Rupanya tak habis-habis lagi kontroversi pasal penyanyi Aliff Aziz asal Singapura ni dari beberapa minggu lepas hingga ke hari ini.
Walaupun macam tu, Aliff Aziz tetap bertindak mendiamkan diri mengenai isu yang melibatkan dirinya. Di Tiktok ketika ini, usahawan sensasi Datuk Seri Vida turut meluahkan pendapat terhadap isu selebriti itu.
Pada video tersebut, Datuk Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 52 tahun jelas-jelas mempersoalkan tentang kewangan penyanyi dan juga pelakon tersebut.
Untuk makluman, sebelum ini Sarah ada mengeluarkan kenyataan mengatakan yang Aliff sejak 2019 tiada rumah, dan tak boleh balik rumah. Kemudian, Vida mempersoalkan duit job yang diberikan oleh Astro.
“Kenapa rumah bini tak boleh balik tapi merempat duduk merata sana-sini. Duit kau pergi mana? Job ada selalu Astro bagi.”
Usahawan itu turut mengatakan Aliff menerima banyak tawaran pekerjaan terutama selepas kemenangannya di pentas Gegar Vaganza 8.
“Puluh-puluh ribu sebulan Astro bagi job, anak emas Astro ni. Tapi duit pergi mana? Juara Gegar Vaganza dulu, duit sah-sah dapat RM100 ribu, dapat job mingguan lagi.”
Sambung Datuk Vida lagi,
“Saya nak tahu tentang duit, kan job tak pernah putus. Bagi dekat siapa? 11 orang tu ke? Saya ini melihat dari segi kewangan, sila jawab. Saya nak tahu.”