Setiap wanita mengimpikan tubuh badan yang langsing dan menawan malah ada yang sanggup berhabis duit untuk tampil lebih langsing dan menawan.
Sebenarrnya jika anda memiliki tubuh yang gempal sekalipun, anda masih mampu nampak menarik, malah lebih menawan dari wanita berbadan lansing, jika anda tahu bagaimana hendak mengayakannya.
Tahukah anda bahawa ada kajian mengatakan bahawa bentuk tubuh yang paling sempurna ialah wanita yang memiliki ketinggian 168 cm, saiz dada 99 cm, pinggang 63 cm, pinggul 91 cm.
Ianya adalah kajian para saintis! Bukan calang-calang orang yang mengkajinya ya.
Bagi anda yang memiliki tubuh badan yang gempal, jangan malu dengan diri anda ya, setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Asalkan anda tahu bagaimana untuk menjaga diri anda dan penampilan diri. Pasti anda akan nampak lebih menawan dari mereka yang berbadan langsing!
Selain itu, wanita yang badanya lebih gempal juga dikatakan lebih subur berbandaing wanita yang memiliki badan langsing. Sebenarnya tedapat banyak kelebihan berbadan besar, cuma kerana anda terlalu obses ingin kelihatan kurus, anda mula tidak menghargai tubuh badan anda sendiri.
Apa yang penting adalah anda menjaga kesihatan tubuh anda, bukan bentuk tubuh yang difikirkan, tetapi tahap kesihatan badan anda. Ada sesetengah orang yang memiliki tubuh badan yang kurus, tetapi memiliki pelbagai penyakit kronik.
Manakala pula mereka yang memiliki tubuh badan yang lebih gempal pula memiliki tahap kesihatan yang bagus dan bebas dari penyakit kronik dan ini dipanggil baka keluarga.
Jadi jangan merendah diri, hargai diri anda.