Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Travel

20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Terkini

Faten Asnida by Faten Asnida
October 6, 2022
in Travel
tempat menarik sungai petani terkini

sumber foto: dreamstime.com

0
SHARES
3.6k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Taman tema air di Sungai Petani
  • 2. Tempat bersejarah di Sungai Petani
  • 3. Resort di Sungai Petani
  • 4. Tempat mandi di Sungai Petani
  • 5. Tempat mendaki di Sungai Petani
  • 6. Tempat bergambar menarik di Sungai Petani
  • 7. Kedai makan best di Sungai Petani
  • 8. Tempat menarik waktu malam di Sungai Petani
  • 9. Tempat menarik untuk keluarga di Sungai Petani
  • 10. Masjid di Sungai Petani
  • 11. Tapak arkeologi di Sungai Petani
  • 12. Pantai di Sungai Petani
  • 13. Kedai makanan laut di Sungai Petani
  • 14. Aktiviti menarik di Sungai Merbok
  • 15. Tempat menarik untuk honeymoon di Sungai Petani
  • 16. Taman di Sungai Petani
  • 17. Air terjun di Sungai Petani
  • 18. Chalet terapung di Sungai Petani
  • 19. Ikon di Sungai Petani
  • 20. Tempat barangan antik di Sungai Petani

Sungai Petani merupakan bandar terbesar di Negeri Kedah yang terletak 370km dari Kuala Lumpur dan 50km dari Alor Setar. Bandar Sungai Petani juga mudah dihubungi melalui jalan raya, jalan keretapi dan laluan udara.

Sungai Petani kini sedang mengalami pertumbuhan pesat serta kemajuan yang ada sekarang ini. Sebaik anda sampai ke Sungai Petani Kedah anda akan melihat kehijauan sawah padi yang terbentang luas.

Kini Sungai Petani telah menjadi tempat tarikan pelancong dan menjadi salah satu tempat yang wajib anda lawati.

Tempat Menarik di Sungai Petani

Terdapat banyak tempat menarik yang ada di Sungai Petani yang anda boleh terokai bersama keluarga tercinta. Paling menarik jika anda seorang yang food hunting, anda boleh jalan jalan cari makan Sungai Petani.

Berikut merupakan 20 tempat menarik Sungai Petani Kedah yang akan kami kongsikan dengan anda, bagi memudahkan perjalanan percutian anda di Negeri Jelapang padi ini. Jom baca.

The Carnivall Waterpark

1 Taman tema air di Sungai Petani

Alamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah

Telefon: 04-441 4777

The Carnivall Waterpark
Sumber: CintaSayangResort

Menjadi salah satu tempat yang wajib ada dalam senarai percutian di Sungai Petani, The Carnivall Waterpark ini akan membawa anda menikmati pelbagai aktiviti bermain air yang menarik disini.

Selain Berangan Aqua Park, Taman tema air Sungai Petani yang terletak di dalam Cinta Sayang Resort ini menyediakan aktiviti air yang fun dan thrill untuk seisi keluarga anda.

Bagi kanak-kanak, terdapat juga tempat yang bersesuaian dengan mereka, untuk dewasa seharusnya anda mencuba roller coaster yang disediakan yang tentunya lebih adventure!

ADVERTISEMENT

Lihat Peta | Facebook

Selanjutnya Di Agoda

Lembah Bujang

2 Tempat bersejarah di Sungai Petani

Alamat: Jalan Lembah Bujang, Bukit Batu Pahat, 08400 Merbok, Kedah

Telefon: 04-457 2005

Lembah Bujang
Sumber: TripAdvisor

Anda pasti pernah dengar Lembah Bujang kan, ini kerana di dalam buku Sejarah sekolah ada menulis mengenai sejarah Lembah Bujang. Biar kami kembalikan sedikit memori anda mengenai tempat ini.

Lembah Bujang merupakan kawasan yang dikenali sebagai sungai batu dan tempat Tamadun Hindu awal di Malaysia. Tempat bersejarah Sungai Petani Kedah ini juga merupakan binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara.

