Table of Contents
Mencari tempat menarik di Semenyih Selangor untuk menjamu selera? Bandar ini mempunyai banyak port makan yang terbaik pilihan pengunjung.
Semenyih agak kurang dikenali dengan kunjungan pelancong dari luar negeri yakni sesuai dengan asal usulnya bermaksud “sembunyi”.
Terdahulu, bandar Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan, namun kini berada dalam Hulu Langat.
Ingin tahu apa lagi yang best di bandar ini? Mari sambung pembacaan anda di sini!
Senarai tempat menarik di Semenyih Selangor
Berbagai jenis menu masakan yang terdapat di bandar Semenyih ini seperti masakan melayu, cina, timur tengah, Jepun dan barat. Wah, macam-macam ada!
Berikut merupakan 20 tempat menarik di Semenyih yang bukan sahaja tempat makan terbaik malah banyak lagi. Jom pakat-pakat ke bandar tersembunyi yang istimewa ini!
Sg. Lalang Hotspring Semenyih
1 Kolam air panas di Semenyih
Alamat: Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor
Hubungi: 0126823342
Terletak di tempat yang tidak terlalu ramai diketahui, kolam air panas ini dibuka setiap hari pada pukul 6.00 pagi hingga 10.00 pagi, dan juga pada pukul 4.30 petang hingga 10 malam.
Ditutup dari pukul 10.00 pagi hingga 4.30 petang kerana cuaca panas.
Destinasi yang baik untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Air di sini benar-benar hangat dan menyegarkan. Terdapat dua kolam air panas yang boleh dinikmati dan kemudahan bilik mandi.
Sesuai untuk melepaskan penat pada hujung minggu, dengan bayaran masuk hanya RM 5.
Saville Wonderland
2 Aktiviti berkonsepkan pelancongan agro
Alamat: Saville Free Range Agro, Taman Agroteknologi, 1a, Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir, 43500 Semenyih, Selangor
Hubungi: 0136003501
Jom ke Saville Wonderland! Kawasan seluas 9 ekar dengan pelbagai aktiviti pelancongan agro menarik.
Ini bukan sekadar zoo mini – ada kuda, burung unta, rusa, landak dan banyak lagi.
Selain itu, boleh menaiki ATV sejauh 14 km dengan juru pandu, aktiviti memanah, menunggang kuda, dan memancing di dua kolam.
Dan untuk pencinta makanan eksotik, Warong Cikgu Hashim di sini menyediakan hidangan daging burung unta, rusa, dan landak.
Saville Wonderland bukan sahaja tempat untuk beriadah, tapi juga dibuka untuk aktiviti berkumpulan seperti team building pada hari Isnin.
Bukit Broga
3 Aktiviti mendaki bukit di Semenyih
Alamat: Bukit Broga, Semenyih, Selangor
Hubungi: N/A
Broga Hill merupakan tempat hiking menarik yang terkenal di Semenyih Selangor.
Sesuai untuk pendaki profesional dan tidak profesional, dengan ketinggian 400 meter di atas paras laut.
Peminat hiking boleh menikmati panorama indah dari puncak bukit Broga. Popular di kalangan pelajar universiti berdekatan.
Jadi, jika anda mencari tempat menarik untuk percutian atau mencuba hiking, datanglah ke Broga Hill!
Semenyih Ecoventure Resort & Recreation
4 Tempat team buidling di Selangor
Alamat: Lot No. PT 1351, Jln Sg. Lalang Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
Hubungi: 017-4209358
Eco Venture Resort And Recreation adalah tempat rekreasi beserta penginapan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox, paintball, berkayak, futsal, trekking, ATV, dan banyak lagi.
Aktiviti lasak seperti hiking dan ATV (dengan panduan) berharga RM25 hingga lebih dari RM100 bergantung kepada pakej.
Terdapat kemudahan seperti surau, kafe, kolam renang, hall serbaguna, karaoke, dan restoran.
Suasana alam semulajadi yang hijau dan tasik yang tenang menambah daya tarikan tempat ini.
Bagi penggemar aktiviti sukan lasak atau team building syarikat, Eco Venture Resort & Recreation di Semenyih adalah pilihan yang bagus.
Bilik penginapan yang unik seperti dorm, tube room, container room, villa, atau camp juga tersedia.
Setia Ecohill park
5 Taman di Semenyih
Alamat: 43500 Semenyih, Selangor
Hubungi: N/A
Setia Ecohill adalah tempat menarik di Semenyih Selangor yang ideal untuk percutian bersama keluarga.
Terdapat taman permainan untuk anak-anak dan kemudahan senaman bagi ibu bapa. Basikal juga disediakan jika ingin berbasikal.
Anda juga boleh menikmati matahari terbenam dari puncak Eco Hill Park.
Taman permainan moden dan reka bentuk yang unik menambah daya tarikan tempat ini.
