Musim durian adalah musim yang ditunggu-tunggu oleh peminat durian raja buah ini. Di mana-mana sahaja, ia mudah didapati di gerai yang berdekatan dengan anda. Durian adalah buah tropika yang sangat popular di Asia Tenggara. Buah ini terkenal dengan isinya yang lazat dan memiliki aromanya yang tersendiri.
Walau bagaimanapun, menyimpan durian boleh menjadi satu cabaran kerana aromanya yang kuat dan mudah rosak. Ada beberapa petua yang boleh membantu anda menyimpan durian supaya kekal segar dan tahan lama.
Tips Panduan Cara Simpan Durian Agar Tahan Lebih Lama
Memandangkan ramai keluarga yang tidak dapat pulang ke kampung untuk menikmatinya, ada baiknya kita simpan mengikut tips kaedah yang dikongsikan oleh Nor Tipah Zakaria di bawah ini.
Kalau harga durian makin rendah, jadi kalau ada bajet boleh beli lebih dan simpan supaya boleh makan bila-bila.
Mudah sahaja dan durian yang disimpan dengan cara ini akan kekal elok sehingga musim durian baru muncul. Selain itu, rasa dan aromanya tetap sama.
Cara Simpan Durian Tahan Lama, Balut Dulu Dengan Plastik
Sediakan pembalut plastik (plastic wrap) dan bekas plastik
Buka durian dan ambil isinya, kemudian bungkus atau balut isi durian tersebut dengan kemas. Anda boleh melakukan seberapa banyak yang anda mahu
Kemudian masukkan ke dalam bekas plastik, tutup dan simpan di dalam peti sejuk (freezer)
Dengan cara ini, lebih mudah untuk makan durian, ambil berapa banyak yang anda mahu makan tanpa mengeluarkan semuanya dari peti sejuk
Durian yang dibalut begini tidak akan membuatkan peti ais berbau. Yang penting tahan lama, masih nampak elok walaupun disimpan selama setahun
Selamat mencuba!
Demikian perkongsian saudari Nor Tipah Zakaria di atas. Penghujung kata, dengan menggunakan petua yang betul, anda boleh menyimpan durian dengan mudah dan memastikan ia segar supaya anda dapat menikmatinya lebih lama.
Ingatlah juga untuk sentiasa memberi perhatian kepada keadaan durian sebelum membelinya, elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari secara langsung, dan simpan durian pada suhu yang betul. Dengan cara itu, anda boleh menikmati durian segar pada bila-bila masa tanpa perlu risau tentang kualitinya.