Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

Nora by Nora
November 1, 2022
in Travel
tempat menarik di jeli kelantan 2 (1)
0
SHARES
8.7k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat penginapan menarik di Kelantan
  • 2. Gunung di Jeli
  • 3. Air terjun Jeli
  • 4. Tempat shopping di Jeli Kelantan
  • 5. Tempat menarik di Jeli ala Kashmir
  • 6. Pasar pagi di Kelantan
  • 7. Makanan popular di Kelantan
  • 8. Nasi kerabu di Jeli
  • 9. Mee celup terbaik di Kelantan
  • 10. Tempat hiking di Jeli
  • 11. Cafe tepi sungai di Jeli
  • 12. Tempat camping di Jeli
  • 13. Lata di Kelantan
  • 14. Tempat makan menarik di Kelantan
  • 15. Homestay Jeli Kelantan

Nak bercuti di Jeli tapi belum tahu tempat menarik Jeli? Sebut pasal Jeli ada ke yang tak tahu dimana letaknya Jeli?

Jeli merupakan daerah di Kelantan yang terletak berdekatan dengan sempadan Malaysia Thailand. Terletak kira-kira 100 kilometer dari Kota Bharu.

Mungkin kita hanya tahu tentang tempat menarik di Kota Bharu sahaja. Kali ini kami bawakan anda tempat menarik di daerah Jeli pula.

Senarai tempat menarik di Jeli Kelantan

Istimewanya Jeli Kelantan kerana tempatnya cantik, banyak kawasan berkelah, indah dan makanannya pun sedap!

Semuanya kami rangkumi bermula dari tempat penginapan, makanan dan tempat menarik. Jadi jom datang ke bandar Jeli Kelantan.

Lalang Resort & Spa

1 Tempat penginapan menarik di Kelantan

Alamat: PT 6293, Sungai Keding, Kampung Gemang, 17700, Ayer Lanas, Kelantan

Telefon: 010-888 8898 ( En. Kamaruddin)

Lalang Chalet di Jeli
Sumber gambar: Lalang Chalet, Joe Yi & abrahim mnoor

Lalang Chalet merupakan kawasan percutian hutan yang sering menjadi tumpuan pelancong ke Jeli. Lokasi ini menawarkan pilihan bilik yang unik seperti bentuk kayu balak dan arabian tent.

Jalan utama ke kawasan penginapan ini berada di depan Universiti Malaysia Kampus Jeli Kelantan. Di sini juga ada air terjun dan boleh hiking di Bukit Kudung dekat sini sambil menikmati keindahan panorama.

Anda juga boleh menempah tapak perkhemahan betul-betul di tepi anak sungai. Dengarkan air terjun pada waktu malam, dan kicauan burung di pagi hari.

ADVERTISEMENT

Nikmati bbq sambil mandi sungai atau lepak di cafe mewah. Kaki ootd dialu-alukan di sini kerana setiap port lawa untuk bergambar. Jadi tidak rugi datang ke Lalang Resort Jeli untuk bercuti.

Lihat peta | Facebook | Laman web

Gunung Reng

2 Gunung di Jeli

Alamat: Gunung Reng, 17600 Jeli, Kelantan

Telefon: 09-944 0023

Gunung Reng di Jeli
Sumber gambar: Peja Yuja, Suffian Hadi, Andrew Tan & Zainuddin Abdul Ghani

Selain kisah misteri yang menyelubungi Gunung Reng ini, kini gunung ini telah menjadi taman awam yang telah menjadi tarikan pelancong.

Mereka mengatakan bahawa di bawah gunung ini terdapat sebuah perkampungan yang dihuni oleh sebuah masyarakat pada zaman dahulu.

ADVERTISEMENT

Namun akibat perbuatan salah mereka, sebuah batu besar telah menimpa mereka dan kini batu tersebut dikenali sebagai Gunung Reng. Meskipun tiada bukti kesahihan cerita ini, namun inilah kisah cerita penduduk sekitar sini.

Anda boleh meneroka gua yang terdapat di sini dan kawasan pejalan kaki juga disediakan. Setelah penat meneroka, singgahlah ke gerai Laksa Telur Sarang yang terletak tidak jauh dari Gunung Reng.