Lepaking 2.0
6 Tempat lepak di Semenyih
Alamat: 497A, Jalan 15, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Sesuai dengan namanya Lepaking 2.0 menjadikan ia port terbaik untuk lepak bersama rakan-rakan sambil makan.
Ia menempatkan banyak gerai makanan di dalam satu tempat dengan persembahan busker sebagai hiburan.
Cakap apa sahaja yang anda inginkan masakan western? Thai? Arab? Semua ada di sini.
Tambahan pula, kawasan ini amat luas juga!
Untuk anda yang bercuti secara berkumpulan di bandar Semenyih ini mungkin boleh singgah makan di sini?
Waktu operasi: Isnin – Khamis (5 petang – 1 pagi) & Jumaat – Ahad (5 petang – 2 pagi)
Nasi AJ Semenyih
7 Masakan pantai timur di Semenyih
Alamat: Bandar Rinching Seksyen 5, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Anda berada di Semenyih yang mungkin rindukan masakan Kelantan? Bolehlah melepaskan kerinduan anda di Nasi AJ Semenyih ini!
Atau anda pertama kali ingin merasa masakan pantai timur ini mungkin boleh cuba nasi ayam cincang?
Untuk makluman anda, nasi ayam cincang adalah sama seperti sahaja nasi kak wok.
Lain daripada itu, coconut shake, cendol dan kuih akok turut terdapat di sini.
Waktu operasi: Setiap hari: 10.15 pagi – 7 malam
Nasi Lemak Fareed
8 Nasi lemak popular di Semenyih
Alamat: Lot 41B, Jalan Semenyih, Pekan Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Dah mencuba bermacam-macam nasi lemak di gerai-gerai tetapi rasanya masih tidak memuaskan?
Apa kata anda cuba nasi lemak popular di Semenyih iaitu Nasi Lemak Fareed?
Lauk pauk yang dihidangkan bersama nasi lemak sama sahaja seperti kebiasaan.
Namun menariknya tambahan lauk iaitu sambal sotong dan kerang serta ayam goreng istimewa ala-ala KFC!
Bukan itu sahaja, malah ada berbagai jenis roti canai seperti roti telur, roti milo dan roti salad.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (1 petang – 1 pagi) & Sabtu – Ahad (7 pagi – 1 pagi)
Luthfi Tang Kopitiam
9 Masakan cina muslim di Semenyih
Alamat: 37-1, Jalan Eco Majestic 3A/1, ECOMAJESTIC, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Teringin nak mencuba masakan cina tetapi takut akan status halalnya?
Jangan risau! Luthfi Tang Kopitiam ialah restoran masakan cina muslim yang boleh anda cuba.
Antara masakan cina yang boleh anda cuba ialah Pan Mee, Wantan Mee, Kuey Teow Goreng dan dim sum.
Sambil makan jangan lupa pekena kopitiamnya memang terbaik!
Waktu operasi: Selasa – Ahad: 7.30 pagi – 3 petang
Al Daud Arabic Restaurant
10 Masakan timur tengah di Semenyih
Alamat: WRXW+5P7, Pekan Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Aduh! Tiba-tiba tekak rasa nak makan masakan timur pula? Jom singgah di Al Daud Arabic Restaurant.
Antara makanan yang disajikan di sini ialah nasi mandy, shawarma, nasi kabsah, kebab dan roti naan.
Bagi anda penggemar dessert jangan lupa untuk mencuba kunafa! Semestinya terbaik!
Waktu operasi: Setiap hari: 11 pagi – 11 malam
Papa Sushi Semenyih
11 Makanan Jepun di Semenyih
Alamat: No 33, Jalan Tps 1/3, Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Penggemar sushi sila munculkan diri anda! Mari menjamu selera di Papa Sushi Semenyih! R
estoran makanan Jepun ini sememangnya terkenal di bandar Semenyih ini.
Sampaikan Mira Filzah pun pernah menjadi duta jenama sushi ini tau!
Antara sushi kegemaran ramai yang ada di sini ialah tempura, unagi bon bon dan salmon sushi dengan harga serendah RM 1 sahaja.
Waktu operasi: Setiap hari: 10.30 pagi – 10 malam
Shaqhel’s Kitchen
12 Masakan western di Semenyih
Alamat: 13-G, Jalan Semenyih Sentral 2, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Shaqhel’s Kitchen sememangnya tempat menarik di Semenyih yang terkenal dengan masakan western dan kampung.
Antaranya ialah chicken chop, lamb chop, pasta, burger, nasi serai dan mee bandung.
Malah, tempatnya yang selesa dan servis makanan yang pantas membuatkan pengunjung gemar makan di sini!
Waktu operasi: Khamis – Selasa: 5.30 petang – 10.30 malam
Mai Kolam Kitchen
13 Masakan tradisional melayu di Semenyih
Alamat: Unnamed Road, 43500, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Mencari tempat makanan dengan suasana ala-ala kampung?
