda akan dikenakan bayaran. Jom cuba buat kali pertama!
Waktu operasi: Selasa – Ahad ( 9 pagi – 11 pagi & 3 petang – 6 petang)
Ariana Homestay
16 Homestay di Yan Kedah
Alamat: Kampung Sungai Raga, 06900 Yan, Kedah
Telefon: 019-4737969

Homestay Yan Kedah sangat selesa untuk percutian keluarga. Berdekatan dengan Pantai Murni tapi laut tidak boleh mandi di situ.
Malah, terdapat tempat barbeku, dapur, ruang tamu, 8 bilik dan kolam renang. Sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak! Harga penginapan adalah berpatutan.
Halaman homestay ini mempunyai kolam renang dan anda boleh melihat Gunung Jerai. Jika anda ingin mengadakan family day/family gathering di sini, ia adalah pilihan terbaik.
Pemandangannya sangat cantik terutama pada waktu pagi. Penginapan ini tenang, dikelilingi sawah padi, dan menarik bagi anda yang inginkan keindahan kampung.