Table of Contents
Bersempadan dengan negeri Selangor iaitu daerah Gombak dan Hulu Langat terletaknya tempat menarik di Bentong.
Rata-rata mengetahui bahawa Pahang amat dikenali dengan sejarah perlombongan bijih timah.
Lalu asal-usul Bentong berasal daripada perkataan ‘banyak untung’ yang disebut oleh orang Cina yang melombong. Kemudian, lama-kelamaan disebut sebagai ‘Bentong’.
Senarai tempat percutian menarik di Bentong Pahang
Tahukah anda? Daerah Bentong mempunyai pusat peranginan yang terkenal? Antaranya ialah Genting Highlands dan Bukit Tinggi.
Bukan itu sahaja, malah banyak lagi tempat menarik sekitar Bentong yang anda perlu ketahui menerusi pembacaan di sini.
Oleh itu, kami senaraikan 17 tempat menarik di Bentong Pahang khas untuk anda!
The Bentong Farm
1 Zoo Bentong
Alamat: The Bentong Farm Lot 6239-6241, Kampung Orang Asli Lebak,Batu, 3, Jalan Chamang, 28700 Bentong, Pahang
Tel: 010-283 3655
Jika anda berada di Bentong pastikan tidak terlepas tempat menarik untuk keluarga ni.
Selain tempatnya luas dan cantik, pengunjung juga boleh mengunjungi ladang buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kanak-kanak juga boleh menunggang kuda, memberi makan haiwan dan menyentuh mereka.
Antaranya alpaca, burung, kura-kura, landak, ikan, ular dan banyak lagi.
Mereka yang dewasa pula boleh naik atv, glamping, berendam di kolam air semula jadi dan bergambar menarik di Replika Durian Terbesar Malaysian Book of Records.
Sesuai bawa seluruh ahli keluarga, haiwan-haiwan pun jinak!
Bilut Hills
2 Resort di Bentong
Alamat: Bilut Hills, 27600 Raub District, Pahang
Telefon: –
Mencari tempat penginapan yang dekat dengan alam semulajadi? Mari menginap di Bilut Hills.
Resort konsep ekofarm ini terletak di antara Bentong dan Raub dan terletak di dalam kawasan kebun-kebun seperti kebun durian.
Menariknya, di sini apabila tibanya musim buah pengunjung dapat merasai sendiri buah-buahan yang segar dipetik dari kebun!
Tambahan pula, aktiviti menarik seperti menunggang atv, barbeku, bermain snuker dan memanah turut disediakan di sini.
Harga purata semalam: RM 620
Ulasan pengunjung:
“Ia adalah salah satu tempat terbaik untuk percutian keluarga muda di Malaysia. Makan malam steamboat sangat bagus. Tempat peranginan yang hebat dengan puncak bukit yang indah dan boleh melihat matahari terbit. Disyorkan untuk penginapan kumpulan besar atau keluarga!..”
Japanese Village
3 Perkampungan Jepun di Bentong
Alamat: km 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, 28750
Telefon: 09-221 3888
Anda tidak perlu bersusah payah ke Jepun kerana di Bentong terdapat perkampungan Jepun!
Biar betul? Ya, Japanese Village adalah satu-satunya perkampungan Jepun pertama di luar negara Jepun. Bangga bukan?
Suasananya memang saling tak tumpah seperti perkampungan di negara Jepun asli dengan adanya pokok bonsai dan teh.
Alami sendiri pengalaman di tempat tenang ini dengan meminum teh Jepun secara formal, memakai kimono dan memberi makan ikan koi di sungai.
Waktu operasi: Setiap hari: 9.30 pagi – 5 petang
Air Terjun Chamang
4 Air terjun Bentong
Alamat: 28700 Bentong, Pahang
Telefon: –
Ada yang datang jauh dari KL semata-mata untuk mencari tempat tenang di Bentong ini.
Lokasi Air Terjun Chamang yang mudah diakses menjadikannya kawasan tumpuan pengunjung di hujung minggu.
Untuk makluman anda, kawasan air terjun ini mempunyai kolam yang sesuai untuk anak-anak kecil mandi-manda.
Selain itu, aktiviti fotografi, jungle trekking, berkhemah dan barbeku menjadi aktiviti kebiasaan pengunjung di sini.
Jimmy’s Durian Orchard
5 ‘Raja segala buah’ di Bentong
Alamat: Jalan Lama Bentong – Karak, 28600 Karak, Pahang
Telefon: –
‘Raja segala buah’ demikianlah digelar pada buah durian yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Alami pengalaman berharga di Jimmy’s Durian Orchard dengan mengutip sendiri durian-durian yang gugur dari pokok.
Kemudian, apa lagi nikmati sepuas-puasnya dengan harga yang amat berpatutan di tempat percutian menarik di Bentong Pahang ini!
Keistimewaan ladang durian ini ialah bebas daripada penggunaan bahan kimia beracun.
Bilut Extreme Park
6 Tempat menarik untuk aktiviti lasak di Bentong
Alamat: Kampung Baharu, 27600 Bentong, Pahang
Telefon: –
Bagi peminat aktiviti lasak dan ekstrem, Bilut Extreme Park adalah destinasi wajib anda!
Ia terletak di dalam kawasan Felda Bukit Lurah yang dikelilingi dengan pokok kelapa sawit.
Antara aktiviti yang ditawarkan ialah atv, memanah, paintball dan banyak lagi. Sudah tentu penat tapi menyeronokkan!
Dalam perjalanan yang mendebarkan, nikmati peluang menghirup udara segar dan pilihlah trek pemula hingga trek pakar.
Sesuai untuk keluarga dengan kanak-kanak atau warga emas.
Waktu operasi: Setiap hari: 9.30 pagi – 6 petang
Bentong Gallery
7 Galeri sejarah Bentong di Pahang
Alamat: 17-18, Jalan Loke Yew, 28700 Bentong, Pahang
Telefon: 09-222 7600
Nak tahu sejarah Bentong dengan lebih mendalam? Apa kata anda kunjungi Bentong Gallery untuk menambah sedikit ilmu fakta sejarah anda.
Tambahan pula, galeri ini juga menyediakan cenderahati untuk anda beli jadikan kenang-kenangan sewaktu berada di Bentong.
Selain itu, anda boleh dapatkan produk terkenal di sini iaitu halia Bentong.
Waktu operasi: Isnin – Selasa: 9 pagi – 5 petang & Khamis – Ahad: 10 pagi – 7 malam
Swat Paintball
8 Tempat menarik untuk aktiviti berkumpulan di Bentong
Alamat: Unnamed Rd, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: –
Anda datang secara berkumpulan dan mencari tempat percutian menarik di Bentong Pahang?
Jom bermain paintball di Swat Paintball yang terletak di Janda Baik berkonsepkan suasana hutan.
Selain itu, ia menyediakan 2 medan pertempuran selaras dengan tahap yang anda inginkan.
Kebiasaannya, medan padang hutan dengan halangan seperti pokok dan batu menjadikan permainan ini lebih sengit untuk bermain.
Nak buat aktiviti team building di Janda Baik bersama rakan sekerja, tempat ni memang sesuai tau!
Lentang Forest Reserve
9 Tempat menarik untuk camping di Bentong
Alamat: Karak Expy, Lentang, Bentong, Pahang
Telefon: –
Ingin mencari tempat tenang untuk aktiviti camping? Lentang Forest Reserve adalah port yang sesuai dengan adanya tapak khas untuk mendirikan khemah.
Bukan itu sahaja, malah acara family day juga sesuai untuk dianjurkan di sini kerana terdapat kawasan yang luas disediakan.
Selain itu, jangan lupa untuk membawa baju tebal kerana suasana malam di sini agak dingin.
Bilut Valley Bee Farm
10 Ladang lebah di Bentong
Alamat: 27600 Bentong, Pahang
Telefon: –
Ingin melihat bagaimana madu dihasilkan? Mari singgah ke tempat menarik di Bentong iaitu Bilut Valley Bee Farm.
Di ladang lebah ini anda dapat menyaksikan sendiri lebah kelulut dan cara-cara staf professional mengambil madu dari sarang lebah tersebut.
Anda tidak perlu risau disengat oleh lebah kerana baju perlindungan akan diberi terlebih dahulu sebelum anda masuk ke ladang ini.
Kebanyakan pokok buah-buahan yang ditanam seperti manggis merupakan sumber makanan lebah kelulut. Dapatkan juga produk madu asli di sini!
Suria Hot Spring
11 Kolam air panas di Bentong
Alamat: 2527, Jalan Kuala Lumpur Lama, Mukim, 28700 Bentong, Pahang
Telefon: 09-221 0200
Dah puas berjalan-jalan pastinya kaki dan badan terasa lenguh kan? Suria Hot Spring sesuai sebagai tempat berehat seketika.
Selain itu, bagi anda yang inginkan privasi juga boleh menyewa kolam private tanpa gangguan.
Tambahan pula, antara kemudahan yang ada di kolam air panas ini ialah surau, tandas dan bilik persalinan.
D’Bilut Agro Farm
12 Tempat penginapan menarik di Bentong
Alamat: Lot 6773, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Pahang
Telefon: –
Alami pengalaman yang menakjubkan tinggal di dalam kawasan ladang yang sebenar di D’Bilut Agro Farm.
Selain itu, tempat menarik sekitar Bentong dengan seluas 7.5 hektar ini menyajikan pemandangan hijau dengan udara yang segar.
Semasa menginap di sini, berbagai aktiviti menyeronokkan yang sememangnya sukar dilupakan untuk anda lakukan.
Iaitu melawat mini zoo, memberi makan rusa, memanah, merasai madu kelulut segar dari ladang, makan durian dan atv. Menarik bukan?
Waktu operasi: Isnin & Rabu – Khamis: 10 pagi – 6 petang & Jumaat – Ahad: 9.30 pagi – 6 petang
Pinto Coffee+
13 Tempat makan menarik waktu pagi di Bentong
Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: –
Anda penggemar tegar kopi? Jom alami kesegaran kopi pada waktu pagi di Pinto Coffee+ sambil melihat kehijauan pemandangan sekitar.
Antara minuman kopi yang wajib dicuba ialah “Caramel Macchiato”, “French Press Coffee” dan “Avocada Ice-Blended Coffee”.
Selain itu, pencuci mulut seperti pankek, skon dan kek juga ada di sini tau! Baru lah syok sarapan pagi anda ala-ala western sikit!
Waktu operasi: Selasa – Khamis & Ahad: 10 pagi – 6 petang, Jumaat: 10 pagi – 6.30 petang & Sabtu: 10 pagi – 8 malam
Horse Trail Bukit Tinggi
Aktiviti menunggang kuda di Bentong
Alamat: Bukit Tinggi Southern Loop Rd, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: –
Berminat dengan aktiviti menunggang kuda? Sekiranya anda masih berada di Bentong bolehlah singgah di Horse Trail Bukit Tinggi.
Pelbagai pakej menarik yang ditawarkan untuk anda pilih termasuk kem menunggang kuda.
Bagi anda yang beginner dalam aktiviti ini, tidak perlu risau kerana anda akan dibimbing oleh jurulatih bertauliah.
Waktu operasi: Jumaat – Rabu: 10 pagi – 6 petang
Colmar Tropicale Berjaya Hills
15 Perkampungan Perancis di Bentong
Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Karak Expy, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: 09-221 3666
Colmar Tropicale Berjaya Hills adalah tempat menarik sekitar Bentong yang wajib anda singgah selepas Japanese Village.
Ia merupakan sebuah perkampungan Perancis yang terletak tidak jauh dari Genting Highlands. Bayangkan singgah di Bentong sahaja terasa seperti melawat 2 negara dalam satu hari!
Menariknya di sini, suasana dan cuaca yang dingin juga seolah-olah seperti anda berada di Perancis.
Bagi anda yang ingin alami suasana malam di Perancis bolehlah bermalam di sini.
Kadar purata semalam: RM 230
Review:
“Tempat ini mempunyai pemandangan yang bagus meniru perkampungan kecil Perancis, sesuai untuk pintu masuk pendek dari KL. Satu-satunya perkara yang kafe & restoran boleh meningkatkan kualiti makanan…”
Taman Arnab Bukit Tinggi
16 Taman arnab di Bentong
Alamat: Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: –
Dari Horse Trail Bukit Tinggi, jangan lupa singgah ke Taman Arnab Bukit Tinggi. Melihat telatah arnab yang comel bebas berkeliaran ini pasti dapat menghiburkan hati anda.
Di taman arnab ini anda berpeluang untuk membelai serta memberi makan kepada arnab.
Selain itu, terdapat haiwan seperti rusa, keldai serta kawasan memanah yang ditempatkan di sini.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat: 10 pagi – 6 petang, Sabtu: 9 pagi – 7 malam & Ahad: 10.30 pagi – 7 malam
Lemang To’ki
17 Lemang Toki Bentong
Alamat: Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
Tel: 016-953 0544
Menghidangkan makanan melayu tradisional, tempat makan halal di Bentong ini menawarkan konsep layan diri.
Selain lemang, daging masak hitam dan rendang daging yang menjadi keistimewaan mereka, pengunjung juga boleh makan ayam bakar, patin tempoyak, cendol pulut durian dan gulai kawah.
Pencinta antik akan suka makan di tempat makan menarik di Bentong ini kerana mereka menghiasi sekeliling dengan banyak alatan klasik, gitar dan mesin jahit antik Melayu.
Namun, tempat letak kereta terhad dan kadang-kadang perlu beratur lama pada masa makan tengah hari.