Lata Turbo

3 Air terjun Jeli

Alamat: 17600 Jeli, Kelantan

Telefon: –

Lata Turbo di Jeli
Sumber gambar: Kelantan Today, Jeli Kito & Ali Sabki Aljembali

Semua orang suka dengan air terjun bukan? Tak kisah jauh mana pun destinasi pasti kita akan lawati kan? Di daerah Jeli juga terdapat air terjun yang cantik dan bersih iaitu Lata Turbo.

Tempat menarik Jeli ini terletak di Kampung Lawar Batu Melintang. Di atas air terjun ini terdapat jambatan besi yang menghubungkan dua tempat.

Kanak-kanak boleh mandi di Lata Turbo kerana terdapat kawasan yang airnya hanya separas lutut orang dewasa sahaja tetapi anda harus sentiasa berwaspada kerana malang tidak berbau.

Bukit Bunga

4 Tempat shopping di Jeli Kelantan

Alamat: Bukit Bunga, 17700 Ayer Lanas, Kelantan

Telefon: –

Shopping di Bukit Bunga Jeli
Sumber gambar: Adha, Encik Shino, Sunmenghao & Luqmanzakaria

Kalau berjalan tak sempurna rasanya kalau tak membeli belah bukan? Kelebihan datang ke Jeli ini ialah anda boleh datang membeli-belah barangan murah yang datang dari Thailand.

Bahkan, anda boleh memborong baju kelawar dengan harga super murah. Teringin nak makan makanan ringan Thailand? Lockching pun ada kat sini. Dipadukan dengan sos cicah Thai, sangat sedap! 

Pada yang tak tahu, Lockching ialah makanan ringan yang berbentuk seperti sosej dan diisi dengan pelbagai jenis perasa seperti perasa ayam, sotong dan udang.

Selain itu, anda juga boleh membeli pelbagai cenderahati di sini untuk dibawa pulang. Nama kawasan ini Bukit Bunga Kelantan. Jangan lupa singgah ya!

Padang Rumput Kashmir

5 Tempat menarik di Jeli ala Kashmir

Alamat: 17600 Jeli, Kelantan

Telefon: –

kashmir tempat cantik di jeli kelantan (1)
Sumber gambar: Ramesh Thr, Izzu Mizu, Mohamad Zamri Zakaria & Hafizinjamil

Pernahkah anda melihat padang rumput Kashmir? Anda pasti akan terpesona dengan kehijauannya dan teringin untuk pergi ke sana. Tunggu dulu!

Sebelum ke sana anda singgah Jeli dulu kerana di sini terdapat padang rumput menghijau yang dipanggil Lata Kashmir.

Ditambah pula dengan lata yang lawa, jernih dan sejuk yang berpunca dari empangan Pergau yang berdekatan. Anda boleh memancing, kutip etak segar dan mandi di sini.

Jika berkelah atau melepak di kawasan ini rasanya sangat seronok kan? Jangan lepaskan peluang bergambar di Padang Rumput Kashmir!

Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6.15 petang)

Pasar Tani Ayer Lanas

6 Pasar pagi di Kelantan

Alamat: Kampung Ayer Lanas, 17700 Ayer Lanas, Kelantan

Telefon:

pasar pagi ayer lanas di jeli
Sumber gambar: ee putra, Orange K & rileklah

Pasar Tani Ayer Lanas salah satu tempat untuk anda mencari bahan-bahan basah ketika bercuti di Jeli. 

Kawasan ini menjadi tumpuan para pembeli khususnya suri rumah untuk berbelanja di sini. Biasanya pasar ini akan lebih meriah pada setiap hari Jumaat. 

Terdapat lebih banyak pilihan makanan, minuman dan sayur-sayuran pada waktu ini untuk dibeli.

Akok Belahat

7 Makanan popular di Kelantan

Alamat: No.98, Kampung Belahat, 17600 Jeli, Kelantan

Telefon: 011-1080 8831

akok makanan tradisional kelantan
Sumber gambar: Incik Hasrul, wan dharma Fariz & Faruki Ramly

Kuih akok sangat sinonim dengan masyarakat Kelantan. Kuih ini jarang kita temui di tempat lain. Jika ada pun, tentu rasasanya belum setanding dengan akok ini.

Nak tahu kenapa? Kerana kuih akok di sini dibuat secara tradisional dan harganya berpatutan. Di Jeli, akok belahat antara kuih akok yang sentiasa mendapat sambutan masyarakat setempat.

Jadi anda perlu datang awal kerana jika lambat barisan akan panjang dan kemungkinan anda tak sempat membelinya kerana kuihnya agak terhad.

Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 6.30 petang)

Kedai Nasi Kerabu Kak Pah

8 Nasi kerabu di Jeli

Alamat: Kampung Lakota, 17700 Ayer Lanas, Kelantan

Telefon: 014-544 4309

nasi kerabu sedap di jeli kelantan
Sumber gambar: Arilarkin Logan, Yan Yon, G Harhar & keroll baree

Menu yang telah sebati dengan masyarakat Kelantan selain budu ialah nasi kerabu. Nak makan nasi kerabu dengan ayam bakar yang paling sedap dan harga murah?Singgahlah kat sini.

Restoran Nasi Kerabu Kak Pah ini pastinya cukup dikenali oleh warga Jeli dan pengembara yang kerap melalui laluan Jeli – Ayer Lanas.

Maka tidak hairanlah restoran ini sentiasa sibuk pada waktu pagi. Selain nasi kerabu, restoran ini menjual nasi ayam, nasi berlauk, mee celup, kuih muih dan banyak lagi.

Lihat peta | Waktu operasi: Ahad – Jumaat (7 pagi – 4 petang)

Kak Ma Mee Celup Lakota

9 Mee celup terbaik di Kelantan

Alamat: Timur-Barat Hwy, Kampung Lakota, 17600 Jeli, Kelantan

Telefon: –

kedai makan mee celup lakota
Sumber gambar: Kak Ma Mee [email protected] Boba Manja

Mee celup merupakan mee yang berasal daripada Thailand dan telah mendapat tempat pada masyarakat Kelantan.

Jika anda teringin nak merasa mee celup yang sedap di daerah Jeli, anda boleh datang ke sini. Terdapat juga pilihan menu lain seperti coconut shake dan air kacang yang sangat sedap. 

Tak percaya cubalah datang! Sebaik-baiknya elakkan datang pada hujung minggu kerana terlalu sibuk dan mungkin perlu menunggu sebentar.

Lihat peta | Waktu operasi: Sabtu – Khamis (10 pagi – 6.30 petang)

Hiking Bukit Salor

10 Tempat hiking di Jeli

Alamat: 17600 Jeli, Kelantan

Telefon: –

hiking bukit salor
Sumber gambar: mohd kanapi, Khairil Izhan & mir3572

Bagi pencinta hiking, tak salah rasanya untuk anda mencuba hiking di Bukit Salor. Selain seronok ketika mendaki kerana perjalanan yang santai, di puncak bukit ini anda akan nampak pemandangan yang indah.

Kepulan awan di puncak bukit terutama waktu pagi sangat cantik. Bila tiba di puncak, anda boleh mengambil gambar sepuasnya untuk upload ke media sosial.

Dijamin anda akan mendapat kepuasan ketika hiking di sini. Jangan lupa gunakan baju dan kasut yang sesuai!

Miena Café

11 Cafe tepi sungai di Jeli

Alamat: PT 5630 Jalan Gemang Baru Jalanraya, Lebuhraya Timur-Barat, Bandar Jeli, Kelantan, Malaysia

Telefon: 016-587 0184

Cafe tepi sungai di Jeli
Sumber gambar: R One, Syafiera fadzil, Miena Café & Mazri Ab.Wahab

Café ini menawarkan pelbagai menu bermula dari makanan Western, Korea dan juga Thai yang pasti memenuhi selera orang Malaysia.

Variasi yang pelbagai dengan harga yang berpatutan menggamit ramai pengunjung untuk datang. Kesemua dari mereka berpuas hati ketika singgah di sini.