Menjadi salah satu tarikan pelancong yang datang kesini untuk melihat sendiri Tapak Tinggalan Sejarah di Tapak Arkeologi seperti runtuhan candi, struktur bandar dan peralatan yang digunakan semasa zaman kuno.

ADVERTISEMENT

Jika anda peminat sejarah lama zaman kuno serta artifak, tempat ini wajib anda lawati bagi mengenai lebih mendalam berkaitan dengan Lembah Bujang.

Lihat Peta | Facebook | Waktu Operasi: 9am-5pm (Setiap hari)

Homestay Terdekat

Damai Park Resort

3 Resort di Sungai Petani

Alamat: No. 123, Hadapan Pejabat Pos, Pekan, 08000 Merbok, Kedah

Telefon: 04-457 3340

Damai Park Resort di Sungai Petani
Sumber foto: google map

Mencari tempat yang menenangkan setelah penat bekerja? Anda boleh datang ke Damai Park Resort. Tempat ini pasti membuatkan anda jatuh cinta dengan tarikan alam semulajadi yang cukup rileks.

Mempunyai sungai yang jernih, tempat penginapan yang santai dengan suasana yang aman anda boleh membuat pelbagai aktiviti yang menarik di sini.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan ialah bbq dan mandi manda.

Lihat Peta | Waktu Operasi: 6:30am–10pm (Setiap hari)

Selanjutnya Di Agoda

Hutan Lipur Rekreasi Tupah

4 Tempat mandi di Sungai Petani

Alamat: Merbok, Kedah

Telefon: –

Hutan Rekreasi Tupah
Sumber foto: google map

Hutan Lipur Rekreasi Tupah ini amat popular dikalangan penduduk tempatan. Terletak di daerah Kuala Muda jarak perjalanan ke Alor Setar hanya 54km.

Mandi manda sambil berkelah menikmati permandangan kehijauan memang mengasyikkan.

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah surau, tandas dan tempat letak kereta. Air Terjun yang bersih dan sejuk sesuai untuk anda dan keluarga day trip di sini.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Homestay Terdekat

Gunung Jerai

5 Tempat mendaki di Sungai Petani

Alamat: Gunung Jerai, 08300 Yan, Kedah

Telefon: –

Gunung Jerai
Sumber: TripAdvisor

Jika anda meminati aktiviti mendaki, hiking Gunung Jerai adalah tempat yang sesuai. Gunung Jerai yang memiliki ketinggian 1217 meter dari paras laut terletak di daerah Kuala Muda dan Yan.

Gunung yang tertinggi di Kedah ini mempunyai kedinginan suhu sekitar 18-25 darjah celcius. Paling menarik, di puncak gunung anda boleh melihat pemandangan seluruh Negeri Kedah serta sawah padi yang terbentang hijau.

Sesuai untuk pencinta Alam semulajadi, sepanjang pendakian atau perjalanan anda akan dapat melihat keindahan floral dan fauna yang sangat cantik.

Rugi jika anda melawat Sungai Petani tetapi tidak singgah ke Gunung Jerai. Jangan lepaskan peluang mengambil gambar Gunung Jerai.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Hotel Terdekat

Semeling Street Art

6 Tempat bergambar menarik di Sungai Petani

Alamat: 17, Jalan Raya Semeling, Kampung Mata Hari Naik, 08100 Bedong, Kedah

Telefon: –

Semelling Street Art
Sumber: Google Review

Jika anda seorang yang gemar mengambil gambar jangan lupa singgah sebentar di Semeling Street Art.

Mempunyai 95 mural art termasuk lukisan 3D yang dilukis di beberapa dinding kedai lama dan rumah. Antara mural cartoon characters yang terdapat di sini ialah mr bean, elsa, Hello kitty dan banyak lagi.

