Siapa di sini yang pernah berangan-angan nak kahwin dengan jejaka mat saleh? Semesti ada antara anda anda yang pernah berangan.
Berangan untuk berkahwin dengan Johnny Depp, Bradd Pitt, malah Chris Evans kemungkinan.
Tiada salahnya, berangan mahu berkahwin dengan orang putih. Siapa tahu siapa bakal jodoh kita.
Mahu menambat hati si mat salleh, tidaklah susah cuma perlu tahu tips bagi membuat mereka berkenan dengan kita perempuan Melayu.
Seperti nyanyian Jamal Abdillah dalam lirik lagu, “Siapa kata gadis melayu tak menawan.”
Berikut ini ada 7 tips cara nak buat mat saleh jatuh hati dengan kita.
1 Tahu apa yang diingininya
Jejaka mat saleh suka seorang perempuan yang memahami. Dengan kata lain, wanita yang memahami kehendak dan keperluannya dalam mencari pasangan hidup.
Jadi kalau anda ada crush seseorang mat saleh, kena buat research sikit mengenai perihal dirinya, tahu apa yang dia suka dan tahu tentang dia dari kawan-kawan yang terdekat dirinya.
2 Bijak membawa diri
Mat saleh suka perempuan yang pandai membawa diri, dalam erti kata lain tahu bila waktu bermanja dan tahu bila nak tegas atau serius.
Lelaki mat saleh juga sangat menyukai wanita yang pandai memikat hati dan menerima mereka atas dasar cinta yang ikhlas.
3 Jangan selalu memaksa
Mat saleh tidak suka perempuan clingy. Jangan bayangkan bercinta dengan mat saleh macam orang tempatan atau dalam filem cinta.
Mereka tidak akan menghantar mesej sepanjang masa atau menelefon sepanjang malam.
Mereka suka apabila anda lebih berdikari dan tahu mengurus perkara sendiri.
4 Memahami keadaannya
Mat saleh bukan lelaki yang mengagungkan kecantikan semata-mata. Jika kita sering mengenali lelaki Malaysia yang sanggup berbuat apa sahaja demi seorang wanita, lelaki mat saleh tidak kisah betapa cantiknya wanita itu.
Jika mereka rasa mereka betul dalam perbahasan, mereka akan mempertahankan pendapat mereka. Walaupun ramai lelaki mat saleh yang romantik, kebanyakan lelaki mat saleh ini lebih serius. Jika anda tidak memahami keadaannya, dia tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan anda.
5 Jadi diri sendiri
Jika lelaki mat saleh memilih gadis-gadis yang sebenarnya bukan dari budaya mereka, mereka memilih atas dasar keperibadian dan bukan pada penampilan.
Jangan cuba nak jadi minah saleh pula, berbanggalah menjadi perempuan Malaysia dan yang penting, jadi diri sendiri. Itu lebih menarik.
Tetapi di sini anda juga perlu melihat sama ada mereka benar-benar menyukai anda atau menyukai budaya anda.
6 Mudah bergaul
Mat saleh biasanya akan terpesona dengan wanita yang bijak pandai dan tahu serta ingin tahu tentang banyak perkara.
Jangan hanya mendiamkan diri dan tunggu dia bercakap, cuba buka chat kerana ramai lelaki mat saleh ramai yang pemalu.
Mereka suka bila kita banyak bertanya dan bercerita serta kelakar, walaupun pendiam dan pemalu, mereka akan super duper tertarik dengan perempuan yang baik untuk meringankan mood dan tidak membosankan.
Akhir kata, kalau anda ada angan atau crush nak tackle mat saleh, good luck girls!