Kebiasaanya sebelum masak nasi tu, beras akan dicuci terlebih dahulu. Sebenarnya jika anda ingin tahu, banyak khasiatnya air cucian beras yang sering anda buang. Bagi anda ia adalah sisa yang kotor, tiada manfaatnya dan tiada kebaikkannya untuk anda.
Beras mengandung beberapa zat yang dapat digunakan untuk kecantikan kulit, kandungan yang ada dalam beras tersebut yang dipanggil oryzanol, memberi banyak manfaat kepada kulit anda. Kandungan ini mampu melindungi kulit anda dari sinar ultaviolet ke dalam kulit.
Jom kita lihat kebaikan-kebaikan yang ada pada air cucian beras untuk kulit anda:
Mencerah dan menghilangkan bintik hitam
Air cucian beras berkesan untuk mencerahkan kulit. Bintik hitam jeragat juga dapat dihilangkan. Kalau anda rasa bermacam cara sudah dilakukan tetapi masih juga tidak dapat menghilangkan bintik hitam diwajah anda, boleh la anda mencuba kaedah ini ya. Bukan itu sahaja, protein dalam air beras juga meningkatkan produksi kolagen pada kulit.
Bertindak sebagai pembersih wajah semulajadi
Air cucian beras mampu berfungsi untuk membersihkan kulit wajah anda dengan berkesan. Selepas membasuh beras buat kali ketiga, ambil airnya dan basuh kulit wajah. Anda tepuk-tepuk pada wajah dan biarkan kering. Jangan dilap, sebaliknya biarkan kering sendirinya. Kemudian bilas Hasilnya kulit lebih segar. Mungkin kaedah ini boleh buatkulit anda nampak awet muda.
Berupaya hilangkan jerawat
Rasanya ramai yang mengalami masalah kulit jerawat ini kan? Jika anda mengalami masalah jerawat namun masih lagi belum sembuh, anda boleh cuba air cucian beras. Gunakan air basuhan beras kali ketiga ke wajah dan biarkan ia kering sendiri. Muka akan terasa sedikit pedih dan lama kelamaan akan pulih dan mengecutkan jerawat.
Boleh mengatasi masalah kulit berminyak
Bukan saja baik untuk jerawat, air basuhan beras juga baik untuk mengawal minyak berlebihan pada kulit. Mulakan dengan mencuci muka dengan pencuci biasa kemudian dibilas dengan air cucian beras ini. Lakukan setiap hari untuk kesan yang menakjubkan.
Membantu mencerahkan kulit
Tidak perlu membeli bahan pemutih yang belum tentu kebaikannya untuk kulit kita, apa kata kita gunakan kaedah alami ini. Bahan pemutih semulajadi yang terkandung di dalam beras mampu memutihkan kulit dengan pantas. Untuk memutihkan kulit wajah dengan cepat, lakukan basuhan sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu. Bukan hanya lebih cerah, kulit juga akan lebih lembut dan halus.
Mengecilkan pori-pori kulit
Jika pori-pori kulit anda terbuka luas, kulit akan cepat rosak, dan sebab itu jerawat mudah tumbuh. Celupkan kapas ke dalam air cucian beras dan sapukan pada wajah. Tekap perlahan-lahan pada wajah. Ia mampu mengetatkan pori-pori dan kelihatan lebih kecil.
Boleh jadi masker rambut
Tuang air cucian beras pada kulit kepala dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas menggunakan shampu. Dalam sekelip mata anda akan memiliki rambut cantik berkilau tanpa rawatan rambut yang mahal. Ia bukan saha dapat menyihatkan badan, malah menjimatkan duit anda.
Sumber: Karangkraf.com