Jenama kecantikan dari Indonesia, Hanasui baru saja tebus pasaran global di Malaysia, dan telah diumumkan secara rasmi pada hujung April lalu.
Dalam masa yang sama, mereka memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Hanasui Mattedorable Lip Cream Matcha Latte, menarikkan?
Selamat ke tak?
Mungkin disebabkan campuran rasa Matcha dan bahan kimia pembuatan lipstik menjadikan pengguna was-was sama ada memberi kesan pada kulit atau tidak.
Menurut Ketua Pemasaran, Septyana Nataya, pemprosesan Hanasui sangat ketat bagi memastikan mampu memberi manfaat kepada semua pelanggannya.
“Semua produk di bawah jenama Hanasui memenuhi syarat yang ketat dan diperakui oleh Kaedah Pengilangan Kosmetik Baik (CPKB), Agensi Kawalan Makanan dan Dadah Kebangsaan (BPOM), dan Agensi Jaminan Produk Halal (BPJOH),” kata Septyana.
Penggemar air Matcha mesti seronok nak try rasa lipstik Matcha kan? So, please buy and try.