Difahamkan juga sebelum ini Pekan Semeling tidak dikenali oleh orang luar, tetapi sejak mural diperkenalkan ramai pelancong yang datang kesini untuk bergambar.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Resort Terdekat

Dataran Ikan Bakar Pekan Baru

7 Kedai makan best di Sungai Petani

Alamat: 19, Jalan Masjid 1, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah

Telefon: 012-434 5266

Dataran Ikan Bakar Pekan Baru
Sumber foto: google map

Jika anda merupakan food hunting, wajib singgah makan di Dataran Ikan Bakar Pekan Baru. Kedai ikan bakar ini menyajikan makanan laut yang sungguh fresh dan banyak pilihan yang boleh menjadikan anda rambang mata.

Menu yang menjadi pilihan di sini sudah tentunya ikan bakar yang di salut dengan sos mereka sendiri. Jangan risau dengan harga, kerana mengikut review yang ada, harga di sini masih lagi berpatutan.

Jangan lupa untuk singgah makan di sini bagi anda penggemar ikan bakar.

Lihat Peta | Waktu Operasi: Rabu (tutup), Isnin-Selasa: 10.30am-11.00pm

Hotel Terdekat

Dataran Zero Kilometer

8 Tempat menarik waktu malam di Sungai Petani

Alamat: 916, Jalan Ibrahim, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah

Telefon: –

Dataran Zero Kilometer
Sumber: TempatMenarik

Terletak berhampiran dengan Menara Jam Besar, anda boleh melakukan aktiviti bergambar disini.

Jika anda berbulan madu jangan lupa untuk mengabdikan kenangan terindah disini.

Pada waktu malam pula, anda akan di temani dengan hiasan lampu LED yang berwarna-warni di sepanjang dataran. Memang mengasyikkan.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Hotel Terdekat

Taman Rekreasi Sungai Petani

9 Tempat menarik untuk keluarga di Sungai Petani

Alamat: Taman Rekreasi Sungai Petani, 08000, Sungai Petani, Kedah

Telefon: –

Taman Rekreasi Sungai Petani
Sumber: Mytrip123

Taman Rekreasi yang terletak di Bukit Banyan ini merupakan tempat tumpuan orang ramai yang ingin melakukan riadah dan aktiviti bersama keluarga.

Di sini juga anda dapat melihat pemandangan Bandar Sungai Petani dari atas. Best kan?

Taman Rekreasi Sungai Petani ini menyediakan pelbagai taman permainan yang mampu menarik perhatian anak-anak anda.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini ialah berjogging, berzumba dan pelbagai lagi.

Hotel Terdekat

Masjid Sultan Muzaffar Shah

10 Masjid di Sungai Petani

Alamat: Jalan Sungai Layar, Taman Jubli Perak, 08000 Sungai Petani, Kedah

Telefon: 04-422 0707

Masjid Sultan Muzafar Shah di Sungai Petani
Sumber: Google Review

Masjid Sultan Muzafar Shah ini terletak di Jalan Sungai Layar bersebelahan Taman Jubli Perak. Jika anda melawat Sungai Petani, apakata anda singgah menunaikan kewajiban anda di masjid ini.

Mempunyai tempat parkir kereta dan kawasan yang luas memang sesuai dijadikan sebagai tempat persinggahan sebentar.

Bila dah selesai menunaikan kewajiban baru lah boleh sambung perjalanan anda di bandar Sungai Petani.

Lihat Peta | Waktu Operasi: 5.00am-10.00pm (Setiap hari)

Hotel Terdekat

Tapak Arkeologi Sungai Batu

11 Tapak arkeologi di Sungai Petani

Alamat: Kampung Permatang Samak, 08100 Bedong, Kedah

Telefon: 019-753 7327

tapak arkeologi di sungai petani
Sumber foto: google map

Tempat bersejarah ini merupakan tamadun terawal di Asia Tenggara.

Tapak arkeologi di Malaysia ini wajib untuk anda singgahi jika berada di Sungai Petani kerana anda dapat melihat sendiri tapak-tapak peleburan besi di Sungai Batu.

Dikatakan juga, merupakan tamadun dunia yang sama hebat dengan Angkor Wat Dan Candi Borobudur.