Mai Kolam Kitchen adalah destinasi tepat untuk anda dengan view kolam lagi tau!
Pelbagai hidangan tradisional melayu seperti nasi goreng, nasi ayam, laksa, nasi impit, satay, cucur disajikan di sini.
Waktu operasi: Sabtu – Ahad: 7.30 pagi – 11 pagi
Saté Kesuma
14 Sate di Semenyih
Alamat: Taman Seri Mawar, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Hidangan sate sememangnya amat terkenal di dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Tempat ini menyediakan 3 pilihan sate iaitu sate ayam, sate daging dan sate kambing.
Selain itu, ditambah lagi dengan kuah kacang, potongan timun dan bawang merah serta nasi impit.
Apa kata anda cuba rasa kelazatan sate di Sate Kesuma ini? Bertambah-tambah selera makan lah jawabnya!
Waktu operasi: Setiap hari: 6 petang – 10 malam
Warunk Mangoshake Semenyih
15 Mango shake di Semenyih
Alamat: H-03-01 Ecohill Walk, Setia Ecohill, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Kalau di Melaka ada Mango Float manakala di Semenyih ada Mango Shake.
Minuman mango shake di Warunk Mangoshake Semenyih ini menggunakan buah mangga yang segar.
Ia juga mempunyai variasi minuman yang lain seperti “milo mafia” dan “mangoshake mafia”.
Best juga kan minum mango shake ni waktu cuaca panas yang dapat menyejukkan tekak!
Selanjutnya, hidangan makanan juga disediakan di sini seperti nasi sotong berapi, nasi ayam berapi, burger dan cheezy funfries chicken pop / meatball
Waktu operasi: Setiap hari: 11 pagi – 10 malam
Sungai Lalang Hot Spring
16 Tempat menarik untuk keluarga di Semenyih
Alamat: Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Mencari tempat beriadah seisi keluarga di Semenyih?
Sungai Lalang Hot Spring amat sesuai dikunjungi untuk anda seisi keluarga.
Asyik sibuk dengan urusan kerja, jadi masa inilah yang sesuai untuk eratkan silaturahim dengan ahli keluarga kan?
Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik persalinan, ruangan barbeku dan tandas.
Waktu operasi: Setiap hari: 6 pagi – 10 pagi & 4.30 petang – 10 malam
Ostrich Wonderland
17 Tempat menarik untuk kanak-kanak
Alamat: Lot, 485, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Mari jalan-jalan ke Ostrich Wonderland bersama anak-anak anda!
Tempat menarik untuk kanak-kanak ini merupakan taman penternakan burung unta yang berhampiran dengan Sungai Tekala.
Di samping itu, bukan burung unta sahaja tau yang ada di sini malah arnab, burung merak dan unta turut ada di sini!
Oleh itu, jadikan tempat ini sebagai tempat bercuti menarik di sini agar kanak-kanak terhibur, ibu bapa bahagia!
Waktu operasi: Selasa – Ahad: 10 pagi – 6 petang
Lady Bird Organic Farm
18 Educational tour di Semenyih
Alamat: 1731, Jln Broga, Batu 25, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Anda seorang guru yang sedang mencari tempat untuk educational tour bagi murid-murid?
Kami sarankan untuk anda ke Lady Bird Organic Farm! Di mana pelbagai aktiviti menarik dan berilmu tentang sayur dan tumbuhan yang boleh didapati di sini.
Ia merupakan taman organik dengan tanaman sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau serta ada juga ladybird.
Bukan itu sahaja, malah turut ada perkhidmatan delivery sayur ke rumah anda. Wah, sayur segar dari ladang!
Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 7 malam
Empangan Semenyih
19 Empangan di Semenyih
Alamat: Semenyih, Selangor
Telefon: –
Mencari tempat menarik Semenyih Selangor untuk menikmati keindahan alam?
Cuba singgah di Empangan Semenyih dengan pemandangan menghijau!
Empangan ini merupakan antara empangan utama di Lembah Klang yang wujud pada tahun 1985.
Ia berperanan untuk menampung bekalan air kepada masyarakat sekitar sehinggalah sekarang.
Air Terjun Sungai Tekala
20 Air terjun di Semenyih
Alamat: Semenyih, Selangor
Telefon: –
Tidak jauh dari Ostrich Wonderland dan Empangan Semenyih terletaknya Air Terjun Sungai Tekala.
Apa kata anda cuba singgah sebentar di sini merehatkan minda dengan mandi-manda di sini?
Selain itu, kanak-kanak boleh mandi-manda di sini kerana air terjunnya yang cetek dan tidak deras.
Tambahan pula, bagi anda yang suka meneroka bolehlah meneroka setiap tingkat yang ada setinggi 7 tingkat di air terjun ini!
Waktu operasi: Setiap hari: 7 pagi – 7 malam