Siapa je tak kenal dengan bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo.
Baru-baru ini dia didakwa di Mahkamah Sesyen kerana mengeluarkan kenyataan menghasut iaitu kerajaan pro Israel dan barat.
“Pakai apa tu bapok tua? – Papagomo
Tak cukup dengan itu, papagomo lagi sekali cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan mengeluarkan satu kenyataan yang tidak masuk dek akal.
Kenyataan tersebut dilakukan menerusi posting X dengan mengatakan PMX menghidapi penyakit HIV kerana mempunyai benjolan pada bahagian tepi badan.
“Tak perlu nampakkan kebodohan..” – Doktor
Berikutan itu, seorang doktor tampil pada ruangan balas dengan menyelar kenyataan Papagomo.
Menurutnya, penyakit HIV tidak terkesan pada bahagian belakang atau dada kerana HIV merupakan jangkitan yang menyebabkan imunisasi rendah.
“Kalau macam ni keadaan apa sakit?” – Papagomo
Tidak berpuas hati dengan penjelasan dari doktor tersebut, Papagomo kepilkan beberapa gambar utuk dijadikan bahan bukti yang menunjukkan PMX sakit.
Kalau PMX sakit sekalipun, kita sama-sama doakan beliau kembali sihat untuk mentadbir negara dengan baik sebelum habis penggal.
Elakkan juga menyebarkan fitnah jika tidak tahu hujung pangkal cerita.