Sebagai rakyat Malaysia anda pasti merasa bertuah kerana di Malaysia juga mempunyai tempat arkeologi atau tamadun awal dunia.

Lihat Peta | Waktu Operasi: 9.00am-4.30pm (Setiap hari)

Resort Terdekat

Pantai Merdeka

12 Pantai di Sungai Petani

Alamat: Pantai Merdeka, 08500, Kota Kuala Muda, Kedah

Telefon: –

Pantai Merdeka
Sumber foto: google map

Tak lengkap rasanya percutian anda di Sungai Petani jika anda tidak pergi ke pantai Merdeka.

Pantai Merdeka yang terletak di daerah Kuala Muda ini anda boleh melihat dengan lebih jelas pemandangan indah Gunung Jerai.

Selain itu, Pantai Merdeka ini terkenal sebagai pantai peranginan di kalangan penduduk tempatan.

Antara kemudahan yang ada di sini ialah chalet, tandas, kolam renang dan tempat makan.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Hotel Terdekat

Tanjung Dawai

13 Kedai makanan laut di Sungai Petani

Alamat: 08400, Merbok

Telefon: –

Tanjung Dawai
Sumber: Google Review

Tanjung Dawai tidak kurang popular juga di Sungai Petani. Jika anda penggemar makanan laut Tanjung Dawai merupakan tempat yang wajib anda kunjungi.

Di Tanjung Dawai juga anda boleh memborong ikan masin kerana harga disini sangat murah.

Paling menarik, apabila waktu senja kedai makan sedap di Sungai Petani ini menghidangkan makanan laut mula meriah dengan lampu di setiap jalan untuk menarik perhatian pelancong. Memang meriah!

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Homestay Terdekat

Sungai Merbok

14 Aktiviti menarik di Sungai Merbok

Alamat:-

Telefon: –

Sungai Merbok
Sumber: KakiTravel

Sungai Merbok mempunyai pelbagai kisah Sejarah silam terutamanya Kerajaan Kedah Tua yang menjadi tarikan pelancong iaitu Lembah Arkeologi.

Selain itu, Sungai Merbok yang airnya mengalir dari Gunung Jerai ini pasti membuatkan anda terpesona dengan keindahan sungai ini.

Di Sungai Merbok juga terdapat aktiviti yang anda boleh buat antaranya ialah boleh menaiki bot untuk menyusuri sepanjang Sungai Merbok dan menikmati keenakan tiram yang segar.

Anda boleh sendiri merasai keenakan tiram mentah atau dimasak stim sambil menikmati pemandangan sungai yang indah.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Homestay Terdekat

Jeti Sungai Semeling

15 Tempat menarik untuk honeymoon di Sungai Petani

Alamat: K167,Kg.Nakhoda Busu Sungai Layar Ujong, 08000 Sungai Petani, Kedah

Telefon: –

Jeti Sungai Semeling
Sumber: TripAdvisor

Selain dari Semeling Art Street, Semeling juga mempunyai satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi iaitu Jeti Sungai Semeling.

Dikenali juga sebagai Kompleks Pelancongan Jeti Sungai Semeling, anda akan dapat melihat landskap atau view yang sangat cantik. Terdapat juga kemudahan bot yang akan membawa anda menyusuri sepanjang Sungai Merbok.

Sesuai untuk anda yang berbulan madu, berjalan sambil melihat keindahan Sungai Merbok. Antara tempat yang anda boleh kunjungi jika datang ke Jeti Semeling ini ialah Kompleks Galeri Bakau.

Menariknya di Kompleks Galeri Bakau, anda boleh mengetahui tentang pokok Bakau, Sejarah Sungai Merbok dan pelbagai jenis Bakau yang terdapat di sini.

Waktu Operasi: 9.00am-7.00pm (Setiap hari)

Hotel Terdekat

Taman Jubli Perak

16 Taman di Sungai Petani

Alamat: Taman Jubli Perak, Sungai Petani, Kedah

Telefon: –

Taman Jubli Perak di Sungai Petani
Sumber: Trip Advisor

Taman Jubli Perak yang terletak di Jalan Bendahara ini menyediakan pemandangan serta pokok yang cantik menghijau.

