Bukan mudah untuk menarik hati wanita, lain orang lain pula pandangan mereka, namun yang pasti antara ciri-ciri utama yang paling diambil kira ialah tahu menghormati pasangan.
Sebenarnya, samaada kacak ataupun berharta itu sama sekali tidak menjaminkan kebahagiaan, malah ada dikalangan wanita berpendapat bahawa lelaki yang kaya dan juga kacak ini menyusahkan sahaja.
Wanita yang selalunya berfikiran begitu ialah wanita yang tidak suka bergantung harap dengan duit lelaki, bukan semua wanita gilakan harta ya! Antara lain cinta lelaki sering ditolak adalah,
Suka buat lawak bodoh
Jangan terlalu ikutkan emosi apabila buat lawak, nanti lawak bodoh pulak yang keluar. Wanita tidak suka dengan lawak yang entah apa-apa.
Suka mendesak dan mengongkong
Jangan terlalu mendesak, hampir setiap apa yang dilakukan mahu diberitahu, lambat sedikir balas mesej, terus kol dan menuduh yang bukan-bukan. Wanita paling pantang jika ditudung yang bukan-bukan, emosi berubah dan perasaan pun boleh berubah!
Selekeh
Wanita memang sukakan lelaki yang bersih dan kemas, jangan pula hendak memikat wanita, tetapi berpakaian selekeh dan badan berbau. Wanita mana yang hendak dekat dengan lelaki yang badannya berbau kan?
Terlebih keyakinan diri, bangga diri
Terlebih confident pun wanita tidak suka, macam meninggi diri. Itu adalah salah satu perangai yang wanita tidak suka. Biar nampak ‘biasa-biasa’ tetapi hakikatnya luar biasa!
Ego tinggi
Jika anda memiliki ego yang tinggi dan hendak menang saja, baik lupakan saja niat untuk memikat wanita. Ini kerana wanita mempunyai satu watak yang dimana lelaki perlu rendahkan egonya, jika terlalu ego, silap haribulan hubungan anda dengannya tidak sampai sebulan pun!
Suka berbohong
Jika belum berkahwin pun sudah suka berbohong, curang dan sebagainya, apatah lagi apabila sudah beristeri. Wanita paling tidak suka lelaki yang suka menipu, suka berselindung dan seolah-olah sedang berbohong.
Sumber: Hanasuva.com