Rakyat Malaysia sememangnya pemurah, penyayang dan prihatin terhadap orang lain.
Terbaharu viral di aplikasi TikTok, seorang rider Foodpanda berhati mulia yang membantu seekor kucing yang digigit oleh beberapa ekor anjing. Ini membuktikan keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu golongan yang memerlukan termasuklah seekor kucing.
Tindakan individu ini dipuji netizen kerana sikap prihatinnya membantu kucing tersebut walaupun dalam keadaan hujan.
Perkongsian ini dimuat naik oleh @misslilyrose, meraih sehingga 1.1 juta tontonan, 104.3 ribu tanda suka dan 3 ribu komen.
Terima Kasih Abg Foodpanda
Lebih menyedihkan, apabila melihat kucing itu ditarik ke sana ke mari. Bahkan, wanita ini juga menjerit meminta pemilik kereta yang melalui jalan itu melanggar anjing-anjing tersebut.
Namun, tak lama kemudian, kehadiran hero abang foodpanda dan dia menghalau beberapa ekor anjing itu dan terus menyelamatkan kucing tersebut.
“Brader foodpanda yg bantu alih mayat kucing tu, tolong tampilkan diri anda, kami nak video tutorial cara naik motor..” tulis seorang netizen.
“Style gila abg foodpanda tu naik motor,” komen netizen lain.
“Dimana ada masalah disitu ada foodpanda.” – Netizen.
Meskipun kucing itu sudah tidak bernyawa, netizen mengucapkan terima kasih kepada abang rider ini kerana telah menjadi penyelamat. Di ruangan komen, pemilik video ini telah meminta maaf kerana meminta pemilik kereta yang lalu ketika itu melanggar anjing-anjing berkenaan.
“Maaf. Sy xmaksudkn langgar anjing tu betul2. Bila dlm keadaan mrh & sedih kita mmg akn terlepas cakap . Mksud sy acah2 kan anjing tu supaya dia pegi.
“My apologies to all dog lovers. . Saya x maksudkan actual langgar. Sy cuma nk motor tu acah anjing tu so that anjing pegi,” jelas wanita ini.
Rata-rata warga netizen yang menonton video ini berasa sedih dan kasihan melihat kucing tersebut digigit oleh sekumpulan anjing. Sesetengah netizen juga mendoakan kebaikan untuk abang foodpanda ini.
Berikut antara komen dari netizen: