Nama penghibur, Achey Bocey melonjak naik selepas dia merangkul tempat pertama dalam program realiti Bintang Mencari Bintang terbitan TV3 tahun 2013.
Apa yang menarik perhatian kami untuk membuka cerita Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey apabila dia membongkar sejarah hidupnya.
Achey berkongsi kisahnya dalam satu podcast, Youcast dan perkongsiannya ini membuatkan kami terkejut kisah lampau perjalanan individu yang berjaya sekarang ini.
“3 bulan saya berjauhan dengan wife..” – Achey
Tapi apa yang menarik perhatian kami pada satu bahagian temubual itu yang mana Achey menceritakan pengorbanannya sepanjang ‘memanjat’ tangga kejayaan.
Begitulah, sebelum berjaya ke puncak perlu merasa pahitnya.
Hidup ini tak seindah yang kita lihat dengan mata kasar.
Apa pun min impress dengan Achey sebab tak lupa siapa berada di sisinya bila dah berjaya.