Jika anda sudah sebati dengan kesibukan Bandar, apakata anda singgah di Taman Jubli Perak.

Di sini juga anda boleh berkelah sambil menikmati pemandangan yang sungguh menyegarkan. Kemudahan yang ada di sini ialah taman permainan, trek jogging dan peralatan senaman.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Hotel Terdekat

Air Terjun Tupah

17 Air terjun di Sungai Petani

Alamat: Merbok, Kedah

Telefon: –

Air Terjun Tupah
Sumber foto: google map

Terletak di Hutan Lipur Tupah, wajib untuk anda singgah bermandi di Air Terjun Tupah. Di sini anda boleh berkelah sambil mandi-manda bersama keluarga tersayang.

Menikmati pemandangan alam semulajadi yang menyegarkan dapat menghilangkan stress sebentar.

Keindahan Air Terjun Tupah ini juga sesuai dengan anda yang berjiwa photographer untuk merakam gambar dijadikan sebagai kenangan.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Homestay Terdekat

Chalet Terapung Segantang Garam

18 Chalet terapung di Sungai Petani

Alamat: Kuala Segantang Garam, Ban Kota Kuala Muda, Merbok, Kedah

Telefon: 04-457 2117

Chalet Terapung di Sungai Petani
Sumber foto: google map

Masih mencari lagi tempat penginapan di Sungai Petani, apakata anda singgah di Chalet Terapung Segantang Garam yang terletak di daerah Kuala Muda. Setibanya di sini, pasti anda teruja dengan pemandangan yang cukup mendamaikan.

Terletak kira-kira 12km dari Pekan Merbok, chalet terapung Sungai Petani ini menawarkan 7 chalet yang terapung atas Sungai Merbok. Dua daripada chalet merupakan bilik tidur berhawa dingin dan chalet VIP yang dilengkapi perabot, tv dan ruang santai.

Selain itu, chalet Sungai Petani ini juga menawarkan dewan bermesyuarat dengan kapasiti 80 orang dan set karaoke. Jangan lupa untuk memancing di sini jika anda adalah kaki pancing.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Homestay Terdekat

Menara Jam Besar Sungai Petani

19 Ikon di Sungai Petani

Alamat: 916, Jalan Ibrahim, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah

Telefon: –

Menara Jam Besar di Sungai Petani
Sumber: MyTrip123

Setibanya ada di Sungai Petani pasti anda akan ternampak jam besar di tengah Jalan Ibrahim. Menara Jam Besar ini dibina pada tahun 1910 dan siap sepenuhnya pada tahun 1936.

Walaupun usia jam ini sudah mencecah 80 tahun, jam ini masih berfungsi sehingga kini. Merupakan ikon untuk Sungai Petani, jam besar ini akan berbunyi jika masuk waktunya.

Rugi jika anda datang kesini tapi tidak merasai pengalaman seperti ini. Pada waktu malam pula, Menara Jam ini akan dihiasi dengan lampu yang cantik.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Hotel Terdekat

KS Coins & Collectible Antique Shop

20 Tempat barangan antik di Sungai Petani

Alamat: Lot 1-21, Tingkat 1, Village Mall, Legenda Heights 08000, Sungai Petani, Kedah

Telefon: 012-4897099

KS Coins & Collectible Antique Shop di sungai petani
Sumber: Cc Lim

Jika anda merupakan penggemar duit syiling lama serta barang antik, jangan lupa untuk singgah di KS Coins & Collectible Antique Shop. Kami yakin pasti anda akan rambang mata apabila memasuki kedai ini.

Anda juga boleh menjual barangan antik atau duit syiling lama di kedai ini, kerana mereka turut menyediakan perkhidmatan membeli barangan lama.

Jika anda mempunyai barangan antik dan pengumpul duit syiling lama wajib singgah di sini!

Hotel Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Kemaman
  • Tempat Menarik Di Hulu Langat
Tags: kedahtempat menarik di sungai petani

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved