Siapa tak kenal dengan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Setiap sentuhan air tangannya pasti berjaya menarik perhatian ramai terutama dalam kalangan wanita.
Biasalah setiap kejayaan yang berjaya di capai pasti ada liku kehidupan yang perit perlu ditempuh.
Jadi, beliau dipanggil dalam satu podcast untuk berkongsi perjalanan bagaimanan Rizman Ruzaini boleh berjaya.
Dalam podcast tersebut, Rizman ada berkongsi dirinya tidak solat tapi hanya berdoa setiap rancangan yang ingin dilakukan.
Jom saksikan video penuh di bawah.
Komen dari netizen
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menghujani komen yang positif dengan perjalanan yang dikongsikan Rizman dan terinspirasi.
Tapi ada juga yang menegur Rizman kerana terlalu jujur sehingga membuka aib yang mana dalam ajaran Islam minta kita tidak membuka aib sendiri.
![](https://aliffchannel.com/wp-content/uploads/2024/05/image-78.png?x99663)
Tapi ada yang membidas komen tersebut dengan pandangan yang positif dengan mengatakan hikmah sentiasa berdoa akhirnya Allah tarik hambanya ke jalan yang benar.
![](https://aliffchannel.com/wp-content/uploads/2024/05/image-79-1024x281.png?x99663)
![](https://aliffchannel.com/wp-content/uploads/2024/05/image-80-1024x140.png?x99663)
Apa pun ubah diri kita ke arah lebih baik sebelum kita menghakimi orang lain dan sentiasa berdoa dan berharap padaNya.