Menu unik yang disajikan seperti spaghetti udang galah, Korean spicy chicken, namtok kambing, dan banyak lagi. Dengan harga yang berpatutan anda boleh merasa makanan mewah yang sangat sedap.

Lihat peta | Waktu operasi: Sabtu – Khamis (10 pagi – 7 petang)

Teney Glamping Jeli

12 Tempat camping di Jeli

Alamat: 17600 Jeli, Kelantan

Telefon: 013-939 9502

Teney Glamping Jeli
Sumber gambar: Fauzan Zain & Khalish Rozi

Suka berkemah dengan rakan? Nak cari tempat perkhemahan yang bajet dan lengkap? Semua ada di Teney Glamping Jeli.

Di sini kemudahan lengkap seperti khemah yang besar dan boleh memuatkan 6 hingga 7 orang dalam satu masa. Kawasan bbq pun ada, nak lagi jimat bawa alatan memasak sendiri.

Pelampung juga boleh disewa. Di tambah dengan air sungai yang cantik, pasti syok mandi sungai kat sini. Kanak-kanak pun boleh ikut sama.

Malahan, kat sini boleh berbasikal dan view memang cantik! Nak berkelah atas rakit buluh pun boleh.

Lata Renyuk

13 Lata di Kelantan

Alamat: 17600 Jeli Kelantan

Telefon: –

lata yang cantik di jeli kelantan
Sumber gambar: Sukerey che senile & Facebook Anisah Adillah

Tidak dapat dinafikan bahawa negeri Kelantan mempunyai banyak air terjun yang cantik dan bersih. Salah satunya terletak di Kampung Renyuk.

Tempat menarik Jeli ini merupakan aliran air yang bertembung antara Sungai Renyuk dan Banjaran Titiwangsa.

Pergi memancing atau lepak santai sambil menikmati barbeku bersama keluarga. Terdapat juga kerusi rehat, tapak perkhemahan dan buaian disediakan!

Ikan Bakar Samuperai Selera Bintang

14 Tempat makan menarik di Kelantan

Alamat: Bukit Bunga 17500 Tanah Merah, Kelantan, Malaysia

Telefon: 017-906 0012

kedai ikan bakar sedap di jeli kelantan
Sumber gambar: Dunia Kucing Malaysia, minato zach, Muhamad Naiimullah & Asmida Aripin

Jika anda bosan dengan makanan Thai yang tidak banyak pilihan, singgahlah ke restoran ini. Sangat mengejutkan kerana di sini pilihan yang pelbagai dan semuanya selera Thai.

Meskipun restoran ini kerap ramai pelanggan, namun servis yang mereka berikan sangat laju dan terbaik.

Makanan sedap dan harga pun berpatutan. Menu yang wajib anda cuba di sini seperti daging soksek, set bakar-bakar thai dan banyak lagi. Jomlah singgah sini!

Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (2 petang – 12 tengah hari)

D Pergau Inn

15 Homestay Jeli Kelantan

Alamat: Lot 2587, Jln Kampung, Kampung Kuala Long, 17600 Jeli, Kelantan

Telefon: 011-1012 0848

D Pergau Inn homestay di Jeli yang menarik
Sumber gambar: Ilias Ibn Yazid & Muhammad Hasanah

Mungkin ramai yang beranggapan jika datang ke Kelantan tidak banyak pilihan homestay lebih-lebih lagi jika ke kawasan yang luar bandar Jeli.

Tetapi jangan risau, jika datang sini, terdapat satu homestay Jeli Kelantan yang selesa untuk didiami oleh anda sekeluarga. Penginapan ini juga berdekatan dengan Lata Janggut Jeli.

Homestay private pool Kelantan memberikan ada keselesaan, ada kolam renang, kafe, tempat bbq, surau, dewan, kawasan beriadah dan lengkap dengan kemudahan asas dengan tawaran harga yang berbaloi.

Selain itu, anda akan di sajikan dengan pemandangan alam semulajadi yang menawan dan ada jalan cantik menuju ke Sungai Pergau. Jangan lupa datang ya!

Lihat peta | Facebook

Atrikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Koh Samui Thailand

Tags: Kelantantempat menarik di jeli

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved