Ibu hamil yang kerap minum kopi dan minuman yang mengandung kafein yang lain, bakal mempunyai berat badan berlebihan daripada wanita yang menghadkan pengambilan kafein semasa kehamilan menurut satu kajian di Norway.
Para penyelidik mengkaji data pengambilan kafein untuk hampir 51 ribu ibu dan berat badan mereka semasa mengandung. Berbanding dengan ibu yang mengambil kurang dari 50 miligram kafein (kurang dari setengah cawan) sehari selama masa kehamilan. Perempuan yang rata-rata mengambil 50-199 miligram sehari (antara setengah cawan hingga dua cawan kopi) selama kehamilan mempunyai 15 peratus lebih tinggi untuk mempunyai bayi yang berlebihan berat badan pada usia satu tahun, menurut kajian itu.
Peningkatan berat badan meningkat dengan peningkatan penggunaan kafein ibu. Dengan pengambilan kafein yang ‘tinggi,’ iaitu antara 200-299 miligram kafein sehari selama kehamilan, iaitu 200-299 miligram sehari selama kehamilan, bayi-bayi yang dilahirkan mungkin lebih tinggi untuk mempunyai berat badan yang berlebihan. Sementara itu, dengan pengambilan kafein diklasifikasikan sebagai ‘sangat tinggi,’ sekurang-kurangnya 300 miligram sehari, kecenderungan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang berlebihan meningkat kepada 45 peratus.
“Pengambilan kafein yang tinggi semasa kehamilan dikaitkan dengan pertumbuhan yang berlebihan sejak kecil dan kemudian obesiti pada masa kanak-kanak,” kata pengkaji kajian itu, Eleni Papadopoulou dari Institut Kesihatan Awam Norway.
“Hasilnya menyokong cadangan yang ada pada masa ini untuk menghadkan pengambilan kafein selama kehamilan menjadi kurang dari 200 miligram kafein sehari,” kata Papadoulou memetik laman voaindonesia.com.
Hasil kajian itu juga mendapati risiko berat badan berlebihan pada anak-anak yang ibunya mengambil lebih sedikit kafein, hasil kajian juga menambah bukti bahawa perempuan hamil mungkin mempertimbangkan mengelakkan tidak minum kopi dan bergas sama sekali, kata Papadoupoulou menambah.
“Penting bagi perempuan hamil untuk mengetahui bahawa kafein tidak hanya terkandung dalam minuman kopi, tetapi juga pada minuman-minuman ringan berkafein (misalnya minuman perasa cola dan minuman penambah energy), boleh menyumbangkan kadar kafein dalam jumlah yang cukup besar,” kata Papadopoulou.
Belum ada penelitan yang boleh secara pasti membuktikan pada tahap kadar kafein berapa yang selamat untuk kehamilan kerana dalam etika para ilmuwan.
Walaupun hasil kajian, lebih daripada tiga suku wanita hamil melaporkan bahawa mereka mengambil kafein. Hasil kajian menjadi peringatan penting bagi para ibu untuk menjaga pengambilan kafein kurang dari 200 miligram sehari, kata Lisa Bodnar, penyelidik kesihatan masyarakat dari Universiti Pittsburgh yang tidak terlibat dalam kajian.
“Kafein dalam rahim boleh mengubah perkembangan otak,” kata Bodnar.
“Ini penting kerana otak mempunyai pengaruh kuat terhadap selera makan.”